Ismail Izzani Enggan Sorok Kisah Cinta







Meskipun bercinta pada usia muda, ia tidak menjadi alasan untuk penyanyi muda, Ismail Izzani merahsiakan hubungan cintanya.

Bagi pelantun single Ada Cara itu, hubungannya bersama penyanyi baharu, Shalma Eliana bukan suatu perkara yang salah hingga perlu disembunyikan.

Ismail Izzani atau nama sebenarnya, Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, keterbukaan dalam laman sosial bukan perkara yang salah, memandangkan keluarga sudah sedia maklum akan perhubungannya.

"Apabila terbuka, kami dapat berkongsi lebih banyak dan apa yang dikongsikan di laman sosial bukan benda buruk. Saya tahu ia tetap ada sisi negatif dan positif, mengikut cara seseorang memandang sebab pandangan setiap orang berbeza.

"Sesetengah orang positif akan nampak kami saling memberikan motivasi antara satu sama lain, apatah lagi kami dalam industri yang sama.

"Memandangkan Shalma masih baru dalam industri dan dia pun sedang membina nama, jadi kami lebih banyak berkongsi soal kerjaya. Malah, kami sentiasa mengingatkan diri perlu fokus pada diri dan kerjaya dahulu," ujar penyanyi yang popular dengan lagu Nyawa ini.

Sehubungan itu, Ismail berkata, mereka saling menyokong antara satu sama lain dan menjadi tulang belakang.

Perkenalan pasangan itu bermula sejak berada di tingkatan 2 dan mulai rapat apabila Shalma memilih lagu Ismail, Sabar sebagai lagu 'cover' pertamanya yang dimuat naik di laman YouTube.

"Awalnya, saya ingatkan Shalma seorang yang bercita rasa tinggi. Waktu kami di tingkatan 3, saya pernah keluar dengannya bersama rakan lain dengan hanya berbekalkan RM20 dalam poket. Saya tiada keyakinan nak bercakap dengannya ketika itu.

"Bagaimanapun, Shalma ada menghantar mesej langsung (DM) pada 2018. Dia memberitahu lagu 'cover' pertamanya adalah lagu saya, Sabar. Saya teruja sebab daripada tingkatan 2 saya memerhatikannya.

"Dari situlah, kami mulai berhubungan dan apabila bertemu. Saya terkejut kerana Shalma seorang yang ringkas. Keperibadiannya juga bersahaja, itulah yang membuatkan saya tertarik," dedah anak kepada penyanyi era 1990-an, Datin Suliza Salam.

Sementara itu, calon Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-33 itu teruja menampilkan simgle baharu yang berjudul Ada Cara.

Kata penyanyi yang pernah digelar Justin Bieber Malaysia itu, single Ada Cara adalah lagu berentak R&B dan hip hop yang memperlihatkan sisi berbeza dirinya.

Ismail turut menyifatkan single berkenaan sebagai sesuatu yang jauh berbeza daripada semua lagu yang pernah dilancarkan, sekali gus mengetengahkan sisinya lebih matang dalam berkarya.

"Ramai yang tahu Ismail Izzani sinonim dengan lagu pop seperti Sabar, tetapi itu hanyalah 60 peratus daripada saya. Genre utama saya adalah R&B dan itu yang saya mahu sampaikan menerusi single Ada Cara.

"Zaman lagu Sabar ketika masih bergelar budak-budak. Bagaimanapun, single Ada Cara pula saya mahu tunjukkan kematangan dari segi imej dan muzik.

"Jujurnya, single ini adalah langkah besar untuk saya, tetapi ini adalah masa yang sesuai untuk permulaan baru bagi Ismail Izzani," katanya yang melancarkan single Ada Cara pada 30 September lalu.

Penyanyi berusia 20 tahun itu berkata, single Sabar juga bagi memenuhi permintaan ramai peminat yang lebih menggemarinya menyanyikan lagu rancak.

Single Ada Cara adalah salah satu lagu yang akan dimuatkan dalam album pertamanya. Album yang akan memuatkan 10 lagu itu dijangka akan menemui peminat selewat-lewatnya awal tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Ismail turut terbabit dalam penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bakal ditayangkan di slot Lestary, TV3. Drama terbitan Zeel Production itu menampilkan Ismail bergandingan bersama Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/ismail-izzani-enggan-sorok-kisah-cinta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenal Sejak Bangku Sekolah Ismail Izzani Enggan Sorok Kisah Cintanya Dengan Shalma Eliana

Kenal Sejak Bangku Sekolah Ismail Izzani Enggan Sorok Kisah Cintanya Dengan Shalma Eliana

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 598 hits
Penyanyi dan pelakon Ismail Izzani tidak menjadi alasan bercinta pada usia muda untuk merahsiakan hubungan cintanya Bagi pelantun single Ada Cara itu hubungannya bersama penyanyi baharu Shalma Eliana bukan suatu perkara yang salah hingga pe...
Hiburan Digelar Ahli Neraka Shalma Eliana Terima Kecaman Kerana Mengaku Bercinta Bersama Ismail Izzani

Hiburan Digelar Ahli Neraka Shalma Eliana Terima Kecaman Kerana Mengaku Bercinta Bersama Ismail Izzani

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 626 hits
Penyanyi dan kini bergelar pelakon Shalma Eliana 20 mengakui dirinya pernah menerima kecaman yang hebat apabila terbuka mengenai kisah cintanya dengan penyanyi Ismail Izzani Namun begitu Shalma memilih untuk mengabaikan kecaman dan lebih se...
Sorok Dadah Dalam Pakaian Ini Kisah Sebenar Pramugari Malaysia Dipenjara Di Australia

Sorok Dadah Dalam Pakaian Ini Kisah Sebenar Pramugari Malaysia Dipenjara Di Australia

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 935 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan mengenai seorang bekas pramugari Malaysia yang ditangkap kerana menyeludup dadah jenis heroin bernilai jutaan dolar dalam pakaian dalamnya tahun lalu telah dipenjara di Australia Bekas pramugari yang dikena...
Semakin Terbuka Kongsi Kisah Cinta Azzam Sham Tak Tolak Jodoh Dengan Sheryl Shazwanie

Semakin Terbuka Kongsi Kisah Cinta Azzam Sham Tak Tolak Jodoh Dengan Sheryl Shazwanie

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 822 hits
Kalau ada jodoh saya dengan dia saya tidak akan menolak Benda baik kan tapi saya belum ada perancangan ke arah itu Jauh lagi perjalanan kami berdua Saya dan dia masih nak bina karier kami dalam industri source
Terbuka Kongsi Kisah Cinta Shalma Eliana Dedah Dikecam Muka Nampak Tua Ahli Neraka

Terbuka Kongsi Kisah Cinta Shalma Eliana Dedah Dikecam Muka Nampak Tua Ahli Neraka

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 596 hits
Pelbagai kecaman saya pernah kena Bahkan ada yang berbaur ugutan Antaranya ada yang menghentam saya dengan mengatakan muka saya nampak tua ahli neraka dan macam macam lagi demikian kata penyanyi dan pelakon Shalma Eliana 20 yang mengakui pe...
Kisah Romantis Bule Kanada Yang Jatuh Cinta Dengan Tkw Dari Desa

Kisah Romantis Bule Kanada Yang Jatuh Cinta Dengan Tkw Dari Desa

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 245 hits
Menikah dengan bule tentu menyimpan berbagai cerita Mulai dari awal perkenalan menyatukan berperbedaan bahasa budaya dan juga kebiasaan sehari hari Seperti kisah cinta wanita yang berprofesi sebagai TKW ini yang menikah dengan pria asal Kan...
Hiburan Enggan Dibayangi Kisah Silam Sophia Liana Terbit Single Terbaru Dulu Tanda Ingin Terus Move On

Hiburan Enggan Dibayangi Kisah Silam Sophia Liana Terbit Single Terbaru Dulu Tanda Ingin Terus Move On

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 392 hits
Tidak mahu lagi menoleh ke belakang penyanyi Sophia Liana berkata dia kini enggan lagi membiarkan hidupnya dibayangi kisah silam yang dilaluinya dahulu Sophia turut memberitahu bahawa dia dan masyarakat di luar sana haruslah sentiasa berfik...
B0ngkar Kisah Cinta Sembunyi Neelofa Amp Pu Riz Netizen Dedahkan Teka Teki Perhubungan Mereka

B0ngkar Kisah Cinta Sembunyi Neelofa Amp Pu Riz Netizen Dedahkan Teka Teki Perhubungan Mereka

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 937 hits
Sebelum ini tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas iaitu Haris Ismail atau PU Riz Ini kerana banyak hint hint kecil yang diberikan oleh kakaknya Noor Nabila ...
Webtoon Kisah Pemandu Teksi Balas Dendam Bagi Pihak Penumpang Lee Jehoon Ditawar Terajui Deluxe Taxi

Webtoon Kisah Pemandu Teksi Balas Dendam Bagi Pihak Penumpang Lee Jehoon Ditawar Terajui Deluxe Taxi

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 313 hits
Selepas dua tahun menyepikan diri daripada membintangi mana mana drama Lee Je hoon dikhabarkan bakal menerajui sebuah drama baru yang diadaptasi daripada webtoon popular Deluxe Taxi ialah sebuah kisah mengenai perkhidmatan teksi unik di man...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse