Islamictunesnews Sejarah Perkembangan Muzik Di Zaman Kegemilangan Islam





SEJARAH PERKEMBANGAN SENI MUZIK DI ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN ISLAM 
Muzik boleh ditakrifkan sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan (Mahayudin, 2004). Bangsa Yunani dikatakan perintis dalam bidang seni muzik. Namun begitu setelah kedatangan Islam, orang-orang Islam telah memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyah di mana kebolehan menyanyi dan bermain alat muzik dijadikan pra syarat untuk diterima bekerja (Mohd Mokhtar, 1993). Kesannya, lahirlah ramai tokoh-tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti al-Farabi dan al-Kindi. 
Al-Farabi Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan (Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di Khurasan, Turki. Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik. Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. 

Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun. Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan nota-nota muzik. 

Al-Kindi Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Ya’qub Ibn Ishaq al-Kindi. Beliau dilahirkan di Kufah sekitar tahun 800 Masihi (Dipetik di http://www.muslimheritage.htm). Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak menghasilkan buku-buku mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah diterjemahkan kepada bahasa-bahasa Eropah antaranya, Essentials of Knowledge in Music, On The Melodies dan The Necessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin, 2004). 

Al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai nota muzik yang mana apabila digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara yang terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan (Dipetik di http://www.muslimphilosophy.com). Al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di samping turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003). 

Muhyiddin Ibn Arabi Beliau merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal. Karya-karyanya banyak berkisar tentang alat-alat muzik (Mahayudin, 2004). Di dalam bukunya beliau menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan. 7 

Safi al-Din Abd al-Mu’min Beliau merupakan orang yang pertama sekali membina sekolah muzik. Malahan, beliau turut menghasilkan beberapa karya muzik menerusi Syarifiya dan Modus Muzik (Mahayudin, 2004). Beliau turut digelar ’Father of Music’ oleh ahli muzik Barat yang mengagumi hasil karya seninya. 

Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din Beliau adalah anak kepada Safi al-Din yang juga merupakan pakar dalam bidang muzik yang terkenal. Terdapat buku-buku hasil ciptaannya yang diterjemahkan seperti The Jewels of Arrangement in the Knowledge of the Melodies (Mahayudin, 2004). 

Al-Isfahani Beliau merupakan seorang yang pakar dalam seni muzik. Hasil karya beliau yang begitu terkenal ialah al-Aghani dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dengan nama The Grand Book of Songs yang mengandungi 21 jilid (Mahayudin, 2004). 

Khalil bin Ahmad Beliau ialah orang yang pertama berjaya menghasilkan kamus muzik yang telah diterjemahkan bertajuk The Book Notes dan The Book of Rhythm (Mahayudin, 2004). Hasil karya beliau ini telah dijadikan sebagai buku teks rujukan bagi pelajar-pelajar universiti di Sepanyol (Mahayudin, 2004). 

Al-Urmawi Nama sebenar beliau ialah Abd al-Mu’min Ibn Yusuf Ibn Fakhir (Dipetik di http://www.muslimheritage.com). Beliau dilahirkan pada tahun 1230 Masihi. Al-Urmawi begitu dikenali kerana beliau merupakan seorang pembuat biola dan juga ahli muzik pada zaman Khalifah al-Musta’sim. Berkemungkinan beliau adalah orang yang sama dengan Safi al-Din Abd al-Mu’min berdasarkan carian yang sering menunjukkan begitu! 


Berdasarkan fakta-fakta di atas dapat disimpulkan bahawa orang-orang Islam bukannya mencedok ilmu muzik daripada masyarakat Yunani tetapi telah terbukti mereka begitu kreatif dalam penghasilan karya muzik yang tersendiri. 


#islamictunes #islamicmusicfestival #tvtarekat



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://islamiktunes.blogspot.com/2021/11/islamictunesnews-sejarah-perkembangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesihatan Mental Gadis Kembali Pulih Selepas Peluk Islam

Kesihatan Mental Gadis Kembali Pulih Selepas Peluk Islam

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 197 hits
TERJEMAHAN SINARLONDON Seorang gadis Persephome Rizvi menceritakan baru baru ini bahawa kesihatan mentalnya kembali pulih selepas dia memeluk agama Islam sejak tujuh tahun lalu Rizvi 27 yang membuat pendedahan itu dalam satu rakaman dokumen...
Orang Kafir Mati Ada Pulak Orang Islam Doa Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Pale Hotak Kau

Orang Kafir Mati Ada Pulak Orang Islam Doa Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Pale Hotak Kau

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 235 hits
Orang Kafir Mati Ada Pulak Orang Islam Doa Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat Pale Hotak Kau Ustaz Kazim Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Islam Tidak Terancam Lagi

Islam Tidak Terancam Lagi

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 139 hits
MOHD MUKHLISYang jadi defendant ialah MCA dan menteri kerajaan Melayu Isle Mopti serba tahu apa khabar Demikianlah tokpeti mungkin islam sudah tidak terancam lagi
Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia Salin Dan Tampal

Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia Salin Dan Tampal

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 193 hits
oleh Cikgu Azmi10 Sept 2021Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut Pegawai polis Pemungut Hasil Ahli Majlis Tempatan Pejawat Awam Pen...
Restoran Nur Al Islam Nasi Arab Kluang Johor

Restoran Nur Al Islam Nasi Arab Kluang Johor

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 827 hits
Walaupun kami bermalam di Kluang untuk satu malam saja tapi kami sempat juga beli makanan dari Restoran Nur Al Islam Nasi Arab Kluang Johor untuk dinner malam tu Macam biasa kami tapau dan makan bersama sama keluarga yang kami lawat tu Sero...
Hiburan Dikritik Menduakan Tuhan Salman Khan Akui Berpegang Pada Agama Hindu Dan Islam

Hiburan Dikritik Menduakan Tuhan Salman Khan Akui Berpegang Pada Agama Hindu Dan Islam

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 226 hits
Sejak dari dahulu bakat pelakon Bollywood Salman Khan dalam pelbagai filem tidak dapat dinafikan dan namanya masih lagi disebut orang ramai biarpun banyak pelakon baru yang kini muncul dalam seni perfileman Untuk pengetahuan umum Salman Kha...
Telemovie Kari Ayam Mama Lakonan Amyra Rosli Izzue Islam

Telemovie Kari Ayam Mama Lakonan Amyra Rosli Izzue Islam

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 630 hits
Tonton telefilem Kari Ayam Mama lakonan Amyra Rosli dan Izzue Islam pada Selasa 23 November 2021 jam 9 30 malam di TV9 JUDUL KARI AYAM MAMA WAKTU SIARAN Selasa 23 November 2021 9 30 malam RANGKAIAN TV9 PENGARAH Ismail Bob HasimPRODUKSI Saph...
Dalam Islam Pun Kita Dituntut Untuk Menghalalkan Hubungan Kahwin Muda Pada Usia 19 Tahun Ini Respon Isteri Haqiem Rusli

Dalam Islam Pun Kita Dituntut Untuk Menghalalkan Hubungan Kahwin Muda Pada Usia 19 Tahun Ini Respon Isteri Haqiem Rusli

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 660 hits
Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli Wan Anis Sofea Wan Zamzuri 19 mengharapkan doa yang baik baik dari semua susulan perkahwinan mereka yang dibina pada usia muda Menurut Sofea dia juga sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri ...
Hiburan Gemar Pakai Kuku Palsu Untuk Kecantikan Ketahui Hukum Islam Hati Hati Ikut Fesyen

Hiburan Gemar Pakai Kuku Palsu Untuk Kecantikan Ketahui Hukum Islam Hati Hati Ikut Fesyen

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 184 hits
Perasaan untuk tampil cantik dan menawan merupakan suatu fitrah buat kaum wanita asalkan ianya mengikut syarak dan tidak melanggar batas yang ditetapkan oleh agama 3 hari lalu Dah Macam Harga Kereta Axia Tular Resit Harga Rawatan Perubatan ...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas