Islamiah Fiction Cahaya Di Langit Eropah Final Part






CAHAYA CINTA

Bismillahirrahmannirrahiim~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Saudia Airlines mendarat selamat di bumi Jeddah. Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, kelihatan sibuk di ruang pintu masuk bagi pemeriksaan visa Umrah para Jemaah dari negara jirannya, Dubai yang baru sahaja tiba dibawa oleh pesawat terkemuka negara Arab itu, Saudia Airlines. Selesai pemeriksaan visa, sebuah bas sudah tersedia untuk membawa penumpang terus menuju ke  hotel penginapan untuk para Jemaah umrah ke Hotel Al Madinah Harmony.
“What are you waiting for, dear?” ujar suara lembut ibu menjengah di telinga Maria masih berdiri kaku di pintu utama hotel itu.
“Zahra…,”panggil ayahnya pula yang sudahpun berada di ruang lobi. Maria terbangun dari lamunannya. Melontarkan senyuman kepada ibu bapanya. Memasuki ruang lobi hotel, Maria melangkah dengan perasaan yang amat sukar untuk digambarkan. Hanya Allah s.w.t. mengetahui betapa bahagianya dia di situ. Meluangkan masa bersama kedua-dua orang tuanya amanah dari Allah yang amat menyayanginya.
“Jazak Allahu khairan. Engkau masih memberiku kesempatan untuk mengerjakan umrah bersama mereka,” ucap Maria dalam hatinya. Terasa sedikit berkaca matanya melihatkan ibu bapanya yang masih sempat bergurau di kaunter penyambut tetamu.
“Mama, papa…” panggilnya.
“Perfect time, Zahra,” beritahu ayahnya. Maria hairan.
“You want to share your room with you mama, or you want to be alone?”
tanya ayahnya. Maria ketawa kecil mendengar persoalan ayannya. Lantas dia berpaut
pada lengan ibunya,
“Of course I want to be with mama,” jawab Maria sambil memejamkan matanya melontarkan senyuman. Ayahnya menggeleng cuba memujuk untuk Maria meneyebelahinya dengan mengembungkan mulutnya.
“No!” Maria masih berkeras. Masih menyokong ibunya.
“See you later. Assalamualaikum papa,” serentak dua beranak itu meninggalkan ayah bersendirian. Ayahnya mengalah lalu mengheret bagasinya mengiringi bidadari dan puteri kesayangannya.
~~~
Maria menyelak langsir menutupi tingkap bilik itu melihat pemandangan di luar.
Masjid Al Nabawi tersergam di hadapannya.
“SubhanAllah…,” ucapnya. Dia kembali ke katilnya terus mencapai kamera
kesayangannya. Dia melihat jam pada tangannya. Menghampiri waktu maghrib.
“Mama…,” dia memanggil ibunya yang masih mengemas pakaiannya. Ibunya
menyahut lalu melontarkan pandangan tepat pada mata puterinya.
“Temankan Maria untuk …,” belum habis permintaan Maria, lantas ibunya
mengenggam tangan Maria erat dalam genggamannya.
“Maria…kalau mama mampu, ke mana sahaja Maria melangkah, di situlah mama akan menemani Maria. Tapi bukan untuk selamanya, Maria,”
“Janganlah cakap macam tu, mama,”
“Tak, Maria. Mama sentiasa sokong karier Maria. Even papa pun, takkan halang perjalanan Maria. Malah, mama dan papa meredhai setiap langkah pengembaraan Maria agar memperoleh keredhaan dari Allah s.w.t.. Tapi, Maria harus sedar, Maria tu perempuan. Terkadang Mama khuatir,”
Terus terdiam Maria.
“Mungkin buat masa sekarang, mama masih lagi dapat menemani Maria. Tapi suatu hari nanti, Maria akan menjadi tanggungjawab seseorang. Dan seseorang tu yang akan menemani Maria ke mana pun Maria pergi,”
Semakin memahami maksud mamanya, Maria kembali mengukir senyuman,
“Itu semua urusan Allah s.w.t. mama. Maria belum bersedia untuk menjadi peneman kepada seseorang itu. Dan, adakah seseorang itu nanti akan memahami Maria? Karier Maria?”
Mendengar jawapan dari anaknya, ibunya tersenyum.
“Takdir mendahului apa yang Maria inginkan. Seperti apa yang Maria ungkapkan tadi, itu semua urusan Allah s.wt.. Bagaimana kalau Allah dah kirimkan seseorang untuk Maria, tapi Maria tak perasaan pun kehadirannya kerana Maria hanya fikir tentang diri Maria sahaja,”
Kehilangan kata-kata Maria. Ibunya membelai lembut pipi anaknya yang mulus itu,“Takdir kita sudah tertulis sejak azali lagi. Sudah termaktub dalam kitab Luth Mahfuz
Allah Yang Esa. Malah sebelum kita lahir lagi. Adakah kita memang sudah bersedia di saat Allah menentukan bagaimana takdir kita suatu hari nanti?”
Maria menggeleng.
“Nah, percayalah Maria! Allah s.w.t. tidak semestinya memberikan apa yang kita nak. Sebab Dia Maha Mengetahui apa yang lebih kita perlukan. Qada’ dan Qadar adalah Rukun Iman ke enam. Wajib kita percayai tanparagu-ragu,”
Dia lantas menyambut tangan ibunya lalu dikucupnya,
“Terima kasih atas peringatannya, mama,”
Ibunya mengusap lembut rambut puteri tunggalnya.~~~
Azan Maghrib berkumandang diazankan mu’adzin Masjid Nabawi. Kelihatan masjid mulai padat dengan para pengunjung datang menyahut seruan Ilahi. Tanpa membezakan sama ada penduduk tetap mahupun pengunjung luar dari Kota Madinah, saf-saf terus dipenuhi. Segala urusan dihentikan.
“Tiada panggilan yang lebih penting selain panggilan dari Penciptamu,”
Umat Islam mulai mengerjakan ibadah solat, lambang tiang agama.
“Allahu Akhbar,” Imam mulai mengangkat takbir. Diikuti makmum. Hening dan sunyi menyelubungi kota Madinah. Cahaya mentari diganti bulan menyinar di langit. Seluruh alam semesta tunduk kepada Yang Maha Pencipta. Beribadat hanya kepada Yang Maha Esa. Keheningan senja seakan-akan memberi kedamaian.
“Assalamulaikum warahmatullah,”
Salam terakhir diucapkan. Air mata mengalir di pipi Maria. Duduk di sebelah kiri ibunya.
~~~
“Itupun papa,” beritahu ibunya setelah penat menunggu perkarangan Masjid Nabawi. Maria menjengah. Terlihat kelibat ayahnya sedang melambaikan tangan ke arah mereka berdua yang berada di salah satu ruang yang lapang di situ. Maria diam seribu bahasa di apabila melihat ayahnya melangkah keluar bersama seseorang yang dikenalinya. Dia terus berdiri kaku di situ sambil menggelengkan kepalanya. Apabila, kedudukan mereka kian hampir, ayahnya terus bersalaman dengan makhluk Allah itu. Mereka terpisah disitu.
“Aryan…,”bibirnya spontan mengukir nama lelaki itu.
Serentak itu, lelaki yang bersalaman dengan ayahnya tadi, kembali menoleh ke arah mereka sekeluarga yang sudahpun berkumpul.
“Apa dia, Maria?” soal ibunya.
“Ya?” sahut Maria. Ibunya melontak reaksi wajah untuk bertanya mengapa. Maria menggeleng bermaksud tiada apa-apa.
“Maaf, papa lambat. Orang sesak kat dalam tadi. Cermin mata papa terlupa tadi. Nasib baik ada anak muda yang duduk di sebelah papa tadi yang tolong kembalikan,” beritahu ayahnya serentak meminta maaf.
“Syukurlah,”jawab ibunya.
“Tak pa, papa,” celah Maria pula.
“Mari…,” pelawa papa.
Langkah kaki tiga beranak itu mulai meninggalkan Masjid Nabawi.
~~~
Kamera peneman setia Maria menjadi saksi matanya untuk menangkap kenangannya berada di kota Madinah. Kali ini, pengembaraannya lebih bermakna kerana ibu dan ayah turut bersamanya. Bahkan, pengembaraannya menjadi indah apabila berlatarbelakangkan salah sebuah tempat yang punyai sejarah agung agama dan Rasul Allah.

Sementara menunggu ibunya yang masih bersiap di bilik, Maria menunggu di lobi hotel menemani ayahnya yang sedang duduk khusyuk membaca tafsiran al-Quran melalui tablet.
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah tahgut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasul-Nya”
Firman Allah ayat 36 Surah Al-Nahl menarik perhatian Maria. Sekali lagi dia mengulangi baris,
“Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasul-Nya,”  Ayahnya berhenti dari meneruskan bacaan tafsiran. Melontarkan pandangan ke puterinya pula sambil melepaskan kaca matanya. Maria tersenyum dan menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dibalas senyuman penuh kehangatan dilontarkan ayahnya.
“Maksudnya, Allah s.w.t. mengingatkan kita tentang balasan yang pernah Dia timpakan ke atas umat yang mendustakan Rasul utusan-Nya. Dengan itu, kita akan insaf kerana apa yang berlaku di dunia, sekalipun tidak akan pernah terlepas pandang dari-Nya,”
“Oh, macam tu. Tapi, kan papa. Jika dibandingkan dengan zaman sebelum Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. akan turunkan balasan terhadap kaum derhaka itu saat mereka ingkar, tapi kepada kita, Dia tangguhkan?”
Kelihatan ayahnya berfikir sejenak untuk menjawab soalan Maria.
“Dari sudut sains yang hanya ikut teori logik, segala bencana alam yang berlaku disebabkan pergerakan bumi. Tapi, kalau kita kaji serentak kaitkan dengan Islam, itu sebagai peringatan kecil dari Allah s.w.t.. Dan kalau kita menelaah setiap firman Allah, In shaa Allah setiap kejadian alam yang berlaku, sudahpun Allah sebut dalam kitabnya ini,” jawab ayahnya serentak memaksudkan al-Quran.
“Jadi, sebab itulah Allah s.w.t. kita digelar musafir bumi?”
Ayahnya mengangguk perlahan masih menunggu penjelasan dari anaknya,
“Mengembara bukan sahaja sekadar melihat ciptaan-Nya, tapi juga belajar menginsafi dalam setiap nikmat yang dikurniakan. Dengan itu, pengembaraan kita bukan sahaja memperoleh pengalaman bahkan ganjaran pahala…,” sambungnya.
“Dan ganjaran itulah, bekalan buat kita di akhirat kelak. In shaa Allah,” Celah ibunya.
“Eh…mama!”dua beranak itu terkejut melihat ibunya Maria sudah berdiri di hadapan mereka.
“Seronok sembang, sampai tak sedar pun kehadiran mama,” kata ibunya bernada merajuk.
“Maaflah mama,” serentak dua beranak itu meminta maaf.
Ibunya kembali tersenyum, “Dah, tak apalah. Ibu maafkan,”
Maria mencapai kameranya, “Okay, dah!” Maria mengajak mereka beredar.
Ayahnya melangkah dahulu diiringi Maria dan ibunya.
~~~
Selesai melakukan solat sunat di Masjid Al-Nabawi, Maria bingkas bangkit mencapai kameranya untuk menangkap kenangan indahnya serta pemandangan yang amat menenangkan di sekitar situ seperti yang biasa dilakukannya sepertimana pengembaraannya di setiap pelusok bumi ciptaan Allah s.w.t.. Ditemani ibunya, Maria melangkah dan terus melangkah sehinggalah tiba di tempat ayahnya yang sedang menunggu di sebuah café yang berdekatan. Dua buah cawan berisi masih belum disentuh di meja hadapan ayahnya. Maria lantas duduk di hadapan ayahnya sementara ibunya duduk di sebelah ayahnya. Tinggal satu kerusi kosong yang mana di hadapannya terdapat cawan berisi latte yang masih belum disentuh tadi. Tanpa mengesyaki apa-apa, Maria dan ibunya terus memesan minuman yang sama. Serentak pada itu juga,
“Maria?”
Maria menoleh ke kirinya.
Aryan lengkap berjubah putih dan serban di kepala menyapa berdiri di sebelahnya.
“Aryan…?”Maria terkejut melihat keberadaan lelaki itu. Kali ini penampilannya cukup berbeza sepertimana penampilannya sebelum ini.
“Assalamualaikum,” ucap Aryan lalu menundukkan kepala salam hormat.
Maria bangun dari tempat duduknya turut membalas dan menjawab, “Waalaikumsalam,”
“You look different,” ujar Aryan apabila melihatkan penampilan Maria juga berubah. Jubah hitam dengan selendang labuh menutupi kepala.
“You too,”balas Maria.
Ibu dan ayahnya Maria saling berpandangan di situ.
“So, they are…?” soal Aryan.
“Meet my parent. And papa, mama, meet my friend, Aryan,” Maria memperkenalkan.
Aryan melontarkan senyuman lalu memberitahu, “We’ve already know each other,”
“Eh?” Maria tersentak.
Ibunya tersenyum, “Have a sit, Maria, Aryan,” menjemput keduanya duduk.
Maria memandang ibu dan ayahnya bergilir,
“We meet him at Dubai before we flight to here,” beritahu Ibunya. Dia memandang Aryan. Satu anggukan diterimanya.
“He was a man that papa had told last night,”
Sekali lagi Aryan mengangguk.
“Oh…I see,”Maria mengangguk.
“How do you both know each other?” giliran ayahnya pula bertanya. Maria berfikir sejenak mengingat kembali kali pertama mereka bertemu.
“We’ve meet about two years ago. In Morrocco,” Aryan menjawab.
“On the ship,” Maria menyambung.
“And you both keep meet in every each country, right?” Ibu seolah-olah mengetahui sesuatu.
“It was accidentally meeting,” beritahu Aryan.
“Yup. We’re just meet without we have to plan it,” sokong Maria.
Aryan mengangguk.
“So, you are Muhammad Mikail Aryan?” ayahnya inginkan kepastian selepas menyedari sesuatu.
“Maria has mentioned your name in every each of her article,” beritahu ibunya.
Aryan terdiam.
“It was because, he always help me. So he is my one of my source of my
article,” jawab Maria.
Aryan tersenyum melihat telatah Maria cuba menyembunyikan perasaan gemuruhnya apabila ditanyakan soalan dari ibu dan ayahnya.
~~~
Di bawah kubah hijau, satu-satunya kubah berlainan berbanding kubah-kubah perak di sekitar Masjid Al Nabawi, terdapatnya makam Baginda Rasulullah s.a.w., Aryan berdiri di sisi makam itu sambil menyedekahkan bacaan al-Fatihah kepada rasul junjungan sekalian umat Islam. Air matanya mengalir di saat dia berselawat ke atas Baginda s.a.w..
Maria yang hendak meninggalkan ruang tersebut, terhenti seketika memerhati lelaki mualaf itu. Terdetik hatinya untuk mengetahui sesuatu yang mungkin dia tertinggal. Selesai makam Rasulullah s.a.w., Aryan menuju ke makam sahabat baginda s.a.w., Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Khalifah Umar al-Khattab.
Meminta kebenaran dari ayah dan ibunya, Maria menunggu Aryan di ruang luar. Dia menunjukkan perakam suaranya kepada Aryan sebaik sahaja Aryan mulai melangkah keluar dari ruang tersebut. Agak terkejut dengan keberadaan Maria yang menunggunya di situ. Satu anggukan diterima Maria daripada Aryan. Serentak langkah dibuka, dua sahabat asing itu sekali lagi berkongsi sirah tanpa jemu.
Ibu dan ayah Maria yang berada di belakang memerhati anak perempuan mereka berpandangan melihat keserasian Aryan dan Maria adalah sebuah pertemuan yang tanpa diminta namun, dipertemui tanpa dicari untuk keduanya saling melengkapi.
~~~
“Allah s.w.t. mentioned the name of Muhammad in al-Quran fourth times. One of it is in surah Al-Azhab paragraph 40, which “Muhammad is not the father of (any) one of your men, but (he is) the Messenger of Allah and last of the prophets. And ever is Allah, of all things, Knowing.”
“We can’t deny this truth since Allah s.w.t. already said this in His Quran,”
Aryan membuka bicara.
“Empat sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang harus dicontohi oleh kita adalah Amanah, Siddiq, Fatanah, dan Tabligh. Setiap satunya membawa kepada maksud, jujur, bijaksana, benar dan menyampaikan. Baginda Rasulullah s.a.w tidak pernah berdusta dalam berkata-kata. Kebenaran yang disampaikan Baginda Rasulullah s.a.w. adalah berdasarkan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Biarpun Baginda s.a.w. adalah seorang yang ummi, namun Alhamdulillah, kerana Muhammad s.a.w.
menggunakan akal yang Allah s.w.t. berikan kepadanya dengan cara yang sebaiknya. Sehinggakan segala apa yang dikerjakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w menjadi sunnah kepada sekalian umatnya, kerana ia memberi kebaikan kepada kita. Dan tabligh, sifat semulajadi para Rasul untuk menyampaikan apa yang diturunkan kepada mereka untuk sekalianumat manusia,”
Maria mengangguk lalu bertanya, “Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pencetus kepada kemajuan Islam di Kota Madinah sehingga menjadikan kota ini sebuah pusat ilmu pengetahuan yang ulung zamanpemerintahannya di saat Kota Mekah masih dijelajahi golongan kafir musyrikin?”
Senyuman terkuntum di bibir Aryan.
“Bukan sahaja kepada kemajuan Islam, bahkan ia pencetus kepada semangat jihad para pengikut Baginda untuk membebaskan kota suci itu dari golongan kafir,”
“Ya. Piagam Madinah bukan?”
Aryan mengangguk.
“Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam mengatur strategi peperangan,
membawa kepada kemenangan yang besar kepadanya,” sambung Maria.
“Allah s.w.t. sentiasa bersama orang yang benar. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah memungkiri janji-Nya,” celah Aryan.
Maria terdiam.
“Thinking of something?” ujar Aryan.
“Allah sentiasa bersama orang yang benar. Justeru, ada juga pada ketika, umat Islam kalah dalam peperangan. Contonya, seperti apa yang berlaku pada kejatuhan empayar zaman emas Islam, Abassiyah. Mengapa?”
“Allah s.w.t. berfirman ; Aku tidak akan menganiayai umat-Ku, melainkan mereka yang menganiayai diri mereka sendiri. Masih ingat apa yang telah terjadi di penghujung zaman itu?” soal Aryan.
“Kelekaan umatnya yang mulai lalai dengan urusan dunia?” Maria cuba meneka.
Aryan mengangkat keningnya menunggu Maria melengkapkan jawapannya,
“Iman mereka mulai rapuh apabila Allah s.w.t. menguji mereka dengan perhiasan dunia.”
“Pernah berlaku ketika Perang Uhud. Umat Islam kalah kerana leka dengan apa yang ada di hadapan mereka iaitu kemenangan dan harta rampasan perang sehingga ada yang mengabaikan arahan Rasulullah s.a.w..” beritahu Aryan dengan mengingatkan Maria kembali kepada kekalahan umat Islam ketika masih lagi di zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w..
“Firman Allah s.w.t. dalam surah Al Imran ayat ke-40; Jika kamu (pada Perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada Perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran) dan supaya Allah membezakan orang yang beriman (dengan orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang yang zalim,”
Sambung Aryan.
“Maksudnya di sini, Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan orang yang beriman. Allah s.w.t. hanya menguji kita bahawa sejauh mana kita yakin kepada-Nya. Kemenangan tidak semestinya berpihak kepada kita dan kekalahan tidak bermaksud kita harus berpaling daripada-Nya, na’udzubikahimindzalik, tapi ia adalah cara untuk kita kembali kepada-Nya, berfikir dan mensyukuri atas segala nikmat yang dia
berikan,”
Maria merungkai maksudnya.
“Jika kita telah berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t. namun masih kekalahan yang kita peroleh, sebaliknya, orang yang bersikap sambil lewa pula Allah s.w.t memberikan kejayaan kepadanya, itu adalah Istidraj. Allah sengaja menguji kesabaran hamba-Nya dengan mengurniakan nikmat sama ada hamba-Nya yang berusaha atau tidak. Kemenangan yang Allah s.w.t kurniakan kepada manusia yang masih tidak bersyukur adalah ujian. Dia akan semakin jauh dalam kekufurannya.
Justeru itu, bersyukurlah dengan apa yang Allah s.w.t telah kurniakan kepada kita. Nikmat yang Allah s.w.t. berikan tidak semestinya kurniaan melainkan sekadar ujian semata-mata,”
Jelas Aryan.
“Maaf kalau saya tanya soalan yang agak peribadi, tapi, kenapa awak menangis semasa melawat makam Rasulullah s.a.w. tadi?” Maria memberanikan dirinya.
“Teringat pada saat kewafatan Baginda s.a.w..,”
“Bagaimana?”
“Baginda wafat s.a.w. kerana diracuni. Saat wafatnya Baginda s.a.w., semuanya meratapi sayu. Bahkan juga malaikat,”
“Semua yang menyanyanginya, terlalu sayang untuk melepaskan Baginda s.a.w.,”
Keduanya terdiam sayu.~~~
Kembali menghadap komputer riba, Maria kembali berfikir di situ mengimbas kembali kata-kata Aryan saat kali pertama mereka dipertemukan di Laut Maditerranian meninggalkan pelabuhan Maghribi,
“We will never astray as long as live against Quran and Hadith. That was Prophet Muhammad s.a.w. apostles before his death,”
Papan kekunci komputer riba diperhati dengan pandangan kosong. Fikirannya terus mengimbas satu persatu kenangannya bersama Aryan sepanjang pengembaraannya. Sejarah Islam dikongsi bersama.
“Dalam kesibukkan aku mencari dan mengkaji sejarah kegemilangan Islam saat tenggelamnya empayar eropah,aku lupa sesungguhnya kegemilangan empayar Islam yang agung disaat pemerintahan Baginda Rasulullah s.a.w..”
Jari jemari lantas menaip laju apa yang terlintas di fikiran.
“Kota Madinah adalah pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam yang agung ketika Nabi Muhammad s.a.w menjadi pemimpinnya. Sains dan Islam bergabung dalam membangunkan empayar. Berpandukan apa yang tertulis di dalam al-Quran, dan segala kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. semua umat bersatu dan meyakini akan keesaan Allah s.w.t..”
Dia berhenti di situ kembali memejamkan mata mulai berfikir.
“Zahra,” sergahan ayahnya mengejutkannya dari lamunan.
Maria menoleh ke belakang. Ayahnya berdiri sambil menguntum senyuman.
Matanya kemudian beralih ke skrin komputer riba Maria dengan jarinya bermain pada papan petunjuk.
“You’ve got all these from him?” soal ayahnya sambil mata masih membaca apa yang terkandung di skrin.
Maria mengangguk mengakui.
Ayahnya berhenti di satu perenggan yang tertulis,
“Lahirnya Muhammad s.a.w. memberi sinar cahaya di zaman jahiliyyah. Di satu zaman yang menjadikan penindasan ke atas golongan bawahan adalah satu kebanggaan terhadap golongan atasan. Muhammad s.a.w. sering menyendiri untuk memikirkan bagaimana untuk mendapatkan kedamaian hidup dan keadilan dalam dunia yang penuh kedurjanaan. Sehinggalah pada satu malam 21 Ramadhan, turunlah Malaikat Jibril a.s. atas perintah Allah s.w.t. untuk menyampaikan wahyu di telingan Baginda
s.a.w. saat dia sedang bertafakur di Gua Hira.”
“What’s wrong, papa?” Maria kehairanan melihat ayahnya terhenti di situ.
“Papa tertanya. Muhammad s.a.w. sangat mementingkan kedamaian. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. akan kesejahteraan umatnya. Sehingga saat Malaikat Izrail hendak mencabut nyawanya, Nabi Muhammad s.a.w. masih lagi sempat bertanya bagaimana nasib umatnya apabila ketiadaannya kelak…,” ayahnya terhenti di situ.
“Allah s.w.t. telah berjanji kepada Rasulullah s.a.w. bahawa, umatnya akan masuk ke syurga,” sambung Maria lalu mengenggam tangan ayahnya yang berada di bahunya sambil bertanya, “Jadi, apa yang membuat papa tertanya?”
Ayahnya kembali menatap Maria.
“Ya. Janji Allah pasti kerana sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri,” membenarkan kata-kata anaknya. Maria mengangguk membalas tatapan ayahnya.
Ayahnya menyambung lagi, “Harus diingat Zahra. Kita memang umat Nabi Muhammad s.a.w, yakni Rasul terakhir utusan Allah s.w.t.. dalam erti kata lain, umat akhir zaman. Di pengakhiran zaman ini, ramai yang lalai dengan perhiasan dunia dan leka dalam kehidupan yang sementara. Iman menjadi taruhan untuk memerangi semua itu. Papa tertanya, bagaimana pula dengan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang terus alpa dibuai mimpi dunia sehingga lupa bekalan mereka di akhirat kelak.”
Maria tersentak mendengar luahan ayahnya. Ia adalah kenyataan. Persoalan yang seringkali berada di depan mata tanpa kita sedari.
“Adakah dengan mengakui mereka sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. mereka akan bebas dari hukuman neraka jahanam dan dengan mudah mereka menikmati keselesan di syurga?” sekali lagi ayahnya membuatkan Maria terdiam.
Rambut Maria diusap lembut lalu satu kucupan di dahi Maria dari ayahnya,
“Selagi kita hidup dan masih diberi peluang, berdakwahlah di bumi Allah s.w.t.. Sebarkanlah segala ajaran yang pernah disampai Rasulullah s.a.w.. Hanya itu yang kita lakukan sebagai bukti cinta kita kepada Rasul junjungan kita, Muhammad s.a.w.. Hargailah pengorbanannya. Jangan mensia-siakan penghijrahannya. Selebihnya,
bertawakal kepada Allah s.w.t. kerana setidaknya kita telah berusaha,”
ujar ayahnya.
“And one more thing…,” ayahnya mengingatkan.
Maria menunggu.
“Teruslah berpegang pada tali Allah. Selagi al-Quran dan hadith menjadi sumber rujukan utama kita, in shaa Allah, kita tidak akan terputus dari agama Allah s.w.t..,”
~~~
Selesai melaksanakan solat subuh secara berjemaah di Masjid Quba, perjalanan Maria bersama ibu bapanya diteruskan lagi sebelum mereka meninggalkan Madinah untuk menuju ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah sepertimana yang mereka niatkan dahulu.
 “Alhamdulillah. Engkau memperkenankan doaku, Ya Allah,” detik hati Maria apabila kakinya buat kali pertama menjejakkan kaki di negara lahirnya utusan Allah Yang Maha Agung buat sekalian umat manusia. Nabi tercinta, Muhammad s.a.w kekasih Allah s.w.t..
“Mekah al-Muqarammah…,”
Bersama ahli jemaah umrah yang lain, Maria yang turut mengenakan pakaian ihram berkumpul di lobi hotel mereka untuk memulakan ibadah umrah dengan memulakan ucapan lambaian secara beramai-ramai yangmembawa maksud,
“Saya memenuhi panggilan-Mu ya Allah, saya memenuhi panggilan-Mu Ya Allah, tiada sekutu bagi-Mu, saya memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya pujian, nikmat dan kerajaan itu adalah milik-Mu tiada sekutu bagi-Mu,”
Mendahulukan kaki kanan, langkah kaki memasuki Masjidil Haram serentak membaca doa yang bermaksud,
“Dengan nama Allah, selawat dan salam untuk Rasulullah. Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu rahmat-Mu. Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dan dengan wajah-Nya Yang Mulia serta dengan kekuasaan-Nya yang qadim (tidak berawal) dari syaitan yang direjam.”
Selesai melaksanakan tawaf 7 putaran dan bertakbir juga berzikir mahupun berdoa atau membaca al-Quran setiap kali melewati Hajarul Aswad, mereka menuju ke makam Nabi Ibrahim a.s. untuk mengerjakan solat dua rakaat sambil membaca ayat 125 dari surah al-Baqarah yang bermaksud,
“Dan jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat,” , dalam langkah mereka menuju ke situ.
Tiba di Bukit Safa iaitu tempat untuk melaksanakan sa’i, baris ayat ke 158 dari surah al-Baqarah dibacakan yang membawa kepada maksud,
“Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syi’ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah, atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya  mengerjakan sa’i anatara keduanya. Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaiikan lagi Maha Mengetahui.”
Lalu kemudian membawa ayat yang bermaksud, “Mulailah dengan apa yang dimulai oleh Allah.”
Setelah itu, Jemaah menaiki bukit safa hingga meihat Ka’abah, lalu menghadap kepadanya sambil mengangkat tangan, memuji Allah dan memohon doa kepada-Nya dengan doa yang disenangi.
“Tiada tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, Pemilik kerajaan dan pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada tuhan lain Allah semata, Dia melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan bala tentera musuh sendirian,”
Doa itu adalah doa yang disenangi Rasulullah s.a.w. dan dibaca sebanyak tiga kali.
Kemudian, para Jemaah turun dari Bukit Safa menuju ke Bukit Marwah. Sehinggalah sempurna 7 putaran Sa’i yang mana dikerjakan secara berjalan kaki di tempat jalan kaki dan berlari di tempat berlari sambil membaca doa dan zikir seperti apa yang dilakukan pada mulanya tadi.
Akhir sekali, Jemaah lelaki dicukurkan rambutnya manakala Jemaah perempuan dipotong setiap hujung kelabang rambutnya sepanjang satu ruas jari.
“Alhamdulillah, Ya Allah…,”
Hanya itu yang mampu Maria ucapkan setelah selesai mengerjakan ibadah umrahnya.
Dia berdiri di situ sambil menunggu giliran ayahnya yang masih sedang bercukur ditemani ibunya.
“Maria…,” panggil ibunya melihatkan Maria yang duduk di sebelahnya
sedang mengalirkan air mata memandang apa yang berada di hadapannya.
“Jika suatu hari nanti, In shaa Allah, Maria mahu melaksanakan haji bersama mama dan papa juga,” beritahu Maria dengan suara yang serak.
“In shaa Allah, Maria,” sokong ibunya lalu mengusap bahu anaknya.
“Allah s.w.t. itu Maha Adil, kan, mama?” luah Maria. Ibu mengangguk setuju.
“Dalam melaksanakan ibadah sa’i ini, kita dapat lalui saat perit dan sukarnya ibu Nabi Ismail a.s.. sungguh, pengorbanan ibu itu amat besar. Tidak hanya menanggung risiko dalam melahirkan, bahkan masih mampu tersenyum dalam sakitnya apabila melihat anaknya buat pertama kali,” ujar Maria, lalu menatap ibunya.
Kelihatan sinar kaca di mata ibunya. Senyuman terukir di wajah wanita yang melahirkannya.
“Tapi mama tidak dapat dibandingkan dengan Siti Hajar. Namun mama akui, melihat kamu pada kali pertama, kesakitan yang mama hadapi tidak terasa lagi. Itulah kuasa Allah s.w.t.. Kesakitan itu adalah permulaan kebahagiaan,” balas ibunya sambil mengelap air mata yang mengalir di pipi anaknya.
“Terima kasih, mama…,” ucap Maria turut mengelap air mata ibunya yang mulai berlinang di kelopak mata.
~~~
“Islam mulai berkembang pesat di bumi Madinah. Di mana titik mulanya Rasulullah s.a.w. berhijrah bersama para sahabat meninggalkan keluarga yang masih berada di Mekah. Satu-padu antara kaum Ansar dan Muhajirin membawa kepada kemenangan dakwah Rasulullah secara besar-besaran di Madinah saat Islam masih samar di tanah suci Mekah.”
“Hijrah itu adalah pengorbanan dan perjuangan Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat dan muslimin dalam mengembalikan kesucian rumah Allah s.w.t. dan meletakkan Islam pada tempatnya. Jihad mereka sentiasa dirahmati Allah s.w.t. akhirnya membawa kemenangan kepada pasukan Rasulullah s.a.w. berjaya membuka semula kota suci Mekah dari terus berada di bawah kejahilan kaum musyrikin Mekah.”
“Hebatnya kaum muslimin dahulu kerana imannya. Bijaknya mereka dahulu kerana fikirannya yang tak hanya menggunakan akal bahkan juga hati. Tajam pedang seiring dengan tajamnya akal. Doa yang tak pernah putus seiring dengan usaha yang tak pernah mengalah.”
“Kini… jihad mulai disalah anggap. Jihad itu kejam. Islam itu keganasan. Jauh sekali pandngan anasir luar. Apalagi mereka yang tak pernah tahu kisah benar dalam sirah Islam. Rasulullah s.a.w. tak pernah mengajak pengikutnya mengerjakan perkara mungkar. Melainkan Baginda s.a.w. lebih menyeru kita ke arah kedamaian. Kerana Islam itu agama yang lengkap. Satu-satunya agama yang menyeru umat manusia untuk dekat dan tunduk kepada Allah s.w.t..”
“Al-Quran bukanlah rekahiasa Muhammad s.a.w.. Ia adalah wahyu dan petunjuk yang lengkap tentang dunia dan akhirat, hal yang telah berlaku, sedang mahupun yang akan datang. Sementara hadith adalah sumber selepas al-Quran buat rujukan umat manusia. Segala percakapan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. tidaklah sia-sia melainkan ia membawa kebaikan kepada sekalian manusia.”
“Namun, mengapa mereka yang jahil masih mempersoalkan ia? Masih mahukan bukti yang apalagi?”
“Justeru itu, kita yang merupakan umat akhir zaman ini jangan membiarkan Islam itu hanya sejarah lama yang tak perlu dibangkitkan lagi. Rasulullah s.a.w. begitu mencintai umatnya. Teruskan perjuangannya dalam mengembangkan Islam. Berjihadlah atas nama Allah s.w.t. agar kita terus lurus berada di jalan-Nya. Berselawatlah atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. saat berjihad agar kita mampu merasa bagaimana jihad bersama Baginda s.a.w.. Kita rasa kehadirannya
biarpun dia telah tiada. Jika engkau rebah saat fizikalmu mulai lemah tapi bukan imanmu, ucapkanlah ‘La illaha illah’ agar jihadmu tidak sia-sia. In shaa Allah kita bersama dalam golongan yang syahid.”
“Aamiin…”ucap Maria selesai Rayyan menghabiskan bicaranya dalam pita
rakamannya hasil pertemuan mereka di Jabal Nur siang tadi.
“Dia begitu mendalami sejarah Islam. Terasa kerdil diri Mama kerana mualaf sepertinya lebih mencintai Allah s.w.t.. Bahkan mengetahui Islam lebih banyak dari kita,” celah ibunya yang berada di belakangnyasedang mengemas pakaian.
Maria mengangguk. Serentak itu dia bangkit lalu menyimpan computer ribanya ke dalam beg galasnya yang berada di situ. Kamera dan pita rakaman dibiarkan di luar beg itu. Kemudian, dia bangkit menuju ke katil tempat ibunya berada turut membantu ibunya.
~~~
Maria mengaji sambil membaca terjemahan al-Quran di menghadap Kaabah hitam di hadapannya sementara menunggu ibu dan ayahnya tiba. Membaca surah al-Baqarah ayat 142 yang membawa maksud,
Orang-orang yang bodoh akan berkata : “Apa yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang duhulunya mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah : “Kepunyaan Allah timur dan barat. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”.
Dia terhenti lantas mendongak melemparkan pandangannya ke arah Kaabah di hadapannya. Saat Jemaah lain sedang mengerjakan ibadahnya di situ, terdetik hatinya terfikir sesuatu, ‘Baitulmaqdis’. Apa khabarnya dengan Masjid Aqsa di sana? Pasti kaum Yahudi amat marah apabila kiblat kebanggaan mereka bukan lagi menjadi kiblat umat Islam setelah Allah s.w.t. memerintahkan perkara ini berlaku”.
“Assalamualaikum, Maria,” ucapan salam Aryan mengejutkannya.
Maria mendongak memandang Aryan yang berdiri di sisinya lalu menjawab,
“Waalaikumsalam,”
Aryan melontarkan senyuman. Kemudian melontarkan pandangan ke sekeliling.
“Looking for someone?” soal Maria melihat Aryan kelihatan sedang mencari seseorang.
Aryan mengangguk. Maria lantas menundukkan pandangannya.
“Why he always come to me, when I’m thinking about something?” bisik hatinya sendirian.
Aryan tunduk lalu melihat tafsiran al-Quran di tangannya Maria. Dia tersenyum sambil berbisik dalam hatinya, “Alhamdulillah. You used it.”
“Maria…,”
“Aryan…,”
Serentak dua insan itu memanggil nama.
“You first,”Aryan mengalah.
“Ok. Thanks,”ucap Maria terlebih dahulu lalu menyambung kembali,
“Would tell me about the history of Kaabah and Baitulmaqdis?”
Aryan mengangkat keningnya serentak melontarkan senyuman.
“Am I bothering you?” tanya Maria.
Aryan menggeleng.
Tergambar wajah Maria yang penuh gembira, lantas mengeluarkan perakam suaranya.

“It was happened at second year of Hijrah in Syaaban which Allah has ordered His Messenger transferring direction of prayer from the al-Aqsa Mosque in Baitul Maqdis to the Ka’abah in Mecca when Rasulullah s.a.w. was performed Asar prayer in Masjid Qiblatain. While he was in the second rakaat, wahyu from Allah s.w.t. orderd him to
change the direction to turn towards Ka’abah to the opposite corner with Mizab with a 180-degree turn and continued the remainder of his solat. Rasulullah s.a.w. had long raised his hands in prayer and looking up to heaven asking for change direction to the Kaaba,” Aryan memulakan.
“I’m sure the Jews were very upset after knowing this,” Maria mencelah.
“Of course. They are so proud of Mosque Al Aqsa. And they were also known that turned to Masjidil Haram is the truth from Allah s.w.t. ashas been written in Taurat,”
“So, what have they done?”
“Spreading the lies as they always do. Keep hiding the truth,”
Maria menghela nafas kesal.
“Kecewa dengan kebenaran yang disembunyikan?” soal Aryan.
Menggeleng seketika Maria sebelum berkata,
“Manusia kejam kadang-kala,”
“Sebab?”
“Kenapa harus menyembunyikan perkara yang benar?”
Aryan terdiam kehilangan kaa-kata. Tunduk melihat lantai. Maria terus menatap Ka’abah diselimuti kain hitam di hadapannya.
“Apa dia akan menganggap aku juga kejam jika aku tidak berterus-terang dengannya, Ya Allah. Ini soal hati dan perasaan. Mungkin kerana ini, dia masih ragu padaku,” bisik Aryan dalam hati kecilnya.
“It’s your turn,” celah Maria mengejutkan Aryan.
Aryan menghulurkan senyuman.
“Actually, I have something to ask…,” Aryan berhenti di situ lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Maria sedikit tersentak mendengar Aryan berkata bahawa dia ingin bertanyakan sesuatu. Sepanjang perkenalan mereka, hanya Maria yang lebih banyak bertanya daripada Aryan. Soalan yang Aryan biasa ajukan kepadanya, tidak pernah didahului dengan permulaan seperti itu. Maria mengangguk hanya menanti soalan yang keluar sendiri dari mulut Aryan. Agak berdebar juga hati Maria, jika soalan yang diajukan itu berkait rapat dengan sejarah yang dia sendiri tidak ketahui. Aryan berdehem terlebih dahulu sebelum mengajukan soalannya. Dia melontar senyumannya lalu berkata, “Nabi Musa a.s. punyai satu keistimewaan yang tidak terdapat pada nabi yang lainnya,”kemudian memberi ekspresi wajah menyoal kepada Maria untuk menjawab ayat yang keluar dari mulutnya.
Terkejut mendengar soalan Aryan yang ternyata dia agak lemah dalam hal itu. Agak aneh juga pertanyaan Aryan yang secara tiba-tiba. Maria cuba mengawal reaksi wajah terkejut dengan senyuman.
“Dari apa yang saya pernah baca, dia punyai kerajaan besar. Tapi nabi yang lainnya juga sama, terutamanya, Nabi Ibrahim a.s., dan Nabi Sulaiman a.s. yang mampu mengusai bukan sahaja manusia bahkan juga jin,” jawab Maria, namun masih kelihatan dia cuba mencari jawapan yang pasti.
“Satu keistimewaan yang tidak terdapat pada nabi yang lainnya,” Aryan mengulangi soalannya.
“Kitab Taurat?” tekaan Maria buat kali kedua.
“Itu kitab. Keistimewaan Nabi Musa a.s.?”
Maria memetik jarinya, “Ingat. Dia mampu berbicara langsung dengan Allah s.w.t. sewaktu dia masih hidup. Nabi yang lainnya, hanya bertemu dengan Allah s.w.t. setelah mereka wafat,” dia memberi ekspresi wajah yang amat teruja kerana yakin akan jawapannya.
Aryan mengangguk. Semakin lebar senyuman Maria menambahkan keceriaan di wajahnya. Aryan lantas menundukkan pandangannya lalu menghadap semula Ka’abah di hadapannya.
“Nabi Musa a.s. adalah seorang nabi yang sangat berani dan tegas serta tetap pada pendiriannya,” katanya.
“Dia berani menentang Raja Firaun yang amat ditakuti oleh penduduk di ketika itu, kan?”tanya Maria.
“Tiada siapa yang Nabi Musa a.s. takuti, melainkan Allah s.w.t.. kerana itu dia tidak gentar ketika menghadapi Firaun dan pengikutnya. Dengan izin Allah s.w.t., Nabi Musa a.s. menang sementara Firaun dengan pengikutnya mati dalam keadaan yang kufur”
“Piramid di Mesir adalah bukti peninggalannya?”
“Piramid di Mesir itu lebih kepada ketika pemerintahannya yang mengejek kebenaran akan kata-kata Nabi Musa a.s tentang kewujudan Allah s.w.t.. ia ada diceritakan dalam al-Quran surah Al-Qashash ayat 38 ;Dan Firaun berkata “Wahai para pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui bahawa ada Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah tanah liat untukku wahai Haman, kemudian  buatkanlah bangunan yang tinggi untukku agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa dan aku yakin dia termasuk pendusta”,”
Maria terdiam. Tersentak dengan penjelasan Aryan.
“Jadi, bangunan yang dimaksudkan Firaun itu piramid yang berada di Mesir itu?”
Aryan mengangguk dan berkata, “Bukankah al-Quran itu lengkap isi kandungannya. Masa lalu, sekarang dan datang. Tiada apa yang ragu di dalamnya. Hanya kebenaran yang Allah s.w.t. wahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui Malaikat Jibril sebagai petunjuk kepada sekalian umat manusia untuk kita ambil hikmah disebalik firman Allah s.w.t yang terkandung di dalamnya,” jelas Aryan.
Maria mengangguk setuju. Dia kembali membuka lembaran terjemahan al-Quran di tangannya dan mencari helaian muka surat surah yang Aryan bacakan sebentar tadi.
“Maka Kami seksa dia (Firaun) dan bala tenteranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut. Maka perhatikanlah kesudahan orang yang zalim”
Maria terdiam selepas membaca ayat ke 40 surah Al-Qashash terus beristighfar. Juga Aryan.
“Laut yang dimaksudkan?” kemusykilan tergambar di reaksi wajah Maria yang ingin benar tahu. Kelihatannya, dia ingin pergi ke situ mengetahui.
Aryan terus menunjukkan dua keping tiket kapal pelayaran menuju ke Mesir.
“Mesir?” Maria hairan.
“Jika kita di sini, negara tanah Arab ini, untuk menuju ke Mesir dengan menaiki kapal, satu-satunya laut yang kita lalui?”
Dengan pantas Maria menjawab, “Laut Merah,”
Aryan mengangguk lalu menghulurkan tiket itu kepada Maria.
“Ingin saya lanjutkan di sini? Atau mahu melihat lebih dekat?” Aryan memberi pilihan.
Maria menyambutnya, “Nanti saja. Apapun terima kasih,” ucapnya.
“Sama-sama,”balas Aryan.
“Tapi, kenapa dua?”
“Awak nak berapa?”
“Mama dan papa saya? Mestilah tiga. Dan kalau termasuk awak, jadi empat. Namun kebiasaanya, kita tak pernah merancang nak berjumpa pada sesuatu tempat,”
Aryan terdiam hanya melontarkan senyuman membalas pandangan Maria yang menunggu jawapan darinya. Memberanikan diri terus memberitahu,
“Saya dah dapat persetujuan dari mereka, hanya tunggu jawapan dari awak,”
~~~
Laut Merah kini menjadi saksi pelayaran Maria seterusnya menuju ke bumi Mesir. Dia berdiri sendirian di dek bahagian belakang kapal melihat tanah Asia Timur.  Melihat semula kenangan yang sempat dirakamkan di lensa kamera, dia tersenyum sendirian. Hasratnya untuk menunaikan umrah bersama kedua orang tuanya telah tercapai. Kini
perjalanan diteruskan kembali tanpa bersama ibu dan ayahnya. Masih terngiang akan kata-kata ibunya,
“Mama dan papa meredhai setiap langkah pengembaraan Maria agar memperoleh keredhaan dari Allah s.w.t..,”
“Alone traveller…?,” suara menyergah di belakang.
Maria lantas menoleh.
“Michelle!”
Michelle melontarkan senyuman kepadanya. Maria segera mendapatkan Michelle lantas mendakapnya erat. Dakapannya dibalas Michelle.
“Congratulation!” ucap Michelle dalam dakapan.
Dakapan terlerai. Kelihatan wajah Maria berubah. Perlahan-lahan dia menuju ke tempatnya semula.
“Why?” soal Michelle yang mengiringinya dari belakang.
Hanya gelengan kepala yang Maria balas.
“What’s bring you to here?” tanya Maria menukar suasana.
“Ryan’s quest,” jawab Michelle bersahaja.
“His quest?”Maria hairan.
“You don’t still trust him?” teka Michelle.
“He’s always make me surprise. I still don’t get him,” luah Maria lalu melontarkan pandangan ke laut semula sambil menahan penghadang besi kapal pelayaran itu.
“You trust his knowledge about history. But you refuse to trust him?”
“No, I’m not,”
“Yes, you are,”
“I don’t know...,” Maria lantas menghela nafas panjang.
“Then ask. I’ll give you the answer…,” Aryan mencelah.
Tersentak Michelle dan Maria lantas menoleh.
“I’ve got to go,” Michelle melontarkan senyuman lalu terus beredar meninggalkan mereka berdua sendirian di situ. Aryan mengangguk lalu dengan perlahan dia berdiri di sebelah Maria.
Agak lama kedua-duanya berdiri tanpa sepatah kata. Jari jemari Aryan
bermain dengan penghadang besi sementara Maria terus menangkap gambar.
“Okay, this is akward…,” serentak ayat itu keluar dan saling
berpandangan antara satu sama lain.
Kedua-duanya terus menatap mata masing-masing. Situasi yang tak pernah
berlaku di antara mereka berdua. Saling terdiam tak mampu bicara.
“Dan seseorang tu yang akan menemani Maria ke mana pun Maria pergi…”
“Bagaimana kalau Allah dah kirimkan seseorang untuk Maria, tapi Maria
tak perasaan pun kehadirannya kerana Maria hanya fikir tentang diri
Maria sahaja…”
“You trust his knowledge about history. But you refuse to trust him?...”
Kata-kata ibu dan Michelle terngiang kembali di benak fikiran Maria.
“Aku terima nikahnya Maria Elzahra Binti Mueez…,”
Lafaz nikahnya Aryan yang berwalikan bapa kandungnya kembali menyedarkan Maria.
Dia menundukkan pandangannya.
Ka’abah di tengah Masjidil Haram adalah tempat termeterainya ikatan
sah perhubungan mereka.
“I’ve hide nothing from you… I’ve told you everything I know,” beritahu Aryan.
Maria mengangguk setuju dengan kata-kata Aryan. Memang Aryan menceritakan segala apa yang diketahuinya bahkan akan mencuba untuk menjawab persoalan yang sering Maria utarakan kepadanya.
“We share lots of things together… we always meet without we’ve planned it,” beritahu Aryan lagi. Sekali lagi Maria setuju dengannya. Mereka sering dipertemukan tanpa disangka. Berkongsi pengetahuan bersama.
“Ask me something, Maria. Tell me what you want to know, Maria…,” pinta Aryan.
“Why you choosed me…?”
“I’m pretty sure your reason to accept me is same as I do,”
Maria melontarkan senyuman kembali mendapatkan kameranya. Perlahan tangan Aryan mencapai kameranya Maria dan membetulkan kedudukan lensa kameranya.
Tepat kedudukan wajah mereka berlatar belakangkan laut merah di skrin kamera. Dua jari ibu mereka yang berada pada butang ‘klik’ serentak menekan butang itu merakamkan kenangan.
“Terima kasih atas kiriman-Mu, Ya Allah,”bisik keduanya.


Created by:
Aisyah bt Mohd Nur @ aisyaarryadne_a’94

Sumber :
http://takmirpenang.blogspot.com/2011/07/jangan-kita-lupa-peristiwa-pertukaran.html
http://www.islamituindah.my/doa-rasulullah-mohon-pertukaran-arah-kiblat-dimakbulkan
www.saaid.net/mktarat/hajj/y-n.htm
pospopulers.blogspot.ca/2014/07/pembangunan-piramida-di-mesir-menurut.html?m=1
ibuberbicara.blogspot.ca/2013/06/peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-saw.html?m=1
Assalamualaikum WBTKonbanwa minna
Hari ni selesai sudah part terakhir fiksyen Islamiah Cahaya Di Langit Eropah: V4 Cahaya Cinta hasil nukilan oleh Aisya Arryadne. Rasanya agak lama jugak kesinambungan part terakhir ni dihasilkan oleh penulis namun syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya K diberi kesempatan untuk publish hari ini, Sabtu 4Jamadilawal 1437Hijrah bersamaan 13Februari 2016 Masihi.
Mudah2an fiksyen Islamiah ini banyak memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua disamping menambahkan lagi ilmu kita tentang sifat2 mulia Rasullullah SAW dan peristiwa umat2 terdahulu yang perlu kita jadikan pedoman khusunya kita sebagai umat akhir zaman yang sudah terlalu banyak kali alpa dan lalai dalam melaksanakan kewajipan sebagai muslim.
Semoga watak lelaki mualaf seperti Aryan banyak memberikan kita kesedaran agar berusaha menjadi seorang muslim yang sejati sepertinya dan terus berusaha mengekalkan imej Islam yang suci dan indah di mata masyarakat yang mengenali kita sebagai seorang muslim yang ikhlas berdakwah di jalan Allah.
Ribuan terima kasih buat insan/adik tercinta Aisya Arryadne (seorang anak/adik/kakak/penulis/pelajar PoliTeknik Melaka) yang sudi meluangkan masa menghasilkan fiksyen Islamik yang teragung ini (Inshaa Allah, hebat di mata pembacanya). Terima kasih kerana usaha keras menghasilkan fiksyen Islamiah Cahaya Di Langit Eropah ini yang secara keseluruhan mengandungi 4bahagian kesemuanya;
('Klik' setiap tajuk di bawah untuk membaca..)
V1: Ku Temui Cinta V2: Takdir Yang Diungkap V3: Keabadian Sebuah Kebenaran
Teruskan usaha murnimu wahai adik yang tercinta dan K akan sentiasa memberi sokongan dan terus menanti hasil nukilan yang seterusnya, In Shaa Allah~
Akhir kata dari K buat seluruh para muslim terutamanya para muslimah di luar sana,
“Untuk muslimah yang tak pernah lelah berdakwah, pantang menyerah tak pernah mengalah, merekalah sosok solehah, Mujahiddah Perindu Syurga”
Semoga kita diletakkan dikalangan Muslimah seperti mereka, Amiin~~


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nordasagigirl.blogspot.com/2016/02/islamiah-fiction-cahaya-di-langit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budget 2023 Part 1

Budget 2023 Part 1

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 194 hits
This is not exactly the Budget yet The Budget will be in Part 2 To be fair there have been some positives lately 1 Transport Minister Anthony Loke cancelling the need to display road tax tags on car windscreens is a positive It should be ex...
Budget 2023 Part 4 The Budget Is Quite Ok

Budget 2023 Part 4 The Budget Is Quite Ok

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 229 hits
I think this will be my final comment on the Budget 2023 First of all this Budget clearly shows the really coalition nature of the government Quite obviously there are inputs from almost all the main partners in the coalition government You...
Budget 2023 Part 3

Budget 2023 Part 3

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 282 hits
Highlights of Budget 2023 Belanjawan 20231 Bankrupts with debts of less than RM50 000 who fulfil certain requirements will be released from bankruptcy on March 1 This is expected to benefit 130 000 people 2 The government will amend the Ins...
Trailer Baru The Glory Part 2 Rilis Emosi Balas Dendam Song Hye Kyo Makin Memuncak

Trailer Baru The Glory Part 2 Rilis Emosi Balas Dendam Song Hye Kyo Makin Memuncak

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 163 hits
Apakah Dong eun dapat menuntaskan balas dendamnya di The Glory season 2 Tunggu kelanjutannya 10 Maret 2023 ya SoHip
I Had No Part In 2019 Arrests Over Ltte Zakir Naik Tells Court

I Had No Part In 2019 Arrests Over Ltte Zakir Naik Tells Court

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 165 hits
Zakir Naik told the High Court that he feared for his safety and security following ex MP Charles Santiago s statements KUALA LUMPUR Controversial preacher Zakir Naik told the High Court he did not play any part in the government s arrest o...
Lynas Faces Part Closure Of Malaysian Rare Earths Plant By July

Lynas Faces Part Closure Of Malaysian Rare Earths Plant By July

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 159 hits
Malaysian regulators approved an operating licence renewal for Australia s Lynas Rare Earths Malaysian unit the company said on Tuesday but the regulators had not lifted conditions that stop it from importing and processing rare earths conc...
Budget 2023 Part 2

Budget 2023 Part 2

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 225 hits
This is from Bernama My comments in blue Budget 2023 is themed Developing Malaysia Madani which involves an allocation of RM388 1 billion with RM289 1 billion for operating expenditure RM99 billion for development expenditure including RM2 ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa