Islam Melarang Mengamalkan Sikap Ekstrim



Sebahagian masyarakat bukan Islam menganggap Islam agama yang mengajar keganasan, peperangan dan tindakan ekstrim. Sebab itu jika berlaku sesuatu tindakan keganasan di negara bukan Islam, maka masyarakat dunia terus menuduh perbuatan itu dilakukan oleh penganut Islam. 

Manakala itu, beberapa buah negara Islam telah dilabelkan oleh Barat sebagai paksi kejahatan yang dikenakan pelbagai sekatan dalam perniagaan global, bantuan ekonomi dan sebagainya.

Gambaran negatif terhadap umat Islam bertentangan dengan hakikat ajaran Islam yang sebenar. Sesungguhnya, Islam mementingkan kehidupan sejahtera dan selamat yang menjadi teras keindahan Islam. 

Malah maksud perkataan Islam itu sendiri bermakna sejahtera dan selamat untuk seluruh manusia dan isi alam ini. Piagam Islam menolak sebarang bentuk tindakan atau perbuatan yang mendatangkan kesan buruk. Ajaran Islam diturunkan kepada manusia bertujuan membawa rahmat ke seluruh alam.   

Sejarah telah membuktikan betapa Islam telah berjaya mengubah cara hidup manusia yang suka berperang kepada cintakan perdamaian. Nabi Muhammad telah berjaya menyatukan manusia di bawah satu bumbung akidah, keimanan dan matlamat hidup yang satu iaitu mencari keredaan Allah.

Islam menetapkan agar setiap penganutnya saling berkasih sayang, menghormati, tolong menolong dan mengelak sebarang bentuk perpecahan. Justeru, sesiapa yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya akan sentiasa mementingkan usaha mewujudkan keamanan dan perpaduan.

Sikap bermusuhan mendatangkan banyak keburukan kepada pihak yang terlibat dan kesannya turut terkena kepada pihak lain yang mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung. Sebab itu perbuatan itu amat ditegah dalam ajaran Islam. 

Pihak yang terlibat dalam kancah permusuhan akan menggunakan banyak masa, tenaga dan fikiran kepada hal-hal yang bersangkutan dengan permusuhan itu. Ini secara tidak langsung mencetuskan konflik jiwa yang menjadi bebanan hidup sehingga tidak mampu lagi membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.    

Memandangkan betapa buruknya kesan permusuhan, maka Islam menegah perbuatan yang bolah menimbulkan huru hara dan ekstrim daripada dilakukan oleh individu yang mengaku sebagai muslim.

Secara konsepnya, perbuatan yang tidak baik ditegah sama sekali dilakukan biarpun didakwa untuk kebaikan. Sesungguhnya sesuatu yang bertujuan untuk kebaikan hendaklah dilakukan secara yang hak.   

Ajaran Islam menetapkan setiap perkara yang ingin dilakukan hendaklah secara tertib, berhemah dan bebas daripada kesan keburukan. Amalan ekstrim yang tidak terkawal mudah membawa kepada kesan buruk.  

Sebenarnya fahaman ekstrim lahir apabila nafsu menguasai akal sehingga tidak mampu berfikir secara tuntas. Nafsu tidak merasa puas apa yang dilakukan secara normal apabila tidak mencapai seperti yang diharapkan. 

Jadi, golongan ekstrim sanggup melakukan apa saja cara untuk mencapai matlamat, termasuk dengan melakukan keganasan yang didakwa dilakukan demi untuk agama sedangkan jelas nyata ia bertentangan dengan kehendak Islam. 

Sebenarnya, fahaman ekstrim tidak hanya wujud di kalangan penganut agama Islam saja. Bahkan dalam semua agama terdapat golongan yang sanggup melakukan perbuatan ekstrim untuk kepentingan agama masing-masing. Hakikatnya, cara itu bukanlah daripada ajaran mana-mana agama.

Golongan yang terlibat dalam tindakan ekstrim merasakan bahawa itulah satu-satunya cara penyelesaian terhadap permasalahan yang sedang dihadapi. Mereka sanggup melakukan apa saja yang dianggap sebagai jihad yang mendapat balasan syurga. 

Sesungguhnya, Nabi Muhammad tidak pernah mengajar umatnya melakukan sesuatu tindakan cara ekstrim untuk kepentingan agama. Tindakan ekstrim menimbulkan lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan yang diharapkan.

Islam mengajar cara yang benar dan berhikmah untuk menyelesaikan apa-apa masalah yang berkaitan kepentingan umat Islam. Cara demikian akan meletakkan Islam pada kedudukan yang lebih dihormati dan menarik minat orang bukan Islam kepada ajaran Islam. 

Sebagai umat Islam kita perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dalam setiap perkara. Contohilah bagaimana Nabi Muhammad sentiasa bersabar dalam melaksanakan tugas menyebar agama tauhid. 

Ketika Rasulullah menyebarkan Islam di Makkah selama 13 tahun, pelbagai halangan dihadapi penuh kesabaran. Baginda tidak bertindak balas secara ekstrem terhadap orang yang memusuhi baginda.   

Rasulullah lebih mementingkan kebijaksanaan, bersabar dan memohon pertolongan Allah ketika berdepan dengan sebarang masalah ketika menjalankan tugas menyebarkan agama Islam. Cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu ternyata membuahkan hasil yang cemerlang berjaya menarik minat bukan Islam mengucap kalimah syahadat. 

Pengaruh ajaran Islam tersebar secara meluas dengan cepat setelah bertapak dan disebarkan di Madinah. Kejayaan itu dicapai berkat kesabaran, kebenaran dan kebijaksanaan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad ketika berdepan dengan musuh.   

Bukti terbaik menggambar Islam mementingkan kedamaian ialah sejarah pembukaan Kota Makkah. Nabi Muhammad tidak sekali-kali menggunakan kekerasan ketika berjaya menawan kota Makkah. 

Biarpun berkuasa penuh ke atas setiap jiwa penduduk Makkah ketika itu yang layaknya dipanggil tawanan perang, Nabi Muhammad melakukan sesuatu yang tidak pernah diduga oleh penduduk Makkah ketika itu.

Dengan penuh kasih sayang dan kemaafan, Nabi Muhammad memberi keampunan dan kebebasan terhadap seluruh penduduk kota Makkah, termasuk kepada individu yang pernah memusuhi dan ingin membunuh baginda. 

Malangnya, sejak kebelakangan ini segelintir umat Islam bertindak melulu dan bertentangan konsep keadilan, kesejahteraan dan selamat yang diamalkan dalam Islam. Akibatnya, umat Islam dilempar dengan pelbagai tuduhan yang tidak melambangkan ajaran Islam yang sebenar.

Umat Islam perlu memulih kembali imej Islam yang sentiasa dikaitkan dengan keganasan dan ekstrim. Selain melakukan tindakan ekstrim terhadap bukan Islam, umat Islam juga sering bermusuhan sesama sendiri yang berlarut sehingga berbunuh-bunuhan.

Tindakan bermusuhan sesama Islam amat merugikan umat Islam. Bilangan orang Islam yang menjadi mangsa keganasan orang Islam sendiri lebih banyak berbanding disebabkan bukan Islam. 

Kejadian ini berlaku disebabkan pihak yang terlibat merasakan halal berbunuhan sesama Islam atas dasar memperjuangan Islam. Jelas sekali keadaan yang berlaku adalah sebaliknya. Kedudukan umat Islam di negara yang orang Islam bermusuhan sesama sendiri berada dalam keadaan amat lemah.  

Musuh Islam sentiasa menanti peluang untuk melaga-lagakan sesama Islam supaya umat Islam sentiasa dalam keadaan lemah. Keadaan ini memudahkan untuk musuh Islam menguasai negara Islam yang sedang bergelolak. 

Jelaslah, perbuatan ekstrim dan permusuhan mendatangkan banyak keburukan.  Sesiapa atau kumpulan yang melakukan tindakan itu tidak wajar mendakwa dia melaksanakan jihad kerana ia sebenarnya ditegah daripada dilakukan. 

Golongan ekstrim sanggup melakukan apa saja asalkan tercapai matlamat. Perbuatan menyebarkan fitnah, propaganda, pembohongan adalah amalan biasa dilakukan golongan ekstrim. Semua perbuatan itu ditegah dilakukan dalam Islam.

Sebab itu, fahaman ekstrim ditegah dijadikan idelogoi umat Islam. Semangat jihad yang perlu disuburkan dalam sanubari umat Islam tidak menyamai fahaman ekestrim. Jihad jalan menghampirkan diri kepada jalan Allah, sedangkan ekstrim menyesatkan daripada jalan kebenaran.  

Sesiapa melakukan kerosakan di muka bumi akan menjauhkan dirinya daripada kebenaran. Allah tidak merahmati orang yang melakukan kerosakan. Kehidupan golongan itu semakin sesat dan tidak diterima sebagai amalan orang beriman. Apa yang dilakukan sia-sia dan merugikan diri sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/frz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zulhas Sikap Pembakar Bendera Tauhid Beringas Jauh Dari Nilai Islam

Zulhas Sikap Pembakar Bendera Tauhid Beringas Jauh Dari Nilai Islam

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 243 hits
Berita Islam 24H Ketua MPR Zulkifli Hasan turut menyesalkan adanya insiden pembakaran bendara Tauhid yang diduga dilakukan oleh oknum Banser Apalagi insiden tersebut terjadi saat peringatan Hari Santri Nasional Zulhas sapaan Zulkifli Hasan ...
Guan Eng Hairan Sikap Hadi Awang Yang Dianggap Ada Ilmu Islam Sangat Tinggi

Guan Eng Hairan Sikap Hadi Awang Yang Dianggap Ada Ilmu Islam Sangat Tinggi

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 275 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata dia serba salah semasa membantu Kelantan kerana meluluskan permohonan bantuan dari negeri terbabit namun PAS tetap menyalahkan dirinya Guan Eng berkata apabila beliau mendakwa Kelantan tidak mampu memba...
Sikap Seorang Islam Berdepan Dengan Kehidupan Seharian 8368

Sikap Seorang Islam Berdepan Dengan Kehidupan Seharian 8368

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 301 hits
Indonesia Rawan Bencana Bagaimana Seorang Mukmin Bersikap Wilayatul Faqih Agenda Politik Kaum SyiahInsiden Pengeroyokan Harlingga Begini Cara Islam Menjaga Nyawa ManusiaKhutbah Jumat Mengapa Kita Harus Menegakkan SyariatKhutbah Jumat Tiga R...
Oktoberfest Provokasi Uji Kesabaran Orang Islam

Oktoberfest Provokasi Uji Kesabaran Orang Islam

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 303 hits
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mendakwa penganjuran Oktoberfest satu bentuk provokasi menguji kesabaran orang Islam di negara ini Presidennya Datuk Dr Ibrahim Ali berkata terdapat pihak yang menyokong penganjuran itu dengan alasan ia u...
Haji Satu Dari Rukun Islam

Haji Satu Dari Rukun Islam

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 262 hits
Haji Salah satu dari rukun Islam diwajibkan keatas mereka yang mempunyai kemampuan Mampu dari segi kesihatan diri dan mampu pada harta atau kewangan Setiap tahun bagi mereka yang dah layak dan mampu akan mendapat jemputan sebagai tetamu All...
Dokter Ini Masuk Islam Usai Bedah Mumi Firaun

Dokter Ini Masuk Islam Usai Bedah Mumi Firaun

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 405 hits
Perancis dikenal sebagai negara yang tertarik dengan dunia arkeologi dan budaya Maurice Bucaille yang merupakan keturunan Perancis asli merupakan salah satu dokter bedah terpintar di Perancis Maurice merupakan lulusan Fakultas Kedokteran Un...
Kekuatan Kun Nurullah Dlm Rawatan Islam

Kekuatan Kun Nurullah Dlm Rawatan Islam

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 273 hits
As Salam Perawat Islam di dlm video menggunakan kaedah rawatan KEKUATAN KUN apabila jari kalimah jari syahadah jari telunjuk diluruskan jari jari lain tangan kanan digenggam ianya akan membentuk kalimah ALLAH kemudian hujung jari syahadah t...
Angola Menafikan Pengharamkan Islam

Angola Menafikan Pengharamkan Islam

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 325 hits
Kerajaan Angola telah menafikan yang ia telah mengharamkan Islam dan masjid masjid yang tertutup di negara ini selepas spekulasi media yang mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia Tidak ada peperangan di Angola terhada...
Kenali Bomoh Yang Terpesong Dari Ajaran Islam

Kenali Bomoh Yang Terpesong Dari Ajaran Islam

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 352 hits
Assalamualaikum dan Salam Mesra Buat rakan rakan yang berhajat ingin berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional yang bertujuan untuk mengubati sesuatu penyakit yang di alami seelok eloknya kenali ciri ciri pengamal perubatan dalam mengu...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi