Isi Permohonan Passport Secara Online Tapi Ada Masalah Dan Terpaksa Ke Imigresen Jalan Duta


Siapa yang follow k.fiezz di sosial media, tahu lah kisah k.fiezz & mr hubby ke pejabat imigresen buat passport untuk renew. Sebelum ke imigresen, macam biasa lah prosedur sekarang semua permohonan passport secara online dulu. Dalam hujung bulan Mei, k.fiezz & mr hubby isi permohonan passport secara online di website imigresen untuk renew passport yang dah tamat tempoh tahun 2020 lagi. Tapi masa tu kita kan dah start PKP bagai, tak boleh nak ke mana-mana, buat apa nak renew passport. Biar je lah. Tahun ni baru k.fiezz & mr hubby renew semula passport. Ikut k.fiezz malas sebab baca kat sosial media, banyak betul prosedur nak renew/buat passsport sekarang ni. Udah lah sekarang ni orang masih ramai lagi tengah sakan buat passport. Dah ramai orang faham lah mesti crowded kat imigresen tu. Lagi pula sekarang ni nak kena buat temujanji imigresen online bagai, ambil no giliran. Ehhh leceh lah. So ikut k.fiezz bior je dulu sebab kitaorang pun tak ada plan nak ke luar negara buat masa ni. 
Tapi mr hubby nak renew passport, jadi nak tak nak kena ikut juga lah. 
30 @ 31hb  Mei 2023 kitaorang isi permohonan passport secara online. 1 - 2 Jun k.fiezz & mr hubby cuti. Duk ingatkan siap kejap lah kan. Kalau siap antara 1-2 Jun tu boleh lah pi ambil terus. Tunggu punya tunggu tak ada jawapan lagi. Bila check masih dalam proses. So tak apa lah biar je. Tunggu dapat e-mail dari imigresen. 
Masa isi online, kitaorang pilih HQ imigresen untuk ambil passport yang dah siap. Pada anggapan tak ada sebarang masalah..
PERMOHONAN DI TOLAK4hb Jun, 2023 dapat e-mail, permohonan k.fiezz ditolak sebab cap jari tidak sah. Selang sehari dua, mr hubby pun dapat e-mail yang sama juga. Aihhhh..So kena ke imigresen lah ni untuk selesaikan masalah passport kitaorang. 
Hari Jumaat (9hb Jun 2023), k.fiezz & mr hubby ke imigresen Jalan Duta sebab kitaorang dah pilih kat situ masa isi permohonan passport secara online. Nak ke UTC atau imigresen cawangan lain risau tak boleh, malas nak ambil risiko ke sana sini. Lagi pun tanya bos k.fiezz, sebab dia tahu juga prosedur imigresen, dia cakap kalau macam kes k.fiezz & mr hubby ni kena ke HQ Imigresen juga sebab detail dah ada kat sana. Kalau kitaorang ke UTC atau tempat lain, proses jadi lambat sebab diaorang kena tunggu HQ bagi detail pada cawangan UTC @ pejabat imigresen yang lain. So k.fiezz & mr hubby  terus je ke tempat yang di pilih iaitu HQ Jalan Duta.
Dalam e-mail yang permohonan k.fiezz ditolak tu, ada link untuk permohonan temujanji di Imigresen. Jadi k.fiezz & mr hubby pun isi lah permohonan temujanji imigresen online. Dapat nombor giliran, print untuk bukti masa ke imigresen. Sekali dengan bawa kad pengenalan (asal), cetakan e-mail dari Imigresen & passport. 
NOMBOR GILIRAN ONLINE TAK ADA FUNGSIEsoknya (9hb Jun), kitaorang terus ke Imigresen. K.fiezz ni buat rileks je pagi-pagi, tak ada nak rushing ke apa sebab dah ada nombor giliran yang dapat masa isi permohonan temujanji imigresen online sehari sebelum tu kan?
Sampai-sampai kat pejabat Imigresen HQ, tanya pegawai kat kaunter lain sebab tengok kaunter untuk ambil nombor giliran panjang, takkan nak beratur sebab kitaorang dah isi permohonan temujanji imigresen online & dah ada nombor pun. Mr hubby suruh tanya kat staff kaunter lain kalau macam kitaorang dah ada nombor ni nak tunggu kat mana? K.fiezz pun pi tanya & mr hubby beratur juga kat kaunter 11 tu. Just in case kan. K.fiezz tanya kat pegawai kaunter lain, 'saya dah ada nombor giliran buat appointment secara online,  nak tunggu kat mana yea'?. Pegawai tu cakap 'pergi ke kaunter 11'. K.fiezz tengok eh tu kaunter ambil nombor giliran. Kena beratur juga lah ceritanya ni ambil nombor giliran lain, abis yang dah isi booking appointment dalam talian tu & dapat nombor giliran untuk apa?HIASAN..PEKASAM..adeh sabor je lah..So moral of the story, yang kita buat permohonan temujanji imigresen secara online tu untuk buat syarat je tapi sampai kat pejabat imigresen, still kena ambil nombor giliran lain juga..haha..Aduhh kelakar betul prosedur imigresen ni..Serius..Tak pasti lah ni kat HQ imigresen saja atau semua cawangan imigresen kat Malaysia. Ni pengalaman kitaorang kat HQ imigresen, yea. Jadi kalau ada pengalaman sama kat cawangan lain, boleh lah share kat ruangan komen. tq..hehe..
Berbalik pada cerita permohonan passport k.fiezz & mr hubby di ibu pejabat Imigresen Jalan Duta.

8hb Jun, sehari sebelum dah apply permohonan temujanji imigresen online. K.fiezz dapat  nombor 6019, mr hubby 6018. Eh bukan main kitaorang berpegang pada nombor giliran ni sampai esoknya..haha.


Sekali sampai-sampai kat pejabat Imigresen, beratur lah lagi ambil nombor giliran lain..haha. Wajib.
Ada 2 kaunter untuk ambil nombor giliran kat sini. Kaunter 10 untuk ibu mengandung, warga emas (60 tahun ke atas), baby umur 2 tahun ke bawah & orang kurang upaya tapi TUTUP, uolls..Kaunter 11 untuk semua yang tak ada dalam list di kaunter 10

Tapi masa kitaorang tengah beratur, ada warga emas & mak yang bawa baby bawah 2 tahun beratur kat lane tu. Mr hubby cakap kat diaorang, kaunter tu tak buka pun dan tak ada pun inisiatif dari pegawai-pegawai di situ untuk bantu diaorang, yea. Bila sampai turn k.fiezz, salah seorang yang bawa warga emas ni menyelit kejap tanya kat pegawai di kaunter 11 untuk warga emas & baby kena beratur kat mana?Pegawai tu cakap 'kena beratur kat kaunter 11 ni jugak' dan masa tu barisan kat kaunter 11 dah panjang weiii sampai ke luar..Adeh..So apa fungsi kaunter 10 tu, PERHIASAN juga agaknya..errrrmmm..

PERMOHONAN PASSPORT SIS TAK BERJAYA
Lepas dah dapat nombor giliran dalam pukul 8.30pagi, kena tunggu giliran. Dalam sejam juga lah baru sampai turn kitaorang. Ada 2 kaunter untuk yang nombor giliran bermula dari 1*** ni. 
Mr hubby dulu. Lepas tu baru k.fiezz tapi masa k.fiezz ni ada masalah lain..Cop ibu jari dua-dua belah tak boleh nak baca. Adehh..Beberapa kali pegawai imigresen tu cuba & tak berjaya. Jadi pegawai tu suruh k.fiezz dapatkan surat perakuan dari JPN dulu di tingkat bawah. Lepas tu buat 1 salinan & bagi pada dia. Nasib baik dalam bangunan tu ada tempat untuk fotostat. 
K.fiezz dah cuak sebab risau kena ambil nombor giliran lain. Udah lah barisan nak beratur tu panjang. Dengan rushing sebab mr hubby ada meeting pula pukul 10.30pagi. Aihhh serabut. Tapii..Nasib baik pegawai imigresen tu cakap tak perlu ambil nombor giliran baru. Terus je datang balik kat dia..Legaaa di situ..

Turun ke JPN, nasib baik orang tak ramai. Lepas tu dapatkan surat perakuan dari JPN ni. Sebelum tu pegawai JPN check dulu betul ke tak cap ibu jari rosak. Masa letak kat tempat scan tu, memang tetttt. Tak boleh baca..Tak tahu lah apa masalah ibu jari sis ni..haha
Pegawai JPN tanya dulu nama ayah & adik beradik untuk pengesahan, baru dia keluarkan surat ni. Bukan sebarangan yea dia bagi..Kena bayar RM5.00 so lepas ni boleh guna surat ni untuk urusan di bank, imigresen (masa nak keluar negeri) atau mana-mana tempat yang kena guna scan ibu jari/jari.




Dapat surat ni.

Lepas dah dapat surat ni & buat satu salinan terus naik semula ke Imigresen. Pergi ke kaunter yang sama. Sekali pegawai tu dah bertukar kaunter pula. Nasib baik dia perasan k.fiezz.  Legaaa..Tunggu dia selesaikan orang lain, lepas tu baru k.fiezz laju-laju masuk ke kaunter dia semula. Kena ambil gambar semula sebab yang isi online tu tak lepas..Adeh beritahu lah terang-terang dalam e-mail

Nasib baik lah dapat pegawai imigresen yang uruskan k.fiezz &  mr hubby ni muka baik, sopan & senyum je. Kalau dapat yang muka ketat, tu yang kita pun rasa nak marah.

Lepas dah setel passport, pegawai imigresen tu cakap passport siap 1 jam tapi memandangkan k.fiezz rushing nak masuk office & mr hubby pula ada mesyuarat, kitaorang ambil esoknya (hari sabtu 10hb Jun 2023). Pegawai imigresen tu cakap hari Sabtu buka untuk pengambilan passport tapi dari 8pg-11pg saja

PASSPORT SIAPMasa nak ambil passport ni pun ada isu juga. Kitaorang terus ke pejabat untuk pengambilan passport sebab pegawai Imigresen dah beritahu masa buat sehari sebelum. 
Masuk-masuk situ, pegawai imigresen suruh ambil nombor giliran dulu kat pejabat sebelah (tempat yang buat passport). Masuk kat pejabat sebelah tu terus menuju ke kaunter 11 untuk ambil nombor giliran tapi kenapa tutup. Tengok jam baru pukul 9.00pagi. Eh...Tanya kat staff di kaunter sebelah, k.fiezz & mr hubby terang-terang cakap nak ambil passport. bukan baru nak buat tapi pegawai tu tak tahu lah dengar ke idak, dia terus cakap 'nombor giliran dah habis. datang esok'..Ehhhh orang tak ada kerja lain nak ke situ je hari-hari

Mr hubby masuk semula kat pejabat Imigresen yang mula-mula tadi untuk tanya. K.fiezz dah tunggu kat luar sebab risau mr hubby pi menjerit kat pegawai Imigresen tu. Haha. Mr hubby kalau marah, sis seram...Haha. Mula nampak mr hubby cakap2 dengan pegawai tu tak lama lepas tu baru nampak mr hubby keluarkan surat yang kitaorang buat passport & bagi pada pegawai Imigresen tu. Dah nampak mr hubby keluarkan surat, baru k.fiezz masuk kat situ & keluarkan sekali surat k.fiezz punya. Sambil tu kitaorang cakap lah 'kitaorang nak ambil passport tapi orang kat sana cakap nombor giliran dah habis'. Nombor giliran untuk yang nak buat passport, kitaorang nak ambil bukan baru nak buat.' Fahamkan ayat tu..

Pegawai tu ambil surat kitaorang & masuk kejap ke dalam. Tak sampai 5 minit dia keluar semula ke kaunter & pegang passport kitaorang. 
Check maklumat pada passport & tandatangan. Setel. Ya Allah, senang je kan..Kenapa lah nak rumitkan urusan. Masa kitaorang masuk ke pejabat bahagian pengambilan passport ni pun, orang tak ramai. Dah kenapa kena ambil nombor giliran bagai. Tak faham betul prosedur Imigresen ni. Memang jenis suka menyusahkan orang ke

Imigresen kena improve kan lagi sistem diaorang ni sebab berterabur. Isi permohonan passport secara online tapi kena datang juga ke pejabat sebab banyak yang isu gambar tak melepasi piawiaian. Dalam e-mail cakap lain, dah sampai isu gambar rupanya. 
Tak cukup tu, kena isi pula permohonan temujanji imigresen online untuk ambil nombor giliran. Sekali dah pi ke pejabat diaorang, kena ambil juga nombor giliran lain. So celah mana yang sistematiknya..Lagi satu sila lah asah lagi kemahiran customer service pegawai-pegawai kat situ. Jangan hafal skrip ayat yang sama tanpa dengar penjelasan customer & muka tu sila lah bawa banyak senyum. Tak lah semua ada lah sesetengahnya. Kerja diaorang mengadap orang tau. Kalau rasa stress & jenis tak boleh berhadapan dengan orang luar  yang macam-macam karenah ni jangan pi gatal isi jadi pegawai imigresen. Jangan sebab nak kerja kerajaan, main isi je. Faham skop kerja tu macamana & dalam mencari rezeki penting keberkatan dari rezeki yang kita cari bila kita buat kerja dengan betul dan ikhlas


Ni pengalaman k.fiezz & mr hubby di pejabat Imigresen KL (Jalan Duta) & pendapat peribadi kitaorang je, okey..No hurt feeling. Mungkin Imigresen di tempat lain, lagi baik. Kalau korang ada pengalaman, kongsi-kongsi lah juga kat ruangan komen. Nak baca juga pengalaman orang lain. Eh ni bukan k.fiezz condemn Imigresen pula tau. Sis pun kerja kerajaan juga cuma bezanya kerja sis mengadap bos sebab sis tahu sis bukan seorang penyabar layan perangai orang ramai..haha. 
By the way, untuk renew ni RM200 (5 tahun)

Jadi ke mana k.fiezz & mr hubby ni. Stay tune..hehe.

JOM CUTI-CUTI KELUAR NEGARA...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/06/Isi-Permohonan-Passport-Secara-Online-Tapi-Ada-Masalah-dan-Terpaksa-ke-Imigresen-Jalan-Duta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isi Hati Perempuan Yang Mencintai Pria Lebih Muda Meski Dipandang Sebelah Mata Tapi Saya Bahagia

Isi Hati Perempuan Yang Mencintai Pria Lebih Muda Meski Dipandang Sebelah Mata Tapi Saya Bahagia

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 194 hits
Ada sebuah hal yang tak akan kamu rasakan jika tak pernah berpacaran dengan pria yang lebih muda Apa itu Rahasia
Semakan Mykid Jpn 2023 Status Permohonan Online

Semakan Mykid Jpn 2023 Status Permohonan Online

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 465 hits
Dah buat semakan MyKid Dengar kata ramai yang masih belum dapat ambil di JPN walaupun dah lama hantar permohonan Ini kerana terdapat kelewatan dalam memperolehi MyKid bagi bayi yang baru lahir Berikut dikongsikan info terkini tentang permoh...
Influencer Ini Buat Hal Lagi Tapi Kali Ni Netizen Terhibur Dengan Dia Punya Perangai Tak Sangka Betul

Influencer Ini Buat Hal Lagi Tapi Kali Ni Netizen Terhibur Dengan Dia Punya Perangai Tak Sangka Betul

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 171 hits
Kita tahu yang tugas influencer ini bukan sahaja menghiburkan followers mereka tetapi memberi info yang berguna juga Namun semua itu bergantung kepada content yang dihasilkan di media sosial Kalau dilihat sekarang banyak content yang menari...
Mak Mertua Nak Menantu Kerja Kerajaan Tapi Sekarang Kerja Di Syarikat Swasta Ini Hakikat Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Mak Mertua Nak Menantu Kerja Kerajaan Tapi Sekarang Kerja Di Syarikat Swasta Ini Hakikat Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 173 hits
Mak mertua nak menantu kerja kerajaan tapi sekarang kerja di syarikat swasta ini hakikat sebenar yang ramai tak tahu Topik berkenaan kelebihan bekerja di sektor kerajaan dan swasta sudah lama dibahaskan oleh orang ramai sama ada di media so...
Majoriti Rakyatnya Berbangsa Cina Tapi Kebanyakan Nama Jalan Guna Bahasa Melayu Rupanya Ini Kisah Sebenar

Majoriti Rakyatnya Berbangsa Cina Tapi Kebanyakan Nama Jalan Guna Bahasa Melayu Rupanya Ini Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 318 hits
Majoriti rakyatnya berbangsa cina tapi kebanyakan nama jalan guna bahasa melayu rupanya ini kisah sebenar Para pemimpin kita sentiasa diingatkan agar tidak melupakan sejarah dan warisan negara Kalau hal ini tak dibuat endah sebab nak kejar ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba