Isham Jalil Akan Lawan Permohonan Dipenjara Denda Kerana Hina Mahkamah



(Utusan) – Bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil akan melawan tindakan Peguam Negara yang membuat permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) agar beliau dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah.
Katanya, beliau tidak mengetahui berhubung permohonan tersebut sehingga menyedarinya daripada laporan yang dikeluarkan akhbar ini semalam.
Menurutnya, beliau akan meneliti permohonan ex-parte yang dikemukakan Peguam Negara itu.
Beliau mendakwa, kerajaan sedang goyah dan goyang yang mana mungkin dalam keadaan terdesak untuk mengekalkan kuasa, mereka akan menangkap dan memenjarakan lebih ramai orang demi kepentingan politik.
“Kali ini giliran saya. Saya akan lawan,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau dengan menyertakan keratan laporan Utusan Malaysia berhubung permohonan Peguam Negara itu.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Peguam Negara telah mengemukakan permohonan secara ex-parte agar bekas Ketua Penerangan UMNO itu dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah.
Permohonan yang difailkan pada 28 Disember lalu adalah susulan kenyataan Isham atau nama penuhnya Hizatul Isham Abdul Jalil pada satu temu bual bertajuk “Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?“.
Rakaman temu bual yang menyentuh mengenai prosiding perbicaraan dan rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu disiarkan di laman media sosial facebook “The Malaya Post” pada 30 September 2023.
Menurut sumber, permohonan itu telah disebut di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kelmarin namun difahamkan Peguam Negara selaku pemohon telah memohon agar hakim berkenaan menarik diri daripada terus mendengar prosiding menghina mahkamah tersebut.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/01/06/isham-jalil-akan-lawan-permohonan-dipenjara-denda-kerana-hina-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Mahkamah Peguam Negara Mohon Isham Jalil Dipenjara Denda

Hina Mahkamah Peguam Negara Mohon Isham Jalil Dipenjara Denda

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 194 hits
BERNAMAKuala Lumpur Peguam Negara memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil kerana dikatakan menghina mahkamah Dalam permohonan sebelah pihak yang difai...
Dua Beradik Curi Lambang Kereta Hakim Mahkamah Persekutuan Untuk Hadiah Abang

Dua Beradik Curi Lambang Kereta Hakim Mahkamah Persekutuan Untuk Hadiah Abang

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 220 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myLAMBANG Hakim yang dicuri dua beradik FOTO Aizuddin SaadKuala Lumpur Curi lambang kereta hakim untuk dihadiahkan kepada abang sempena hari lahirnya Itu tindakan dua beradik berusia 15 tahun yang...
Sedih Mama Dengar Orang Hina Anak Dan Menantu Ibu Zahirah Macwilson

Sedih Mama Dengar Orang Hina Anak Dan Menantu Ibu Zahirah Macwilson

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 231 hits
nbsp Ibu kepada Zahirah Macwilson meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila anaknya dihina oleh berwajah seperti bibik oleh Fatiya Latiff Menerusi hantaran di Instagram story Maslinda Yusoff berkata ia merupakan ujian buat anak sulungnya itu ...
Buruh Rohingya Pukul Isterinya Dengan Paip Getah Dipenjara 5 Tahun Sebat

Buruh Rohingya Pukul Isterinya Dengan Paip Getah Dipenjara 5 Tahun Sebat

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 330 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadam hmetro com myMelaka Buruh etnik Rohingya yang mencederakan isterinya dengan paip getah kerana mengesyaki wanita itu curang dipenjara lima tahun dan satu sebatan Hukuman diputuskan Hakim Mohd Sabri Ismail di Mahkama...
Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai Ejen Bank Rakyat Dalam Urusan Permohonan Pembiayaan Atau Saham

Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai Ejen Bank Rakyat Dalam Urusan Permohonan Pembiayaan Atau Saham

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 281 hits
Menurut kenyataan Bank Rakyat Sila ambil maklum Bank Rakyat tidak pernah melantik mana mana pihak sebagai ejen yang mewakili Bank dalam sebarang urusan permohonan pembiayaan atau urusan saham termasuklah individu bernama NURZULHIK
Bunuh Bayi 2 Sahabat Dipenjara 35 Tahun

Bunuh Bayi 2 Sahabat Dipenjara 35 Tahun

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 177 hits
Suraya Roslansurayaroslan mediaprima com myKuala Lumpur Dua sahabat dihukum penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana membunuh bayi lelaki berusia 23 bulan lima tahun lalu Hakim Datuk Muhammad J...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi