Isejahtera 2022
iSEJAHTERA 2022 (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
Sistem iSEJAHTERA adalah portal yang menguruskan program kebajikan kerajaan negeri Pulau Pinang
JENIS PROGRAM KEBAJIKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Berikut adalah jenis-jenis Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah diwujudkan :
Program Penghargaan Warga Emas
Program Bantuan Ibu Tunggal
iii. Program Bantuan OKU
Program Anak Emas
Program Bantuan Ibu Emas
SYARAT PROGRAM KEBAJIKAN
Boleh rujuk syarat program kebajikan disini
Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
Bagi permohonan secara online, hanya Program Anak Emas, Warga Emas, Ibu Emas dan Ibu Tunggal sahaja boleh dilakukan.
DAFTAR PROGRAM WARGA EMAS,IBU TUNGGAL,ANAK EMAS,IBU EMAS melalui Portal iSEJAHTERA
Sila ke portal https://isejahtera.penang.gov.my/
Kategori ini membolehkan pengguna melakukan semakan permohonan, pendaftaran baru (mengikut Program tertentu seperti Anak Emas) dan pengemaskinian maklumat (bagi Program Ibu Emas dan Ibu Tunggal).
Semakan boleh dibuat dengan memasukkan no kad pengenalan iaitu MyKad atau MyKid (bagi Anak Emas) dan keputusan semakan akan memaparkan status permohonan.
Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera
Syarat-syarat permohonan:
Warganegara Malaysia.
Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Bercerai atau kematian suami.
Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
Tidak berkahwin semula.
Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.
Cara Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera
Pemohon yang ingin memohon Bantuan Ibu Tunggal ini boleh mendaftar secara atas talian (online).
Permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
Bagi permohonan online, sila daftar di https://isejahtera.penang.gov.my
KEMASKINI iSEJAHTERA
Tarikh tutup bagi pengemaskinian EFT dan pendaftaran baharu bagi tahun ini telah ditetapkan pada 31 Julai 2020. Sebarang pendaftaran/ pengemaskinian maklumat EFT melepasi tarikh ini akan hanya diproses/ mula menerima sumbangan pada tahun berikutnya.
Baca tentang SENARAI BANTUAN KERAJAAN PULAU PINANG
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai “Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang”, sila hubungi kami menggunakan borang maklum balas di sebelah atau alamat yang tertera di bawah.
Nama Pegawai:
Encik Nazirul Amri / Cik Koay Gaik Kee / Cik Josephine Tan Mei Ling
No. Telefon: 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
No. Faks: 04-261 1064
Alamat:
Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar 10503, Pulau Pinang
The post iSEJAHTERA 2022(CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/isejahtera.html