Iran Sama Amerika Bergaduh Rakyat Iraq Juga Yang Dapat Bencana



Oleh : Anasz*

1. Satu perkara yang diantara kita terlepas pandang tatkala terjadinya kes pembunuhan kepala pengganas dan pembunuh ahli sunnah di seluruh dunia, Qassim Sulaimani dan tindak balas Iran ke atas U.S adalah Iraq.

2. Iraq sepertimana yang kita ketahui, merupakan sebuah negara yang berdaulat. Mempunyai kedaulatan terhadap ruang udara, tanah dan lautnya.

3. Namun kini, negara berkeluasan 437,072 km² ini menjadi medan kepada U.S dan IRAN menunjukkan kekuatan mereka.

4. Iraq kini dicengkam dengan dua kuasa. Iran dan Amerika Syarikat. Dari segi politik, ekonomi dan keselamatan.

5. Kedua-dua negara ini bertindak tanpa memperdulikan nasib dan masa depan rakyat Iraq yang rata-ratanya sudah bosan menjadi mangsa kepada dua kuasa ini.

6. Walaupun Iraq kini dikuasai oleh pemerintah berfahaman Syiah, perlu dijelaskan disini, di Iraq pada ketika ini telah wujud konflik perkauman antara Syiah Iran dan Syiah Arab (Iraq). Dimana Syiah Iraq memandang kehadiran Iran dalam politik Iraq sebagai satu pencabulan ke atas kedaulatan Iraq.

7. Malah wujud sangkaan diantara kedua-dua pihak yang merasakan bahawa mereka lebih 'superior' dari yang lain. Misalnya Syiah Iran memandang Syiah Arab sebagai orang kelas kedua.



8. Selain itu campurtangan ketara Iran dalam pentadbiran Iran turut mengundang kepada kerenggangan diantara Syiah Arab dan Syiah Iran. Dan kemuncak daripada bantahan campurtangan Iran dalam politik Iraq diterjemahkan dalam serangan ke atas di Konsulat Iran di Najaf, Iraq, pada November tahun lalu. (Rujuk : https://www.theguardian.com/world/2019/nov/27/protesters-burn-down-iranian-consulate-in-southern-iraq)

9. Sebelum ini, seorang tokoh Syiah Iraq, Muqtada Al-Sadr membuat kejutan apabila melakukan lawatan ke atas Arab Saudi pada 2017. Sekaligus menampakkan kecenderungan Syiah Arab untuk beralih angin mendekati kaumnya sendiri berbanding kepada Syiah Iran yang berbangsa Parsi. (Rujuk : https://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2017/07/30/Muqtada-al-Sadr-in-Saudi-Arabia-for-the-first-time-in-11-years-.html)

10. Jika kita mengkaji sejarah, kita dapati bahawa, Parsi sememangnya tidak sebulu dengan Arab. Dan barangkali anda juga pernah mendengar kisah dimana Kisra Parsi mengoyakkan surat yang Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam utuskan padanya, ianya bukan sahaja bermaksud penolakkan Kisra Parsi terhadap seruan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi juga pandangan lekeh Kisra Parsi kepada bangsa Arab yang dianggap mundur dan tidak bertamadun.

11. Malah sehingga hari ini, kita akan dapati bahawa ramai dikalangan orang berbangsa Parsi menganggap kehancuran empayar mereka adalah berpunca daripada tangan-tangan orang Arab. Dan dalam hal ini mereka menyalahkan Khalifah Umar Al-Khattab yang berbangsa Arab sebagai punca kehancuran empayar mereka. Maka itu korang akan dapati masyarakat Parsi amat menyanjungi Abu Lu'Lu kerana berjaya membunuh Khalifah Umar (Rujuk : https://www.cais-soas.com/News/2007/June2007/28-06.htm)

12. Apa-apa pun konflik di Iraq terlalu berbelit. Pasca kejatuhan Saddam di Iraq memperlihatkan, negara yang pernah terkenal dengan ketamadunan itu, hancur lebur dibedil dari pelbagai pihak.

13. Dan mangsa sebenar pada hari ini bukanlah rakyat Iran atau Amerika, sebaliknya warga Iraq. 

*Penulis merupakan graduan Sarjana dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaminang.com/2020/01/iran-sama-amerika-bergaduh-rakyat-iraq.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Iran Serang Amerika Di Iraq

Terkini Iran Serang Amerika Di Iraq

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 806 hits
Mengejutkan sekali perkembangan terkini Iran telah melancarkan antara 12 ke 35 peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq iaitu di Ain Al Assad dan Erbil Pengawal Revolusi Iran mengisytiharkan bahawa mereka bertanggu...
Harga Minyak Dilaporkan Naik Selepas Iran Serang Pangkalan As Di Iraq

Harga Minyak Dilaporkan Naik Selepas Iran Serang Pangkalan As Di Iraq

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 474 hits
New York 8 Jan Harga minyak naik semalam selepas Iran menyerang dua pangkalan Amerika Syarikat di Iraq Serangan itu menyebabkan harga minyak mentah AS meningkat lebih 4 kepada AS 65 48 setong pada petang semalam berbanding AS 62 70 sebelumn...
Terikini Iran Akan Serang Israel Uae Jika Amerika Balas Serangan Peluru Berpandu

Terikini Iran Akan Serang Israel Uae Jika Amerika Balas Serangan Peluru Berpandu

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 906 hits
Selepas menyerang dua pengkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq terkini Iran memberi amaran untuk melakukan serangaan seterusnya yang mensasarkan pengkalan tentera AS di Israel dan UAE jika AS lakukan serangan balas terhadap peluru berpand...
Siap Perang Amerika Serikat Larang Maskapai Penerbangan Melintasi Iran Dan Irak

Siap Perang Amerika Serikat Larang Maskapai Penerbangan Melintasi Iran Dan Irak

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 329 hits
Administrasi Penerbangan Federal Amerika Serikat melarang maskapai penerbangan untuk melintasi wilayah udara Irak dan Iran
Ini Posisi Pasukan Amerika Serikat Di Timur Tengah Iran Seperti Terkepung

Ini Posisi Pasukan Amerika Serikat Di Timur Tengah Iran Seperti Terkepung

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 369 hits
Iran tembakan rudal ke dua kamp militer AS yang berada di Irak Posisi pasukan AS masih tersebar di beberapa wilayah lain di Timur Tengah seolah mengepung Iran
As Serang Militan Pro Iran Di Iraq Dan Syria

As Serang Militan Pro Iran Di Iraq Dan Syria

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 412 hits
AS serang militan pro Iran di Iraq dan Syria Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Dec 2019 1 43PM
Iran Maklumkan Mengenai Serangan Peluru Berpandu Kata Iraq

Iran Maklumkan Mengenai Serangan Peluru Berpandu Kata Iraq

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 503 hits
Iran maklumkan mengenai serangan peluru berpandu kata Iraq Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Jan 2020 11 24
Serangan Peluru Berpandu Ke Atas Pangkalan Tentera Iraq Akan Panggil Duta Iran

Serangan Peluru Berpandu Ke Atas Pangkalan Tentera Iraq Akan Panggil Duta Iran

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 543 hits
BAGHDAD 9 Jan Kementerian Luar Iraq pada Rabu berkata ia akan memanggil duta Iran berhubung serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera di negara itu yang menempatkan tentera Amerika Syarikat dan tentera pasukan gabungan lapor agensi...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto