Iqbal Rimas Sikap Vida Reka Cerita Dia Kena Santau Dan Anggap Vida Tak Malu Video
Iqbal Rimas Sikap Vida Reka Cerita Dia Kena Santau dan Anggap Vida Tak Malu [VIDEO]
MODAL terbaharu Datuk Seri Vida untuk mendekati Ahmad Iqbal Zulkefli dengan cerita kononnya pemuda itu terkena buatan orang sihir dilihat seperti memakan diri.
Ujar Iqbal, 27, jutawan kosmetik berkenaan sengaja mereka-reka cerita yang dianggap karut dan tidak benar kerana dia berada dalam keadaan sihat.
“Sebenarnya dah lama dia beritahu kononnya saya kena santau, kena sihir.
“Jadi saya tak terkejut pun kali ni dia buat cerita sama sebab setiap kali ada masalah dia mesti kaitkan dengan sihir dan buatan orang.
“Saya tahu diri saya, saya sedar diri saya masih waras dan boleh berfikir dengan normal,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Iqbal berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Vida atau Hasmiza Othman, 50, kononnya Iqbal terkena buatan orang berdasarkan ciri-ciri fizikal yang dilihatnya pada Iqbal.
Justeru, Vida mencetuskan kontroversi terbaharu apabila menerjah ke kediaman Iqbal di Kajang, Selangor pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu bagi memberitahu usahawan berkenaan tentang hal berkenaan.
Vida turut memberikan Iqbal sebentuk cincin permata biru dalam kunjungannya itu.
Mengulas lanjut tentang hal berkenaan, Iqbal berkata dia berada dalam keadaan baik dan tidak seperti yang didakwa Vida.
Saya penat dengan kerja dan pulang lewat. Saya dah tidur tiba-tiba pukul tiga pagi ada orang datang.
“Mereka ganggu ketuk pintu belakang rumah saya, saya tak tahu macam mana mereka boleh masuk kawasan rumah saya sebab ada guard.
“Kalau saya kena sihir jangan la bawa cincin, bawa air penawar ke… buat solat hajat ke,” katanya
Selain itu Iqbal berkata dia tidak selesa dengan sikap Vida yang dikatakan sering menghantui hidupnya selepas mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan pernikahan mereka.
“Saya rasa makin rimas dengan sikap Datuk Seri Vida sekarang ni… annoying.
“Datang rumah tanya saya rindu dia ke, sayang dia ke, dia cantik ke…. dia tak malu ke? Benda ni sangat menjengkelkan.
“Saya dah pernah minta dia jangan ganggu saya. Saya tak pakai pun cincin yang dia bagi tu saya simpan dan akan pulangkan,” ujarnya
Sumber: mSTAR
VIDEO DIBAWAH:-
View this post on Instagram
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)
Iqbal Rimas Sikap Vida Reka Cerita Dia Kena Santau dan Anggap Vida Tak Malu [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?
PRN Melaka mampu cetus teori domino di Perak, Johor
Terjah rumah pukul 3 pagi kerana mahu selamatkan Iqbal yang disihir – Dr. Vida
Lelaki perkosa mayat wanita kerana terlalu cantik
Lupakan Switzerland, jom ke Pakistan, cantik, murah dan halal
Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya
Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..
Warga Emas Meraung Kena Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah [VIDEO]
Bomoh durjana: Usap peha dan gosok kemaluan sebelum rogol bakal pengantin/a>
Layari Laman Facebook MYKMU
Khairy mengaku guna 4 jin
Zul Yahya Tampil Bersuara Isu KJ Nak Susahkan AntiVaksin – ‘Mereka Bukan Penjenayah Atau Pengganas’
The post Iqbal Rimas Sikap Vida Reka Cerita Dia Kena Santau dan Anggap Vida Tak Malu [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/18/iqbal-rimas-sikap-vida-reka-cerita-dia-kena-santau-dan-anggap-vida-tak-malu-video/