Ipt Perlu Tanggung Kos Ujian Covid 19 Mahasiswa



Peperiksaan akhir yang sedang diambil oleh mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ketika ini menimbulkan kebimbangan terhadap jangkitan Covid 19, terutamanya yang menjalani peperiksaan secara fizikal.
Menurut Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), laporan penularan Covid 19 terhadap mahasiswa di Universiti Malaya dan beberapa IPT lain baru baru ini amat membimbangkan.
Susulan itu, kata mereka, isu berkenaan sedang diperjuangkan dan disuarakan oleh pimpinan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) kepada pihak pentadbiran universiti serta pihak kerajaan, khasnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
“Oleh sebab hal ini adalah isu keselamatan dan kesihatan mahasiswa, Biro Mahasiswa AMK menggesa supaya pihak pentadbiran universiti-universiti yang turut berhadapan dengan isu sama dan pihak KPT khasnya bertindak proaktif dalam berhadapan isu ini.
“Tambahan pula, mahasiswa-mahasiswi kini kebanyakannya berada dalam fasa peperiksaan akhir untuk sesi akademik semasa.
“Oleh yang demikian, pihak pentadbiran universiti dan KPT digesa menanggung sepenuhnya pembiayaan bagi ujian calitan RTK Covid-19 yang diambil oleh mahasiswa terutama melibatkan mahasiswa yang mengambil peperiksaan secara berpusat di dewan peperiksaan atau secara bersemuka.
“Peruntukan harus disediakan dengan segera bagi menggerakkan inisiatif ini untuk menjamin keselamatan dan kesihatan mereka dari penularan wabak Covid di kampus masing-masing,” kata kenyataan Biro Mahasiswa AMK.
Menurut kenyataan itu lagi, biro berkenaan menggesa agar pihak pentadbiran IPT dan juga KPT mengambil cakna serta bertindak segera bagi memastikan mahasiswa yang mengambil peperiksaan berada dalam situasi selamat kesihatan dan kebajikan mereka.
Kata mereka, isu jangkitan Covid tidak boleh dipandang remeh kerana boleh melibatkan nyawa sekiranya tiada tindakan proaktif diambil.
“Segala bentuk ikhtiar dan kebijakan yang dapat menjamin keselamatan mahasiswa perlu digerakkan segera termasuk mempertimbangkan cadangan yang disuarakan oleh pimpinan KMUM untuk sebarang ujian atau peperiksaan akhir diteruskan secara atas talian juga menyediakan kit ujian calitan RTK Covid-19 secara percuma kepada mahasiswa-mahasiswi.
“Biro Mahasiswa AMK Malaysia turut menghargai tindakan pantas oleh beberapa pihak berkaitan terutama daripada YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang telah menyumbangkan sebanyak 1000 unit kit ujian calitan RTK Covid-19 kepada pihak KMUM untuk diberikan kepada mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya secara percuma,” kata mereka.
Justeru, Biro Mahasiswa AMK berharap pihak pihak berkaitan terutama pihak pentadbiran IPT lain serta KPT turut bertindak secara proaktif.
Biro Mahasiswa AMK, kata kenyataan itu lagi, akan berusaha mengedarkan kit ujian calitan RTK Covid-19 secara percuma kepada mahasiswa-mahasiswi di beberapa kampus IPT Malaysia khasnya kepada mahasiswa-mahasiswi yang akan atau sedang menjalani peperiksaan secara fizikal di kampus-kampus berkaitan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/34036

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ujian Kit Kendiri Covid 19 Ji Sukjin Positif

Ujian Kit Kendiri Covid 19 Ji Sukjin Positif

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 218 hits
Selepas Kim Jong kook disahkan positif COVID 19 baru baru ini nampaknya ada seorang lahi rakan terdekat yang turut menerima hasil yang sama ARTIKEL BERKAITAN Menurut agensi Ji Suk jin lelaki itu menerima keputusan positif selepas menjalani ...
Jo Seho Disahkan Positif Yoo Jaesuk Sekali Lagi Jalani Ujian Covid 19

Jo Seho Disahkan Positif Yoo Jaesuk Sekali Lagi Jalani Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 203 hits
Semakin hari semakin ramai selebriti Korea yang disahkan positif COVID 19 Terbaru Jo Se ho disahkan positif COVID 19 selepas menjalani ujian virus berkenaan Ulas agensinya Jo Se ho menjalani ujian PCR pada 27 kerana mempunyai kontak dengan ...
Buat Ujian Covid 19 Menggunakan Test Kit

Buat Ujian Covid 19 Menggunakan Test Kit

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 197 hits
Imbas kembali kilang tempat saya bekerja ditutup kerana pekerjanya dijangkiti Covid 19 Kejadian berlaku pada hujung bulan Ogos 2021 Buat ujian Covid 19 sendiri menggunakan air liur Kit Ujian Kendiri Covid 19 Alhamdulillah negatif boleh pula...
Hiburan Tak Sangka Rupanya Ramai Masih Keliru Cara Sebenar Baca Keputusan Kit Ujian Kendiri Covid 19

Hiburan Tak Sangka Rupanya Ramai Masih Keliru Cara Sebenar Baca Keputusan Kit Ujian Kendiri Covid 19

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 165 hits
Peningkatan kes harian COVID 19 di Malaysia sejak minggu lalu sememangnya agak membimbangkan namun kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Noor Hisham di mana 99 5 kes adalah kategori 1 dan 2 barangkali membuatkan ramai yang menari...
Kit Ujian Covid 19 Dalam Pasaran Kurang Persatuan Farmasi

Kit Ujian Covid 19 Dalam Pasaran Kurang Persatuan Farmasi

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 173 hits
Kit ujian Covid 19 dalam pasaran kurang Persatuan Farmasi Persatuan Farmasi Malaysia mengakui mendapat maklumat bahawa terdapat kekurangan kit ujian Covid 19 di pasaran akhir akhir ini Menurut Presidennya Amrahi Buang ia kemungkinan disebab...
Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Bagi Kanak Kanak Di Pahang Bermula Isnin Depan

Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Bagi Kanak Kanak Di Pahang Bermula Isnin Depan

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 128 hits
KUANTAN Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Kanak kanak di Pahang akan bermula Isnin depan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan buat permulaan pemberian vaksin itu akan dilaks...
Eropah Bakal Jalani Gencatan Senjata Covid Yang Boleh Tamatkan Pandemik Kata Who

Eropah Bakal Jalani Gencatan Senjata Covid Yang Boleh Tamatkan Pandemik Kata Who

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 167 hits
Bagaimanapun WHO mengingatkan senario itu hanya akan berlaku jika Eropah meneruskan kempen vaksinasi dan meningkatkan pengawasan bagi mengesan varian baru Covid 19 Seorang wanita memakai pelitup muka untuk melindungi diri daripada penularan...
Isu Vaksin Covid 19 Lokman Mendakwa Beliau Masih Belum Terima Dokumen Saman Khairy

Isu Vaksin Covid 19 Lokman Mendakwa Beliau Masih Belum Terima Dokumen Saman Khairy

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 181 hits
KUALA LUMPUR Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkata dia masih belum menerima sebarang dokumen berkaitan saman daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu program vaksinasi Covid 19 ker...
Jumlah Pasien Covid 19 Di Rs Rujukan Kabupaten Bogor Mengalami Kenaikan

Jumlah Pasien Covid 19 Di Rs Rujukan Kabupaten Bogor Mengalami Kenaikan

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 139 hits
Jumlah pasien Covid 19 di rumah sakit rujukan yang tersebar di Kabupaten Bogor mulai menunjukkan kenaikan Sementara kasus positif Covid 19 di sana bertambah menjadi 1 121 pada Jumat
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna