Iphone 13 Pro Max
2022. Umur dah menjangkau 34 tahun hidup di dunia dan baru nak masuk 12 tahun bekerja baru terbuka pintu hati saya nak guna handphone menjadi kegilaan ramai ni, saya rasa la kot kegilaan sebab tak follow sangat sebelum ni. Kenapa tiba tiba boleh nak guna Iphone ni? Ohya seperti kebiasaan bila handphone saya problem dengan lagging nya dengan penuh nya memory kat dalam sebab saya ni sejenis yang sayang nak delete gambar dan video, jadi penoh la dan jem la segala sistem dalam handphone REDMI NOTE 9 Saya. Actually memang bagus lagi handphone ni. Sesaja juga nak usya handphone baru dengan kualiti gambar yang padu since saya ni sejenis suka ambil gambar lebih lebih lagi gambar anak. Usya punya usya saya terusya Iphone. Hahahha. Mula mula tak yakin sebab satu mahal, keduanya saya ni pengguna setia android dari mula kemunculan hp touchscreen. So sangat tak yakin nak tukar dari android ke ios.
Dari apa yang saya boleh katakan sepanjang 2 minggu saya guna iphone 13 pro max 512gb ni, so far tak da la serumit mana pun dari android ke ios. Kena rajin explore sikit dan kena biasakan diri dengan segala gala yang utama korang selalu guna hp iiaitu dan yakni whatsapp dan facebook. Benda ni saya install dulu. Bila dah biasa , korang akan rasa bersemangat sikit nak terus guna kan iphone. Haha.
Apa yang saya teruja sangat dengan iphone ni adalah ofcourse kualiti gambar dan video. Sangat wow. So sekarang memori hp saya penuh dengan gambar dan video anak. :)
Nak cakap pasal sistem dan lain lain rasanya saya tak layak lagi sebab pertama kali guna iphone. Jadi, persoalan tentang dari android ke ios rumit tak? Rasanya tak bagi saya yang sejenis susah nak terima teknologi baru.
Ohya satu lagi momokan orang pasal iphone ni, kan orang cakap iphone bateri hp cepat habis kan. Untuk iphone 13 pro max ni performance bateri sangat mantap dan charge hp sejam sebelum turun kerja pun dah boleh dpt 80-90%. Saya guna charger aukey sahaja sebab stock charger iphone sendiri out stock.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://luarteko.blogspot.com/2022/04/iphone-13-pro-max.html