Inti Kelapa Manis
Selama ini, Kjee tak berapa gemar sangat inti kelapa manis. Tetapi dek kerana ia favourite UnclePali, terpaksalah jadikan fav kita juga. Sebenarnya untuk mendapatkan inti yang sedap, kelapanya harus muda dan opkos mesti kelapa parut bahagian putih sahaja. Tetapi kat KL ni susah sangat nak dapat kelapa yang muda, jadi terpaksa redho guna kelapa yang ada. Banyak beza rasa antara yang tua dengan yang muda. Yang muda lebih lemak. Ehhh maksud Kjee, kelapa. 🤭 Kjee masak tadi ikut naluri. UP suka terlajak manis sikit. Tetapi dek kerana Kjee diabetic, makan nanti sikit aje lah. Biasanya kalau buat Inti Kelapa Manis, Kjee seringkali buat Pulut Inti atau Kuih Dadar.
Tadi dari sebiji kelapa parut, Kjee keluarkan satu cawan. Kemudian Kjee sukat 2 cawan setengah gula merah dan masak guna dua cawan air. Gula merah ini yang jenis timbang. Kalernya lebih gelap. Masukkan dalam periuk itu sehelai daun pandan. Masak sampai tinggal separuh. Kemudian ditapis. Masukkan kembali gula itu ke dalam periuk, buang daun pandan dan campurkan kelapa parut. Gaul hingga rata. Letak secubit garam. Masak guna api perlahan sehingga hampir kering. Kjee bancuh dua sudu teh tepung jagung dengan dua sudu air. Tuang dalam periuk berisi kelapa tadi, besarkan sedikit api dan kacau pantas-pantas. Ini untuk pekatkan sedikit inti disamping buat ia berkilat. Sejukkan. Dah sejuk gunalah untuk buat apa sahaja kuih pilihan hati. Tadi Kjee buat lagi Kuih Bom. Tapi kali ini buat kenit-kenit sebesar bola ping pong. Semestinya guna inti kelapa sebab fav UP. Tiap kali gi bekfes, dia mesti cari Kuih Bom. Kalau inti kelapa, senyum tak henti-henti.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2021/03/inti-kelapa-manis.html