Integriti Jangan Letak Di Kaki


MALAYSIA terus menjadi perhatian dunia berkaitan isu rasuah dan integriti dengan yang terbaharu, kontroversi membabitkan Ketua Pesuruhjaya Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendapat liputan media antarabangsa.

Akhbar berpangkalan di Hong Kong, South China Morning Post (SCMP) menyifatkan kontroversi yang menyelubungi Azam sekali lagi memberi pandangan negatif kepada suruhanjaya itu yang sebelum ini tercemar dengan tindakan beberapa pegawainya menggelapkan dana rampasan.
Sudah tentu ini bukan perhatian yang kita mahukan dari komuniti antarabangsa. Kita mahukan Malaysia yang dihormati. Malaysia sepatutnya menjadi bualan di peringkat antarabangsa kerana kejayaan membangunkan ekonomi dan menjadi salah satu kuasa penting di rantau ini dan bukannya diketawakan dunia kerana isu rasuah dan integriti

Sebagai rakyat, kita letih dengan situasi ini. Satu demi satu isu rasuah membabitkan individu berprofil tinggi muncul di negara kita. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penyalahgunaan kuasa politik telah menggoyahkan asas kepercayaan antara kerajaan dan rakyatnya

Saban hari, saban minggu, saban bulan ada sahaja kes-kes rasuah berprofil tinggi muncul. Ada yang dibicarakan. Ada pula yang terlepas begitu sahaja. Hingga ada yang berpendapat ia sudah menjadi satu norma baharu dalam masyarakat kita

Di samping pendemik Covid-19 yang perlu diterima sebagai norma baharu dalam kehidupan kita, nampaknya berdasarkan kepada perkembangan-perkembangan yang berlaku, pandemik rasuah juga bakal menjadi penghuni tetap dalam masyarakat kita

Jika agensi yang diberi tanggungjawab untuk membersihkan rasuah seperti SPRM sekali pun tidak mampu bebas daripada budaya jijik yang juga merupakan dosa besar dalam Islam, apatah lagi dengan agensi-agensi lain. Nampaknya agama yang diajar kepada kita dari kecil tidak mampu menjadi benteng gejala rasuah

Ada yang berpendapat bahawa tidak ada masyarakat yang wujud tanpa rasuah. Dalam masyarakat tempatan, nepotisme, rasuah, naungan, pakatan sulit dan kartel adalah antara istilah-istilah atau kategori dalam lingkungan kebobrokan rasuah. Ia ibarat satu terowong panjang yang tidak ada penghujungnya

Rasuah adalah fenomena sosial, politik dan ekonomi yang kompleks yang menjejaskan negara dan menghalang kedaulatan undang-undang. Ia menjejaskan institusi demokrasi, menghakis ekonomi dan menyumbang kepada ketidakstabilan politik. Walaupun tiada definisi rasuah yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, terdapat banyak tindakan yang diiktiraf sebagai bentuk rasuah. Ia termasuk, sebagai contoh, penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan dana awam, secara berniat jahat mengganggu sistem keadilan atau menyembunyikan keuntungan kewangan daripada rasuah

Sebab itu dalam budaya Melayu wujud peribahasa yang merujuk kepada rasuah. Tumbuk rusuk, duit kopi dan makan suap. Malah dalam sesetengah keadaan masyarakat, kita seperti akur dengan budaya makan suap dan duit kopi ini

Rasuah ini sudah bukan rahsia lagi. Boleh dikatakan berlaku di mana-mana. Persepsi itu tertanam dalam fikiran setiap rakyat dari tua sampai kepada yang muda

Sebab itu apabila kita melihat anggota beruniform tunggu tepi jalan atau menahan serta memeriksa kenderaan perkara pertama keluar dari mulut adalah ‘cari duit kopi’ atau ‘duit poket’. Maksudnya apa? Sudah tentu dikaitkan dengan rasuah

Oleh itu untuk menangani rasuah dalam masyarakat ia perlu membabitkan integriti individu dan sosial. Banyak situasi harian mencabar integriti dan pertimbangan etika kita – daripada memotong barisan kepada menggunakan kedudukan untuk memberi seseorang kelebihan yang tidak wajar berbanding orang lain

Sedangkan dalam kalangan penjawat awam sama ada yang beruniform atau tidak, integriti sering diterapkan dan diberi penekanan. Malah kita diikat pula dengan peraturan dan undang-undang bagi memastikan integriti itu dijulang terutama ketika berada di puncak kuasa

Perkembangan-perkembangan yang berlaku ini menunjukkan bahawa orang kita ini majoritinya cakap tidak serupa bikin. Cakap berdegar-degar mengenai integriti, tetapi akhirnya integriti diletakkan di kaki. Integriti sebenarnya bersifat peribadi ia adalah sifat perwatakan yang perlu dibentuk dan diterap

Menurut Victoria Cooper yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam menggubal polisi awam termasuk bersama-sama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), integriti berbeza daripada apa yang kita panggil etika, yang mempunyai peraturan dan kepercayaan luaran, semakan, pengimbangan dan akibat untuk tingkah laku tidak patuh

Integriti dan etika adalah saudara terdekat; walau bagaimanapun, satu individu dan satu lagi komunal. Katanya, integriti ditunjukkan melalui kejujuran dan konsistensi dalam melakukan perkara yang “betul” mengikut nilai, kepercayaan dan prinsip seseorang, walaupun tiada sesiapa yang memerhati

Seseorang tidak dilahirkan dengan atau tanpa sama ada integriti atau etika; mereka mempelajarinya daripada keluarga dan masyarakat. Penghayatan yang konsisten dan pengukuhan peraturan dan kepercayaan keluarga dan masyarakat untuk tingkah laku yang betul, dari masa ke masa, menjadi pilihan peribadi seseorang, mewujudkan integriti

“Seseorang boleh memilih untuk menerima pakai peraturan, nilai, kepercayaan, dan prinsip keluarga, masyarakat, atau gabungan kedua-duanya dalam menentukan peraturan yang dipatuhi oleh seseorang

“Ia bertentangan dengan peraturan dan kepercayaan ini, pada peringkat peribadi dan masyarakat, orang itu dianggap “mempunyai integriti” atau tidak dan masyarakat dianggap “beretika” atau tidak,” katanya

Apakah maksud ini untuk usaha pencegahan rasuah? Untuk mengarusperdanakan integriti, mesti disertai dengan set peraturan, nilai, kepercayaan dan prinsip yang sama yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang beretika

Set peraturan ini termasuk mewujudkan undang-undang dan peraturan. Kalau di pejabat kerajaan ada pekeliling yang perlu dipatuhi. Malah untuk memantapkan usaha membasmi rasuah ini, Malaysia menukar agensinya daripada Badan Pencegah Rasuah kepada SPRM

Malangnya, semuanya kod tingkah laku dan inisiatif yang telah diambil ini tidak berkesan dalam mengurangkan rasuah jika integriti individu tidak ditangani

Sebab itu untuk menjadi ketua atau pemimpin bukan sahaja kena bersih, tetapi mesti kelihatan bersih. Seseorang itu mungkin tidak ambil rasuah, tetapi apabila dia berbelanja melebihi kemampuan, menggunakan kenderaan mewah, rumah besar dan sebagainya ia menimbulkan persepsi yang tidak elok bukannya kepada dirinya tetapi juga organisasi yang diwakilinya

Tidak melakukan jenayah, tetapi duduk dan minum semeja dengan penjenayah pasti akan menimbulkan syak wasangka. Sudah masuk tahun ke-65 kita merdeka, tetapi isu integriti seolah-olah makin mengundur ke belakang

Oleh: Aznan BakarPengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/integriti-jangan-letak-di-kaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Letak Apa Apa Serbuk Herba Ya Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

Jangan Letak Apa Apa Serbuk Herba Ya Doktor Jelaskan Proses Penyembuhan Luka Sunat Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 196 hits
Bagi ibu bapa yang pertama kali berhadapan dengan pengalaman anak bersunat memang satu pengalaman yang besar Lebih lebih lagi mungkin ada yang kurang pengalaman Ada juga ibu yang tak tahu bagaimana proses penyembuhan luka sunat terjadi tamp...
Bimbang Dijangkiti Covid 19 Guru Letak Anak Positif Covid 19 Dalam But Kereta

Bimbang Dijangkiti Covid 19 Guru Letak Anak Positif Covid 19 Dalam But Kereta

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 208 hits
Seorang guru di Amerika Syarikat dipercayai meletakkan anaknya yang positif Covid 19 ke dalam but kereta kerana bimbang dirinya akan dijangkiti virus berkenaan jika duduk dengan jarak yang dekat Guru terbabit dikenali sebagai Sarah Beam dit...
Elak Letak Skrin Komputer Terlalu Tinggi Dari Pandangan Mata Anak Ini Kesanya Pada Kesihatan Mata Mereka

Elak Letak Skrin Komputer Terlalu Tinggi Dari Pandangan Mata Anak Ini Kesanya Pada Kesihatan Mata Mereka

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 183 hits
Dalam dunia moden hari ini ramai kanak kanak yang menghadap komputer berjam jam setiap hari seakan akan ia sudah menjadi rutin harian mereka Membiarkan mata anak menatap pada skrin komputer dalam tempoh yang lama boleh membawa kepada ketida...
Saya Tolak Jawatan Duta Switzerland Kerana Perlu Letak Jawatan Ahli Parlimen Kata Nazri

Saya Tolak Jawatan Duta Switzerland Kerana Perlu Letak Jawatan Ahli Parlimen Kata Nazri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 246 hits
Nazri Aziz berkata blogger seperti Hussein Hamid fikir mereka tahu semua sedangkan mereka tidak tahu GEORGE TOWN Nazri Aziz mendedahkan beliau ditawarkan jawatan duta ke Switzerland pada 2019 tetapi menolaknya kerana perlu meletak jawatan s...
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 209 hits
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu letak Jawatan Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang direhatkan sementara sehingga siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham membabi...
Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

Imam Mandikan Remaja Curi Tabung Masjid Dah Letak Jawatan Kata Exco Selangor

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 335 hits
January 14 2022 Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Zawawi Ahmad Mughni berkata peletakan jawatan iman itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Shahzihan Ahmad PETALING JAYA Imam terbabit dalam kontroversi memandikan remaj...
Perjelas Kenapa Bersih Nama Azam Atau Letak Jawatan Abu Zahar Diberitahu

Perjelas Kenapa Bersih Nama Azam Atau Letak Jawatan Abu Zahar Diberitahu

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 256 hits
January 8 2022Pengerusi Bersih Thomas Fann dan Presiden Aliran Anil Netto menyelar Abu Zahar Ujang yang dilihat menutup penglibatan Azam Baki PETALING JAYA BERSIH menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan...
Lakukan Provaksi Selepas Dikompaun Letak Motosikal Di Parkir Oku

Lakukan Provaksi Selepas Dikompaun Letak Motosikal Di Parkir Oku

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 172 hits
Tangkap layar seorang lelaki memaki hamun seorang penguat kuasa MPKS KUALA SELANGOR Berang dikompaun meletakkan motosikal di parkir orang kelainan upaya dipercayai menjadi penyebab seorang lelaki lelaki yang tular melakukan provokasi terhad...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik