Insyaallah Hagia Sophia Yang Dulunya Gereja Akan Kembali Menjadi Masjid Tayyip Erdogan
ANKARA – TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan bangunan ikonik, Hagia Sophia di Istanbul yang telah dijadikan muzium sejak 1935 mungkin akan dibuka semula sebagai masjid.
“Kami mungkin akan mengubah namanya kepada Masjid Hagia Sophia. Ia bukan cadangan yang pelik. Kita mungkin akan mengambil langkah itu,” katanya ketika wawancara stesen penyiar TGRT.
Sejak beberapa tahun lalu, gesaan semakin meningkat untuk menjadikan Hagia Sophia sebagai masjid semula.
Namun, Mahkamah Tinggi Turki menolak permintaan untuk membuka semula bangunan purba itu sebagai masjid.
Ia dibina sebagai gereja Ortodoks pada tahun 537 ketika Konstantinopel menjadi tempat kelahiran Empayar Byzantine dan dilihat sebagai salah satu keajaiban Zaman Pertengahan dengan lambang seni bina Rom.
Ilustrasi Sultan Muhammad Alfateh bersama bala tenteranya
Selepas penaklukan Empayar Turki Uthmaniyyah yang dipimpin Sultan Mehmet pada 1453, ia telah ditukar menjadi masjid sehingga 1935 apabila visi sekular Mustafa Kemal Ataturk menukarkannya kepada muzium dan dibuka kepada orang ramai.
Pada 2015, seorang ulama membaca al-Quran dalam bangunan yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu buat pertama kali dalam tempoh 85 tahun. – Ahvalnews
SEJARAH MASJID HAGIA SOPHIA @ AYA SOPHIA
Aya Sophia asalnya dibina sebagai sebuah katedral di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Aya Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun.
Pada tahun 1453, selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid.
Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan.
Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.
Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model pada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.
The post “Insyaallah, Hagia Sophia Yang Dulunya Gereja Akan Kembali Menjadi Masjid” – Tayyip Erdogan appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/insyaallah-hagia-sophia-yang-dulunya-gereja-akan-kembali-menjadi-masjid-tayyip-erdogan/