Insya Allah Selepas Raya Shuib Watie Nikah Jun Depan Shuib Tegaskan Allahyarhamah Siti Sarah Tiada Galang Ganti





Spekulasi hubungan antara pelawak dan penyampai radia Shuib Sepahtu dan seorang usahawan, Watie Hanifiah akhirnya terjawab apabila Shuib mengakui bakal mendirikan rumah tangga pada Jun depan.

"Insya-Allah, majlis akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya.


"Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan dan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi.


"Saya tak mahu majlis pernikahan terlalu meriah, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.


View this post on Instagram A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)


"Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami. Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira," katanya.


Tambahnya lagi, persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus.


Ditanya perasaan Watie, penyampai radio Suria FM itu berkata, bakal isterinya gembira, namun pada masa sama tidak menafikan cabarannya.


"Bakal isteri sangat gembira. Dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana. Dalam masa yang sama, berat juga untuk Watie berada di situ, tetapi saya berharap semoga Allah mempermudahkan.


View this post on Instagram A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)


"Anak-anak selesa dengan Watie. Alhamdulillah, keluarga pun selesa. Saya rasa itu salah satu anugerah. Mungkin sebelum ini ada isu yang tak beberapa sedap dengar. Tetapi sekarang apabila Allah sudah memudahkan proses itu, mungkin benda ini sangat baik. Saya harap ia akan berjalan dengan cukup baik.


"Saya pula sudah tentu berdebar, tetapi bila saya tengok anak-anak, saya rasakan perlukan seseorang untuk ada bersama saya," katanya.


Shuib mengakui dengan adanya Watie, dia mampu mempunyai sistem sokongan yang baik, namun menegaskan arwah isterinya, Allahyarham  Siti Sarah Raissuddin tetap tiada galang gantinya.


"Kita tahu kebolehan dan kemampuan saya, jadi bila ada orang sudi bersama saya, ia satu pemberian Allah.


"Saya tak tahu masa hadapan macam mana, tetapi sudah tentu saya mahukan yang baik-baik. Jadi, saya berharap semuanya dipermudahkan Allah.


"Saya perlukan sistem sokongan yang baik kerana saya tak tahu bagaimana untuk berseorangan dan sendirian," katanya.


Shuib berkata, dia suka meriah, gembira, ramai-ramai dan jemput orang datang rumah, jadi apabila bersendirian, itu bukan dirinya.


View this post on Instagram A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


"Saya seorang yang berkeluarga, saya suka keluarga, lagi besar keluarga, lagi saya gembira. Bila sudah ada peluang macam ini, bila Allah sudah  hadirkan orang yang sudi duduk dengan saya, jaga anak-anak dan jaga saya juga, saya kena hargai, insya-Allah," katanya.


Shuib menyifatkan Watie adalah wanita sangat baik kepada anak-anak dan orang tuanya. Malah, kata Shuib, ibunya sendiri sangat menyukai keperibadian Watie.


"Arwah Siti Sarah tidak akan boleh diganti. Tetapi, hampir 20 peratus sisi Watie sama seperti arwah. Saya hargai bagaimana Watie menjaga anak-anak saya. Itu yang mahal.


"Saya nampak Watie boleh jadi ibu yang baik, insya-Allah. Saya nampak usaha yang Watie berikan kepada ibu saya, mentua dan anak-anak saya," katanya. 


Sumber: BH Online


source https://www.thereporter.my/2023/04/insya-allah-selepas-raya-shuib-watie.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2023/04/insya-allah-selepas-raya-shuib-watie.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dulu Tak Pernah Buat Macam Tu Dekat Arwah Sarah Shuib Dikecam Sering Komen Watie Cantik Di Ig

Hiburan Dulu Tak Pernah Buat Macam Tu Dekat Arwah Sarah Shuib Dikecam Sering Komen Watie Cantik Di Ig

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 430 hits
Semakin berdebar menuju hari bahagia yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini pasangan Shuib dan Watie nampaknya sudah tidak segan silu mempamerkan kemesraan mereka di media sosial Baru baru ini wanita yang berjaya menambat hati Shui...
Bantuan Rm350 Duit Raya Aidilfitri Dibayar Bulan Depan

Bantuan Rm350 Duit Raya Aidilfitri Dibayar Bulan Depan

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 355 hits
Bantuan RM350 Duit Raya Aidilfitri dibayar bulan depan Bagi Belanjawan 2023 Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM388 1 bilion dimana RM289 1 bilion untuk belanja mengurus dan RM99 bilion untuk belanja pembangunan Terdapat juga ...
Sambut Raya Di Luar Negara Netizen Persoal Status Puteri Sarah Dah Habis Iddah Ke

Sambut Raya Di Luar Negara Netizen Persoal Status Puteri Sarah Dah Habis Iddah Ke

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 442 hits
Terdahulu ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sedih apabila mengetahui menantunya Puteri Sarah Liyana bakal menyambut hari perayaan di luar negara Menerusi hantaran di Instagram Story Datin Patimah tu...
Telefilem Raya Tahun Depan Lakonan Tiz Zaqyah Azrel Ismail

Telefilem Raya Tahun Depan Lakonan Tiz Zaqyah Azrel Ismail

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 476 hits
Tonton telefilem Raya Tahun Depan lakonan Tiz Zaqyah dan Azrel Ismail pada 2 April ini Ahad pukul 9 malam di TV3 JUDUL Raya Tahun Depan rayatahundepanWaktu Siaran Ahad 2 April 2023 9 00 malamRangkaian TV3 slot Cereka AhadPengarah Yeop Hitle...
Tiada Dendam Raya Saya Akan Lebih Gembira Dan Tenang Puteri Sarah

Tiada Dendam Raya Saya Akan Lebih Gembira Dan Tenang Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 252 hits
Pelakon sensasi Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa lega selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April sebagai tarikh lafaz cerai daripada suaminya Syamsul Yusof Menurut laporan Kosmo pelakon berusia 38 tahun itu be...
Shila Amzah Suraya Borhan Shuib Ajak Feat Akim Ahmad Hari Ini Kita Raya Chord

Shila Amzah Suraya Borhan Shuib Ajak Feat Akim Ahmad Hari Ini Kita Raya Chord

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 629 hits
Am F G Em Dm F F G A Am Am G hari ini kita raya Am E meraikan semua Am G baju baru yang menggoda F E segak tampan bergaya Dm E bila sanak saudara Am G F E Dm menyapa berkongsi cerita bertukar tawa E hapuskan salah dan dosa Am Dm hari raya p...
Siti Nurhaliza Lee Minho Muncul Dalam Film Raya Pendek Seram

Siti Nurhaliza Lee Minho Muncul Dalam Film Raya Pendek Seram

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 470 hits
Dari dulu lagi kalau tiba musim perayaan kebanyakan syarikat korporat dan jenama terkenal akan berlumba lumba mengeluarkan iklan raya yang terbaik Ada yang menyentuh perasaan dan ada juga yang kelakar Yang pasti iklan raya kebanyakannya dal...
Jangan Kedekut Dengan Keluarga Insya Allah Semua Urusan Dipermudahkan Nad Zainal

Jangan Kedekut Dengan Keluarga Insya Allah Semua Urusan Dipermudahkan Nad Zainal

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 425 hits
Kalau anda mengikuti perkembangan pelakon popular Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin pasti mengetahui bahawa kini aktres tersebut sedang bercuti bersama suaminya yang juga merupakan aktor Ungku Ismail dan dua orang an...
Saya Tak Mahu Keluarkan Apa Apa Kenyataan Yang Menyakitkan Puteri Sarah Syamsul Reda Dengan Keputusan Jkp Isnin Depan

Saya Tak Mahu Keluarkan Apa Apa Kenyataan Yang Menyakitkan Puteri Sarah Syamsul Reda Dengan Keputusan Jkp Isnin Depan

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 290 hits
Pengarah Syamsul Yusof pagi Khamis 6 April 2023 telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk sebutan kes nusyuz yang difailkan terhadap isterinya Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lalu nbsp Tuntutan nusyuz itu difailkan kerana Pu...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi