Institusi Perbankan Terus Sedia Pelan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bagi Pelanggan Terkesan




Institusi perbankan di negara ini masih menyediakan pelan bantuan bayaran balik pinjaman bagi membantu pelanggan yang terkesan dengan penularan COVID-19.


Ia juga termasuk moratorium pinjaman yang diberikan kepada peminjam yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan, demikian kata Bank Negara Malaysia (BNM).




Justeru, bank pusat menasihatkan peminjam yang menghadapi kesukaran dalam membayar balik pinjaman mereka supaya menghubungi bank masing-masing untuk berbincang dan mendapatkan pakej bantuan yang bersesuaian dengan keadaan kewangan mereka.


Ia berkata, sehingga 26 Mac 2021, institusi perbankan memproses 1.6 juta permohonan bantuan bayaran balik pinjaman, dengan kadar kelulusan 95 peratus.


"Untuk makluman, rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas dengan bantuan yang diperoleh sepanjang tahun ini.


"Oleh itu, bagi peminjam yang menghadapi kesukaran, tidak perlu khuatir dan boleh terus menghubungi bank untuk berbincang mengenai pilihan yang dapat membantu mereka menguruskan hutang," kata BNM kepada BH.


Bank pusat itu berkata demikian bagi mengulas cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) yang meminta kerajaan mempertimbangkan moratorium secara bersasar selama 12 bulan mengikut kriteria ditetapkan.


Felo Kanan MTEM, Ahmad Yazid Othman dilaporkan berkata, moratorium itu perlu terhad kepada nilai pinjaman untuk kenderaan berharga RM150,000 ke bawah, nilai hartanah bernilai RM1.5 juta ke bawah dan semua pinjaman bawah RM100,000 tanpa kenaikan kadar faedah.


Beliau berkata, moratorium itu perlu dibuat jika kerajaan tidak dapat melaksanakan moratorium enam bulan bermula Jun sehingga September 2021 membabitkan semua jenis pinjaman perbankan, peminjam wang berlesen, pinjaman kredit termasuk kad kredit.


Sementara itu, BNM berkata, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan pihaknya juga membantu ramai peminjam menguruskan hutang mereka serta membuat tindakan susulan dengan bank peminjam.


Ia berkata, peminjam juga boleh mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan lanjut melalui pelbagai saluran yang disediakan, termasuk BNMTELELINK di talian 1300-88-5465 dan AKPK di talian 03-2616 7766.


Dalam pada itu, bank utama di negara ini, Maybank dan CIMB Group baru-baru ini mengesahkan komitmen mereka dengan menyediakan bantuan pembayaran balik pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan individu yang terkesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


Sementara itu, Moody's Investors Service dalam laporan analisisnya berkata, bank di Malaysia mempunyai kecairan yang kukuh dengan nisbah liputan kecairan sebanyak 147 peratus setakat Februari 2021, kekal tinggi melebihi keperluan minimum 100 peratus.



Katanya, bank di Malaysia dengan unjuran stabil A3 menerima manfaat daripada ekonomi yang pelbagai dan berdaya saing dengan sumber asli yang banyak.


Bank terus tawar bantuan bayar balik pinjaman
Pautan : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/05/819793/bank-terus-tawar-bantuan-bayar-balik-pinjaman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/05/institusi-perbankan-terus-sedia-pelan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Bayaran Rm700 Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2021

Tarikh Bayaran Rm700 Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 490 hits
Tahukah anda Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ada memberikan bayaran bantuan Aidilfitri tahun 2021 Berita baik bagi mereka penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP anda akan menerima bayaran bantuan Aidilfitri secara berperingkat perin...
Cara Memohon Pengurangan Bayaran Balik Mara Terkini

Cara Memohon Pengurangan Bayaran Balik Mara Terkini

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 1147 hits
Alhamdulillah saya telah bekerja selama setahun lebih dan tiba masanya untuk membayar pinjaman yang telah saya buat masa zaman belajar dibawah ini saya kongsikan macam mna untuk memohon pengurangan MARA dan untuk menyemakKadar Pengurangan M...
Malaysia Terus Hulur Bantuan Kepada Palestin

Malaysia Terus Hulur Bantuan Kepada Palestin

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 440 hits
Ulangi pendirian konsisten memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan mereka KUALA LUMPUR Malaysia akan terus memberikan sumbangan secara dua hala kepada Palestin selain sumbangan kepada badan badan antarabangsa bagi membantu raky...
Balik Ke Idak

Balik Ke Idak

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 536 hits
Saksikan telefilem raya Balik Ke Idak yang dibintangi kumpulan Heart juara Muzikal Lawak Superstar 2 pada Ahad 23 Mei 2021 pukul 10 pagi di Astro Ria JUDUL BALIK KE IDAK WAKTU SIARAN Ahad 23 Mei 2021 10 00 pagi SIARAN TV Astro RiaPENULIS SK...
Selama Masa Penyekatan Di Diy 7899 Kendaraan Diminta Putar Balik

Selama Masa Penyekatan Di Diy 7899 Kendaraan Diminta Putar Balik

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 355 hits
Yuliyanto memaparkan ada tiga pos yang berada di perbatasan antar propinsi Tiga pos ini adalah Pos Prambanan Pos Tempel dan Pos Temon
Kluster Balik Kampung Beraya Cetus Kluster Di Tawau Kuala Penyu

Kluster Balik Kampung Beraya Cetus Kluster Di Tawau Kuala Penyu

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 502 hits
Kemasukan dari Labuan sambut Aidilfitri cetus 2 kluster di Sabah Masidi Manjun Kluster Balik Kampung Beraya Cetus Kluster di Tawau K Penyu Kemasukan orang awam dari Labuan memasuki Sabah antara faktor utama mempengaruhi jumlah kes harian Co...
Suami Disebut Tua Bunga Zainal Kesal Ledek Balik Sang Warganet Muka Demek Bau Bawang

Suami Disebut Tua Bunga Zainal Kesal Ledek Balik Sang Warganet Muka Demek Bau Bawang

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 360 hits
Bukan hal yang baru bahkan ada warganet yang bilang kalau suami Bunga tersebut lebih cocok jadi kakeknya
Video Syeikh Faisol Nasihat Ustazah Selebriti Tarik Balik Kenyataan Kontroversi Beliau

Video Syeikh Faisol Nasihat Ustazah Selebriti Tarik Balik Kenyataan Kontroversi Beliau

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 677 hits
May 24 2021 Bagus nasihat sheikh Faisol ni Seimbang dalam menasihati Ukhtina ustazah Asma Jasa ustazah banyak dalam dakwah cuma fikh dan fatwa bukan bidang beliau Beliau seorang yang ikhlas dalam dakwah cuma setiap bidang ada ahlinya Semoga...
Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Anniversary 01 Januari 2026

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal

Perubahan Besar Kwsp Untuk Tahun 2026 Apa Yang Perlu Tahu

Anak Perempuan Pelakon Tommy Lee Jones Ditemui Meninggal Dunia Di Hotel California