Inspektor Mama Cabaran Dan Dugaan Penguat Semangat
Seorang isteri kalau dah lupa tanggungjawab dengan suami, lupa yang dibelakang dia ada suami, hidup takkan tenang. Sama juga suami. Please behave kata orang. Oleh itu, saya coretkan naskah Inspektor Mama untuk bacaan semua. Yang baik jadikan teladan yang buruk daripada diri sendiri. Perkahwinan Satu Tanggungjawab Betul perkahwinan itu seronok Tapi hakikatnya ianya adalah satu amanah dan tanggungjawab. Bukan mudah jadi isteri dan begitu juga dengan status suami. Inspektor Mama; Rezeki Halal Dalam perkahwinan, adalah tanggungjawab suami isteri dan ayah bonda mencari rezeki halal bagi keluarga. Seorang suami, tanggungjawabnya berat dalam dalam memastikan rezeki yang diterima berkat dan dan halal dalam usaha memastikan keluarga yang dibina dalam redha Allah swt. Oleh itu, kita semua sering dipesan agar menjauhi sumber rezeki haram. Setiap rezeki yang diperolehi itulah yang yita akan akan berikan pada anak-anak. Daripada sumber tersebut jualah akan menjadi darah daging anak. Jadi, sanggupkah kita menyuap anak-anak dengan rezeki haram? firman Allah SWT: وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188) Anak pengikat kasih Anak-anak pengikat kasih, ya betul. “Anak-anak saya tak lupa kak”. Ya betul anak awak tak lupa, awak sayaang anak. Awak sayang suami, tapi kenapa awak cari bahagia di luar? Tak ada istilah seronok-seronok. Setiap satu pasti ada tujuan dan niat. Kembalilah. Orang tegur kerana sayang, bukan kerana benci. Syurga isteri adalah suami. Akak ni nasihat untuk akak juga. Tak nak terbabas dalam kelekaan. Baca lebih lagi perkongsian Un dalam naskah INSPEKTORMAMA ‘Wanita di Sebalik Seragam Biru’ ini adalah naskhah yang memaparkan kisah suka duka dan cabaran yang saya alami sepanjang bekerja sebagai polis selama 10 tahun ini. Menceburi bidang yang mencabar dan banyak didominasi oleh lelaki benar-benar menguji emosi dan jiwa saya selaku wanita, isteri dan ibu. Pelbagai ujian dan musibah sentiasa datang dan pergi. Menjadikan saya lebih kuat dan tabah.Terimalah naskhah ini seadanya. Setiap pengalaman yang dilalui, saya coretkan sebagai panduan supaya kita lebih banyak bersabar dan sentiasa bergantung kepada Allah S.W.T. Tempahan Buku : www.wasap.my/600124430338/b ukuinspektormama
The post Inspektor Mama; cabaran dan dugaan penguat semangat appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2018/12/inspektor-mama-menulis-cabaran-kerjaya/