Insiden Terjerit Jerit Serlah Kualiti Rendah Ahli Parlimen Pembangkang




 Oleh: Noraini Nordin



ULASAN: Insiden di Parlimen pada petang Selasa lalu yang memperlihatkan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin terjerit-jerit seperti diserang 'histeria' ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penggulungan Kajian Separuh Penggal RMK12 adalah sesuatu yang amat memalukan serta tidak seharusnya berlaku.


Ia memperlihatkan kualiti beliau yang rendah dan gagal mengawal emosi, sedangkan di Dewan Rakyat adalah medan untuk membentangkan idea, fakta dan hujah lawan dengan hujah.


Kejadian bermula sewaktu Anwar memberi penerangan mengenai isu Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas 47 pertuduhan mahkamah berkaitan dana Yayasan Akalbudi.


Datuk Seri Anwar mempertahankan permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan prosiding di mahkamah, sambil mengatakan ia adalah keputusan jabatan berkenaan dan menafikan beliau campurtangan mengenainya.





Sikap pembangkang punca suasana kecoh





Ketika itu Radzi tergelak dengan jawapan Anwar.


Anwar kemudian membalas, "You boleh gelak... you boleh gelak Putrajaya, kerana you (pentadbiran PN) buat perkara itu.


"Semasa pentadbiran (PN) you buat perkara itu," tambah Anwar lagi.


Kata-kata Anwar itu membuatkan Radzi segera membantah dan seperti naik angin, terus menjerit…."tarik balik, tarik balik."




Ahli Parlimen Putrajaya menjerit jerit dalam dewan dan dihalau keluar oleh Speaker TS Johari Abdul





Suasana kecoh berlarutan hampir 20 minit dengan Radzi terus mengulang-ulang perkataan "tarik balik, tarik balik", malah menyerang Perdana Menteri dengan kata-kata tidak sopan.





Apabila keadaan semakin tidak dapat dikawal dan beberapa Ahli Parlimen PN turut masuk campur, Speaker Parlimen, Tan Sri Johari Abdul kemudian mengarahkan Radzi keluar dari dewan.





Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin menunjukkan solidariti terhadap arahan kepada Radzi itu dengan meminta semua Ahli Parlimen PN meninggalkan Dewan Rakyat secara beramai-ramai.





Selepas Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan, Anwar menyambung penjelasannya dengan merujuk kepada keadaan pentadbiran di bawah PN.


"Apa yang saya katakan itu benar, Putrajaya (Radzi) tahu (apa yang berlaku), dia adalah sebahagian daripada pentadbiran lama dan AG ‘lama’ (Idrus).


"Sebab itu dia (Radzi) tidak tahan mendengar penjelasan saya.


"Ini kerana mereka sudah biasa dengan sistem itu dan mereka fikir saya juga melakukan perkara yang sama," kata Anwar lagi.


Ketidakmatangan berhujah



Melihat apa yang berlaku dalam insiden itu, adalah jelas Ahli Parlimen PN, khususnya Radzi tidak menunjukkan kematangan ketika berhujah.


Beliau sepatutnya melawan hujah Anwar dengan hujah juga, bukan dengan menjerit-jerit dan mengungkapkan kata-kata tidak sopan terhadap Perdana Menteri.


Sudahlah Radzi tidak menunjukkan kematangan, Ahli-Ahli Parlimen PN lain yang turut menjerit juga memperlihatkan mereka mempunyai sikap yang sama.


Lebih buruk lagi, apabila Radzi diarahkan keluar oleh Speaker berikutan perlakuan tidak wajarnya itu, semua Ahli Parlimen PN secara sepakat juga meninggalkan Dewan Rakyat.


Ertinya, semua mereka tidak matang dan berkualiti rendah.


Kenapa mereka mesti keluar meninggalkan Dewan Rakyat mengikuti hukuman yang dikenakan kepada Radzi?


Di mana perjuangan mereka untuk membela nasib rakyat di Parlimen dengan bertindak emosi meninggalkan dewan?


Beberapa hari sebelum itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum itu mengumumkan tidak lagi menyokong Kerajaan Perpaduan, telah membuat dakwaan bahawa peruntukan pembangunan untuk kawasannya telah ditarik balik sejurus beliau membuat keputusan tersebut.


"Saya mendapat pengesahan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bahawa sebaik sahaja saya sertai blok pembangkang, peruntukan telah ditarik balik, dikosongkan.


"Ini sama juga bagi semua Ahli Parlimen pembangkang, yang saya yakin, tidak mendapat peruntukan sehingga hari ini," dakwa Syed Saddiq.


Bagaimanapun, ketika menjawab isu berkenaan kemudiannya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengingatkan Ahli-Ahli Parlimen agar tidak mengeluarkan kenyataan yang bersandarkan ‘hear say’ atau dengar cakap di dalam Parlimen yang mulia.


Beliau menegaskan, kementeriannya tidak pernah sesekali menghentikan rancangan pembinaan dan pembangunan infrastruktur pendidikan di semua negeri di Malaysia.





Ahli Parlimen ‘merengek-rengek’





Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, beliau tidak mahu ada Ahli Parlimen yang ‘merengek-rengek’ memberitahu bahawa mereka mendengar itu dan mendengar ini – sedangkan hakikatnya ia tidak benar sama sekali.


"Saya ingin tegaskan Kementerian Pendidikan tidak akan sekali-kali menghentikan tumpuan serta rancangan pembinaan dan pembangunan infrastruktur pendidikan di semua negeri di Malaysia.


"Yang ada ialah kelewatan tertentu tetapi kita tidak pernah hentikan sebarang pembangunan.


"Jadi kalau nak jadi ahli yang berhormat, bertanggungjawab, masuk Dewan, kena pastikan fakta betul.




"Jangan masuk Dewan 'merengek-rengek' bagitahu 'hear say', saya dengar itu saya dengar ini, tapi tak betul.


"Kementerian Pendidikan akan memastikan semua projek yang kita laksanakan ada jaminan untuk disiapkan," tegas Fadhlina.


Ini baru dua contoh Ahli Parlimen pembangkang berkualiti rendah yang ada di negara kita.


Sampai bila mereka mahu berubah?


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/insiden-terjerit-jerit-serlah-kualiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elok Anwar Tutup Saja Perbincangan Peruntukan Dana Kerajaan Kepada Ahli Parlimen Pembangkang Tidak Perlu Diberikan

Elok Anwar Tutup Saja Perbincangan Peruntukan Dana Kerajaan Kepada Ahli Parlimen Pembangkang Tidak Perlu Diberikan

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 153 hits
Isu sama ada perlu atau tidak kerajaan memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang terus menjadi perdebatan tanpa jawapan Bagi Perdana Menteri pendirian beliau adalah jelas iaitu jika Ahli Parlimen blok pembangkang inginkan peruntuk...
Syor Ahli Parlimen Pkr Gabung Semula Kl Selangor Kukuhkan Kuasa Politik Cina Dap Kata Bekas Menteri

Syor Ahli Parlimen Pkr Gabung Semula Kl Selangor Kukuhkan Kuasa Politik Cina Dap Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 197 hits
Seorang bekas menteri berkata sebarang langkah untuk menggabungkan Kuala Lumpur dengan Selangor akan menyebabkan Dewan Undangan Negeri mendapat sekurang kurangnya 24 lagi tambahan kerusi majoriti bukan Melayu keputusan yang katanya akan men...
Pengundi Mati Dianggap Beban Oleh Ahli Parlimen Pn

Pengundi Mati Dianggap Beban Oleh Ahli Parlimen Pn

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 226 hits
Pengundi mati dianggap beban oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional Seorang ahli Parlimen mewakili Perikatan Nasional dari Ketereh YB Khlir Mohd Nor telah menyampaikan rasa kesusahan beliau sebagai wakil Parlimen yang terpaksa mengeluarkan w...
Hati Hati Berbahas Dengan Pmx Pesan Kj Kepada Ahli Parlimen Pn

Hati Hati Berbahas Dengan Pmx Pesan Kj Kepada Ahli Parlimen Pn

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 118 hits
Bekas ketua pemuda Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin menasihatkan anggota parlimen Perikatan Nasional supaya berhati hati ketika berdebat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Katanya Anwar berbeza dengan perdana perdana menteri sebelum in...
Sekat Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pn Itu Madani Ke Soal Mp Kuala Krai

Sekat Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pn Itu Madani Ke Soal Mp Kuala Krai

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 217 hits
Abdul Latiff Abdul Rahman Slogan Madani yang dilaung laungkan kerajaan campuran dipersoal Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman Abdul Latiff kesa apabila kerajaan campuran yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap tidak s...
Bukan Hisap Vape Hisap Pen Ahli Parlimen Pn Mahu Saman Jurugambar

Bukan Hisap Vape Hisap Pen Ahli Parlimen Pn Mahu Saman Jurugambar

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 158 hits
FMT ReportersGambar tular menunjukkan Ikmal Hisham Abdul Aziz didakwa menghisap vape di Dewan Rakyat PETALING JAYA Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang undang terhadap seorang ju...
Ahli Parlimen Pn Nafi Hisap Vape Di Dewan Saya Pegang Pen

Ahli Parlimen Pn Nafi Hisap Vape Di Dewan Saya Pegang Pen

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 162 hits
Anne MuhammadGambar tular menunjukkan Ikmal Hisham Abdul Aziz didakwa menghisap vape di Dewan Rakyat PETALING JAYA Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap vape di Dewan Rakyat susulan gambarnya yang tul...
Punca Ahli Parlimen Rasmikan Mesin Atm

Punca Ahli Parlimen Rasmikan Mesin Atm

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 160 hits
Punca Ahli Parlimen Rasmikan Mesin ATM Anggota Parlimen Besut Che Mohamad Zulkifly Jusoh pada Jumaat melancarkan sebuah mesin pengeluaran wang ATM di kawasan parlimennya Mesin itu diletakkan di sebuah stesen minyak di kawasan parlimen di Te...
Dalam Sesi Rawatan Tulis Sedikit Berkenaan Ahli Parlimen Muar

Dalam Sesi Rawatan Tulis Sedikit Berkenaan Ahli Parlimen Muar

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 166 hits
Gino Marvela Bagi kami ia lebih kpd nak beri tekanan pada Anwar Kerajaan Perpaduan supaya kes ini di lepaskan Keduanya mmg umum mengetahui dia turuti tekanan pihak pembangkang yg mmg di ketahui hubungan dua hala antara Muhyiddin Mahathir Ke...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Apakah Sebaik Baiknya Manusia

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally