Insan Dirahmati Allah Satu Sekolah Tangisi Pemergian Guru Ini


Kematian yang dicemburui, begitulah menurut satu perkongsian yang tular di media sosial mengenai pemergian seorang guru di sebuah sekolah di Putrajaya.
Kematian arwah guru berkenaan yang dikenali Cikgu Anita Idris oleh rakan sejawat beliau Cikgu Hussayn disifatkan sebagai kehilangan besar buat mereka. Pemergiannya yang mudah ditangisi oleh semua. Moga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kematian Yang Dicemburui “Masuk la tengok. Orang baik ni!. Senang sahaja kami urus dia tadi.”
Begitulah ungkapan ustazah yang menguruskan jenazah Cikgu Anita Idris di dalam bilik mayat Hospital Putrajaya saat kami beratur untuk melihat jenazah. Tenang raut wajah Allahyarhamah saat kami menatapnya buat kali terakhir.
Pagi ini kami warga SK Putrajaya Presint 8(2) dikejutkan dengan berita pemergian insan berjasa di sekolah kami. Sekolah Kluster Kecemerlangan dimana salah satu bidang kebitaraannya ialah Bola Jaring.
Beliau juga merupakan Pengerusi Teknik Bola Jaring Putrajaya. Merupakan insan hebat dan penuh semangat mendidik anak bangsa terutama melatih anak-anak dalam permainan bola jaring.
Jasanya bukan kepalang. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau baru sahaja membawa pasukannya ke New Zealand untuk beraksi di sana dalam International Netball Festival New Zealand 2019.
Sebaik pulang daripada New Zealand beliau terus dibawa ke Hospital Putrajaya dan ditahan di wad kerana masalah paru-paru. Allah menyayangi dirinya. Pagi ini jam 8.00 pagi kami redha beliau telah pergi buat selamanya.
Sebagai guru, saya melihat betapa semua kawan dan anak murid menyayangi dirinya. Berpusu-pusu orang datang ke hospital dan surau untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Hampir kesemuanya menitiskan airmata. Allahu.
Semua urusan di hospital dapat diselesaikan dengan pantas. Kemudian solat jenazah di Surau Putra Al-Amin, Presint 8 Putrajaya yang berdekatan sekolah. Kehadiran murid dan ibu bapa yang ramai membuatkan hati saya tersentuh.
Benarlah! Bagai kata ustazah yang memandikan jenazahnya, Kak Nita orang yang baik. Orang yang baik disayangi Allah dan semua makhlukNya.
Saat saya menulis ini jenazah sedang dalam perjalanan ke Bandar Baharu Serdang, Kedah untuk dikebumikan di kampung halaman beliau selepas asar.
Berkesempatan berbicara dengan ibunya saat saya dan adiknya di dalam van jenazah untuk ke surau. Ibunya ada mengungkapkan kata-kata arwah.
“Mak, lepas balik New Zealand ni ingat nak duduk rumah baru.”
Mengalir airmata si ibu apabila rumah baru itu bukan rumah PPA1M yang arwahyarhamah beli tetapi rumah sebaliknya. Allahu.
Buat Kak Nita yang dikasihi. Damailah dikau disana. Semoga tempat baharu dirimu bersemadi menjadi taman-taman Syurga. Kami kirimkan doa dari kejauhan. Ramai orang sayang akak dan mereka akan kirimkan doa buat akak.
Maafkan andai ada salah dan silap kami. Sesungguhnya pada kami tiada apa salah yang akak lakukan. Semuanya baik-baik sahaja di mata kami. Selamat tinggal kak. Allahu.
Al-Fatihah.
إنالله وإنا إليه راجعون…
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها…آمين..
#coretancikguhussayn
Sumber : Cikgu Hussayn

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/09/insan-dirahmati-allah-satu-sekolah-tangisi-pemergian-guru-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Sekolah Menengah Ditahan Berlumba Haram Race Naik Yamaha Yzf R1 Dengan Tukang Masak

Guru Sekolah Menengah Ditahan Berlumba Haram Race Naik Yamaha Yzf R1 Dengan Tukang Masak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 284 hits
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah ditahan polis awal pagi tadi kerana berlumba haram dengan seorang tukang masak lapor BERNAMA Perlumbaan tersebut dilaporkan berlangsung dari simpang Jalan Kampung Jawa ke Medan Selera Kampung J...
Ini Sosok Fanli Siswa Smp Yang Tewas Saat Dihukum Lari Oleh Guru Di Sekolah

Ini Sosok Fanli Siswa Smp Yang Tewas Saat Dihukum Lari Oleh Guru Di Sekolah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 288 hits
Kepergian Fanli Lahingide siswa SMP di Manado yang tewas saat dihukum lari oleh guru piket berinisial CS Selasa pagi menyisakan kepedihan bagi orangtua dan keluarganya Ibu Fanli Julian Mandiangan mengaku sangat terpukul dengan peritiwa ini ...
Pelajar Mati Selepas Dipaksa Guru Berlari 20 Pusingan Kerana Terlambat 25 Minit Datang Ke Sekolah

Pelajar Mati Selepas Dipaksa Guru Berlari 20 Pusingan Kerana Terlambat 25 Minit Datang Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 468 hits
Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di Sulawesi Indonesia meninggal dunia selepas dipaksa gurunya untuk berlari sebanyak 20 pusing di bawah matahari terik kerana terlambat 25 minit datang ke sekolah Mangsa yang dikenali sebagai Fanly se...
Gagal Siapkan Kerja Sekolah Guru Stapler Telinga Murid Sampai Berdarah

Gagal Siapkan Kerja Sekolah Guru Stapler Telinga Murid Sampai Berdarah

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 528 hits
Seorang murid sekolah di Likas Sabah telinga kirinya diketip dengan dawai kokot oleh guru kerana gagal menyiapkan kerja sekolah Matematik yang diberikan Dalam kejadian Sabtu lalu mangsa Amir Shafuan Bahram itu mengalami pendarahan di teling...
Guru Stapler Telinga Anak Murid Sebab Tak Siapkan Kerja Sekolah

Guru Stapler Telinga Anak Murid Sebab Tak Siapkan Kerja Sekolah

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 431 hits
Seorang murid berusia 10 tahun mendakwa telinga kirinya luka sehingga berdarah selepas dikepit menggunakan stapler oleh gurunya di sebuah sekolah di Kota Kinabalu Sabah Jumaat lalu Difahamkan mangsa Mohd Amir Shafuan tidak menyiapkan kerja ...
Kisah Siswa Smpn 4 Tangsel Ijazah Ditahan Karena Tunggak Donasi Buatan Sekolah

Kisah Siswa Smpn 4 Tangsel Ijazah Ditahan Karena Tunggak Donasi Buatan Sekolah

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 229 hits
KR orang tua murid alumni SMPN4 Tangsel menceritakan sangat gamblang bagaimana sekolah terkesan memaksa orang tua untuk menyetorkan sejumlah biaya biaya yang disebut sekolah sebagai donasi
Foto Asrama Sekolah Hangus Dijilat Api

Foto Asrama Sekolah Hangus Dijilat Api

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 394 hits
JULAU Asrama Sekolah Kebangsaan Nanga Serau di sini musnah dalam kebakaran petang tadi Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Nusajaya 20190927 Kelas Tambahan Matematik

Sekolah Menengah Kebangsaan Nusajaya 20190927 Kelas Tambahan Matematik

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 775 hits
Sekolah Menengah Kebangsaan Nusajaya 20190927 Kelas Tambahan Matematik Macam biasa Pepagi dah sarap kat warung sebelah shell Mama ada kelas tambahan Matematik dengan kebudaks dia pagi ni Lama aku tak makan kat sini Roti canai sama nasi lema...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi