Gagal Siapkan Kerja Sekolah Guru Stapler Telinga Murid Sampai Berdarah



Seorang murid sekolah di Likas, Sabah, telinga kirinya diketip dengan dawai kokot (stapler) oleh guru kerana gagal menyiapkan kerja sekolah Matematik yang diberikan. 
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa, Amir Shafuan Bahram (Tahun Empat) itu mengalami pendarahan di telinga kerana tindakan melampau guru terbabit. 
Amir dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk mendapatkan rawatan dan keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 
Ibunya, Shuaila Madidy, 32, hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh kakaknya ketika mengambil mangsa yang baru keluar dari sekolah pada jam 11.30 pagi. 
"Saya ada tanya dia kenapa menangis, tetapi dia hanya jawab tiada apa-apa. Namun saya terkejut melihat ada tompokan darah pada baju sekolah sebelum kakak saya memberitahu bahawa telinga anak saya diketip dengan dawai kokot oleh guru di sekolah berkenaan. 
"Saya kemudian membawa Amir menemui guru terbabit dan bertanya mengapa dia bertindak sedemikian dan guru wanita itu mengatakan Amir tidak menyiapkan kerja sekolah Matematik yang diberikan. 
"Saya tanya mengapa perlu bertindak mencederakan anak saya, guru itu hanya mendiamkan diri," katanya memetik laporan dari Sabah Post. 
Shuaila juga melaporkan perkara itu kepada guru besar dan beliau memaklumkan akan menyiasat kejadian tersebut dan berkata terpulang kepada ahli keluarga untuk membuat laporan polis. 
"Anak memaklumkan guru terbabit mengetip dawai kokot di telinga kiri sebelum guru itu mencabut semula dawai kokot tersebut yang menyebabkan pendarahan," katanya. 
Shuaila menjelaskan bukan anaknya tidak mahu menyiapkan kerja sekolah yang diberikan, tetapi Amir tidak tahu cara untuk membuatnya. 
"Jadi guru itu perlu membimbingnya dan bukan bertindak keterlaluan dengan mengetip telinga anak saya," katanya. 
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap mengenai kejadian itu yang sedang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 
Sementara itu, Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan keraja sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. 
Sumber: Astro Awani, Sabah Post

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/09/gagal-siapkan-kerja-sekolah-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stapler Telinga Murid Guru Jangan Ambil Tindakan Sendiri

Stapler Telinga Murid Guru Jangan Ambil Tindakan Sendiri

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 250 hits
Guru guru di Sabah diingatkan supaya tidak bertindak di luar kawalan sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada murid sebaliknya menyerahkan kes kes murid tidak mendengar arahan atau melanggar disiplin kepada guru besar untuk tindakan Pe...
Murid Pakai Baju Biasa Ke Sekolah Guru Hadiahi Seragam

Murid Pakai Baju Biasa Ke Sekolah Guru Hadiahi Seragam

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 640 hits
Suriani hanya berpakaian biasa ke sekolah sebelum gurunya menghadiahi seragam Foto ihsan Twitter Bungo LalePETALING JAYA 20 Sept Tindakan seorang guru memberikan seragam kepada seorang pelajar yang kurang berkemampuan mendapat pujian ramai ...
Pdrm Buru Guru Pijak Murid Sampai Patah Tangan

Pdrm Buru Guru Pijak Murid Sampai Patah Tangan

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 272 hits
Polis sedang berusaha mengesan seorang guru mengaji Al Quran beralamat di Jalan Simpang Tiga Jeram Kuala Selangor dekat sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau mendera seorang anak muridnya yang berusia 13 tahun Ketua Polis Dae...
Guru Bersarapan Bersama Murid Tahun Depan Maszlee

Guru Bersarapan Bersama Murid Tahun Depan Maszlee

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR 30 Sept Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan program guru bersarapan dengan anak murid pada tahun hadapan Menterinya Dr Maszlee Malik berkata program itu bertujuan membolehkan guru dan murid berinteraksi dengan lebih b...
Hari Hari Pergi Sekolah Bawa Balik Homework Ini Rupanya Wajah Manusia Yang Cipta Kerja Rumah

Hari Hari Pergi Sekolah Bawa Balik Homework Ini Rupanya Wajah Manusia Yang Cipta Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 580 hits
Kerja rumah diberikan oleh guru bagi tujuan latihan terhadap pendidikan kanak kanak Perkara ini terbukti apabila kekerapan membuat kerja rumah dapat meningkatkan ilmu pendidikan dalam diri setiap pelajar Kerja rumah juga dianggap sebagai se...
Pelajar Mati Selepas Dipaksa Guru Berlari 20 Pusingan Kerana Terlambat 25 Minit Datang Ke Sekolah

Pelajar Mati Selepas Dipaksa Guru Berlari 20 Pusingan Kerana Terlambat 25 Minit Datang Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 449 hits
Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di Sulawesi Indonesia meninggal dunia selepas dipaksa gurunya untuk berlari sebanyak 20 pusing di bawah matahari terik kerana terlambat 25 minit datang ke sekolah Mangsa yang dikenali sebagai Fanly se...
Guru Baby Face 22 Tahun Sering Dianggap Sebagai Murid

Guru Baby Face 22 Tahun Sering Dianggap Sebagai Murid

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 860 hits
Seorang guru berusia 22 tahun dari Filipina ini sering disalah anggap sebagai pelajar kerana wajahnya yang kelihatan muda Ian Francis Manga merupakan salah seorang guru tadika dan gred dua di San Jose Del Monte Bulacan di Filipina Beliau me...
Cukur Rambut Murid 3 Guru Di Banyuwangi Ditahan Kejaksaan

Cukur Rambut Murid 3 Guru Di Banyuwangi Ditahan Kejaksaan

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 278 hits
Setelah menjalani pemeriksaan tahap kedua selama kurang lebih 5 jam di Kejaksaan Negeri Banyuwangi tiga oknum guru SD Negeri 2 Patoman akhirnya resmi ditahan sejak hari ini Selasa Seperti yang disampaikan Kasi Pidana Umum Kejaksaan Negeri B...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi