Inovasi Teknologi Tayar Yang Menarik Perhatian Orang Ramai


Kejuruteraan kereta pada hari ini banyak berpaksikan kepada kecekapan dan penjimatan. Sebagai contoh jurutera dan pereka berusaha keras untuk mengesktrak satu liter petrol supaya pergi lebih jauh berbanding sebelumnya. Maka lahirlah enjin yang digabungkan dengan motor elektrik dan sebagainya.
Lebih mencabar apabila enjin yang cekap mempunyai satu lagi sasaran iaitu kuasa. Nampak seperti padanan yang mustahil iaitu cekap tenaga tetapi berkuasa. Sekali lagi revolusi dan inovasi berjaya mencapai sasaran tersebut.
Sekarang, banyak yang kita tengok sesaran enjin yang kecil tetapi lebih cekap, bertenaga dan lebih bersih berbanding teknologi sebelumnya. Konsepnya mudah, sesuatu komponen kereta dipelbagaikan lagi kegunaannya supaya menjadi lebih cekap.

Dari situ lagi lahirlah teknologi regeneratif yang turut membekalkan tenaga kepada kereta hibrid dan elektrik.
Ada satu lagi komponen yang tidak patut dibazirkan untuk satu fungsi sahaja iaitu tayar. Alang-alang dah bergolek biar bermanfaat. Sumitomi Rubber Industries yang memiliki syarikat tayar Falken sekarang ini sedang membangunkan tayar yang boleh menghasilkan tenaga elektrik.
Sumitomo dan Profesor Hiroshi Tani dari Universiti Kansai menghasilkan satu teknologi yang diberi nama Energy Harvester dengan menggunakan pengumpulan elektrik statik atau pengecasan geseran (frictional charging).
Konsepnya mudah, sambil bergolek sambil hasilkan tenaga.
 

Energy Harvester berbentuk empat segi dan didalamnya terdapat dua lapis getah dengan setiap satunya mengandungi elektrod dan masing-masing dengan filem pengecasan negatif atau positif. Apabila dipasangkan di dalam tayar, Energy Harvester tersebut menghasilkan tenaga elektrik apabila tayar berputar.
Jurutera yang menghasilkan Energy Harvester mengatakan tenaga tersebut boleh digunakan sebagai punca kuasa untuk sensor di dalam Tyre Pressure Monitoring Systems (TPMS) dan pelbagai perkakasan lain tanpa perlu menggunakan bateri.
Teknologi ini dibangunkan di bawah program penyelidikan dan pembangunan (P&P) Sumitomo untuk menambah baik aspek keselamatan dan alam sekitar. Program ini turut mendapat sokongan daripada Agensi Sains dan Teknologi Jepun.
Sumber Muhammad Md Tajudin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.buytyresellwheel.com.my/tires/inovasi-teknologi-tayar-yang-menarik-perhatian-orang-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Prosesi Kurban Menarik Perhatian Para Turis Mancanegara Di Padang

Ketika Prosesi Kurban Menarik Perhatian Para Turis Mancanegara Di Padang

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 234 hits
Di Singapura memang ada kurban juga tetapi banyak syaratnya Tapi di sini peserta bisa ikut dalam prosesi bahkan bisa ikut menyembelih Ini pengalaman yang sangat menyenangkan kata pimpinan rombongan wisatawan Singapura Syah Ibrahim
Saksikan Trailer Suatukala Timun Mas Ijo Telefilem Yang Menarik Sempena Cuti Sekolah Ini

Saksikan Trailer Suatukala Timun Mas Ijo Telefilem Yang Menarik Sempena Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 430 hits
Tahun lalu penonton disajikan dengan sebuah kisah dongeng rakyat yang diberikan nafas baru menerusi telefilem Suatukala Malin Kundang Merah Puteh dan Badang Tahun ini penonton bakal disajikan sebuah lagi telefilem yang diinspirasikan dari k...
Apa Yang Menarik Dengan Muzium Kapal Selam Melaka

Apa Yang Menarik Dengan Muzium Kapal Selam Melaka

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 909 hits
Apa yang menarik dengan Muzium Kapal Selam Melaka Actually selepas urusan anak di Ayer Keroh we don t know where to go to Nak ke tempat bersejarah tu kami dah pergi tahun lepas dengan orang yang sama Nak naik river cruise our youngest takde...
Karnival Huawei Beli Dan Menang Sebelum Ahad Ini Pelbagai Peranti Pada Harga Menarik

Karnival Huawei Beli Dan Menang Sebelum Ahad Ini Pelbagai Peranti Pada Harga Menarik

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 358 hits
Huawei Malaysia kini telah pun membawa masuk salah satu telefon pintar menarik pada harga sangat kompetitif iaitu Huawei Y9 Prime Ia hadir pada harga hanya RM899 dilengkapi skrin 6 59 inci dijana cip Kirin 710 memori 4GB RAM dan bateri 4000...
Bengkel Carfix Hadir Di Jatiuwung Tangerang Tawarkan Diskon Menarik

Bengkel Carfix Hadir Di Jatiuwung Tangerang Tawarkan Diskon Menarik

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 145 hits
Pilihan konsumen untuk merawat kendaraan dengan kualitas terjamin semakin banyak saat ini terutama di luar bengkel resmi Salah satunya bengkel CARfix jaringan bengkel umum dengan standar pengerjaan setaraf bengkel resmi CARfix kini menambah...
Tajuk Berperanan Menarik Minat Pembaca

Tajuk Berperanan Menarik Minat Pembaca

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 238 hits
Berita mana sebenar lebih menarik minat pembaca Ramai menduga rencana di atas dengan tajuk Kasih sayang rezeki bertambah selepas berpoligami berbanding tajuk di bawah Jangan terpedaya sendikit penipuan KWSP Pertama kerana kedudukan di atas ...
Biodata Info Menarik Dymm Agong Dan Permaisuri Agong Ke 16

Biodata Info Menarik Dymm Agong Dan Permaisuri Agong Ke 16

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 1204 hits
Daulat Tuanku Daulat Taunku Daulat Tuanku Merafak sembah dan setinggi ucapan tahniah buat Sultan dan Tunku Ampuan Pahang atas pertabalan sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raj...
Fakta Fakta Menarik Setakat Ini Mengenai Najib Src Dan 1mdb

Fakta Fakta Menarik Setakat Ini Mengenai Najib Src Dan 1mdb

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 379 hits
Kuala Lumpur Chronicle 1 PERBICARAAN SRC Perbicaraan setakat ini banyak berpihak kepada Najib kerana pihak pembela telah berjaya membuktikan bahawa bekas Pengurus Ambank Joanna Yu bersama Jho Low dan Nik Faisal telah menyembunyikan banyak t...
Berita Dan Inisiatif Menarik Kerajaan Ph Yang Penyokong Umno Pas Tak Hebahkan

Berita Dan Inisiatif Menarik Kerajaan Ph Yang Penyokong Umno Pas Tak Hebahkan

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 380 hits
Banyak berita dan inisiatif menarik yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan sepanjang Julai lalu yang mungkin anda terlepas pandang Justeru kami rangkumkan berita tersebut di sini 1 Tabung Haji semakin kukuh di bawah kerajaan PHPelan ras...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi