Innalillah Prebet Tawil Meninggal Dunia


 



KUALA LUMPUR - Bintang filem Prebet Lapok, Tawil, 68, menghembuskan nafas terakhir selepas sesak nafas di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Aman, Kepong, di sini, jam 2.15 pagi ini.

Berita pemergiannya disahkan oleh isteri, Azah Abdul Kahar, 62, yang berada di sisi ketika arwah meninggal dunia secara mengejut.

"Arwah kejutkan saya minta tolong sapukan minyak pada bahagian dada apabila sesak nafas secara tiba-tiba, jam 1 pagi.

"Ketika sapukan minyak, nafasnya seperti tercungap-cungap.

"Arwah selalu sesak nafas dan semput, sejak kebelakangan ini. Sebelum ini, arwah tiada penyakit semput," katanya ketika dihubungi BH Online.

Allahyarham Tawil atau nama sebenarnya, Abu Bakar Ahmad bukan hanya dikenali sebagai pelawak pentas, malah banyak membintangi drama dan filem serta bergelar pengacara sekitar 1970-an dan 1980-an.

Mula mencipta kemasyhuran menerusi filem Prebet Lapok arahan Allahyarham Datuk Aziz Sattar, gelagat lucu dan kerenah arwah bersama bintang utamanya, AR Badul menjadi sebutan ramai.

Malah, gandingan dua bintang dalam filem bergenre patriotik yang sarat elemen komedi ringan itu mampu meniupkan roh semangat perjuangan hinggakan ramai anak muda tertarik menyertai pasukan angkatan tentera pada 1979.

Filem Prebet Lapok adalah penampilan pertama arwah menerusi layar perak pada usia 29 tahun, selepas hampir lapan tahun bergiat aktif dalam dunia pementasan teater dan bangsawan.

Selain itu, arwah turut membintangi deretan filem hebat seperti Darah Satria, Setinggan, Da Di Du, Serampang Tiga, Penyamun Tarbus dan banyak lagi.

Sepanjang hidupnya Tawil membintangi kira-kira 500 drama, filem, teater dan bangsawan sejak usia 19 tahun.

Azah berkata, dia memanggil jiran untuk mengalihkan arwah yang duduk atas kerusi.

"Saya sempat mengesat air liur yang meleleh, sebelum sibuk menghubungi anak-anak dan ambulans.

"Arwah renung wajah saya, sebelum pejam mata. Ketika dialihkan atas katil, arwah masih bernafas, cuma nadinya semakin perlahan.

"Bagaimanapun, pegawai perubatan yang tiba bersama ambulans mengesahkan arwah sudah tiada. Saya percaya arwah menghembuskan nafas terakhir atas katil tanpa saya sedari," katanya.

Katanya, dia reda atas pemergian suami, apatah lagi, meninggal dunia pada pagi Jumaat.

"Bagaimanapun, saya agak sedih mengenangkan arwah sempat mencapai telefon bimbit ketika nafas tercungap-cungap.

"Saya tahu arwah mahu menghubungi anak-anaknya. Mungkin mahu bercakap buat kali terakhir, tetapi tidak sempat.

"Apapun, saya reda arwah pergi pada penghulu hari. Arwah juga pergi dengan tenang dan cukup mudah," katanya yang masih menggeletar seluruh badan akibat pemergian mengejut suaminya.

AL-FATIHAH.

SUMBER : BERITA HARIAN/Wartawan: Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/innalillah-prebet-tawil-meninggal-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Khas Timbalan Menteri Kpwkm Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Pegawai Khas Timbalan Menteri Kpwkm Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 317 hits
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff menyifatkan Kumutha Raman sebagai kakitangan yang sangat baik serta komited dalam tugasnya PETALING JAYA Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Ke...
Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia

Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 394 hits
SURI LAILABapa kepada pendakwah bebas Ebit Lew meninggal dunia hari ini Ebit memaklumkan perkhabaran sedih itu melalui perkongsiannya di Facebook sebentar tadi Beliau memaklumkan ketika ini sedang dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untu...
Hiburan Ya Allah Inilah Ayahku Yang Sangat Baik Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia

Hiburan Ya Allah Inilah Ayahku Yang Sangat Baik Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 388 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsian di laman sosial memaklumkan bapanya Ibrahim Lew telah meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi Dalam hantaran itu Ebit berkata dia dalam perjalanan ke hospital untuk membawa...
I Love You Bapak Bapak Pergi Dulu Nanti Ebit Sampai Bapa Ebit Meninggal Dunia

I Love You Bapak Bapak Pergi Dulu Nanti Ebit Sampai Bapa Ebit Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 402 hits
BAPAK saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia Ya ALLAH beratnya rasa ujian ini
Ibu Bersalin Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Meluluhkan Hati

Ibu Bersalin Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Meluluhkan Hati

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 445 hits
Gambar Hiasan Ibu bersalin meninggal dunia akibat Covid 19 meluluhkan hati Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Samhan Awang berkongsikan kisah sedih mengenai ibu yang bersalin di hospital hari ini Katanya seramai tiga ibu hamil...
Ya Allah Sayu Hati Kami Akibat Covid 19 Bayi 38 Minggu Meninggal Dunia Ibu Masih Di Icu

Ya Allah Sayu Hati Kami Akibat Covid 19 Bayi 38 Minggu Meninggal Dunia Ibu Masih Di Icu

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 363 hits
Seorang bayi lelaki berusia 38 minggu meninggal dunia akibat Covid 19 antara korban termuda sejak pandemik Covid 19 melanda negara Lebih memilukan apabila ibu bayi itu difahamkan masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital di...
Influencer Meninggal Dunia Selepas Jalani 3 Pembedahan Kecantikan Sekali Gus

Influencer Meninggal Dunia Selepas Jalani 3 Pembedahan Kecantikan Sekali Gus

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 277 hits
Seorang influencer bernama Xiaoran di China dilaporkan meninggal dunia setelah menjalani pembedahan plastik yang sepatutnya mengubah penampilannya tetapi telah meragut nyawanya nbsp Xiaron meninggal dunia kerana organnya gagal berfungsi pad...
Beginilah Keadaan Kubur Jemaah Haji Jika Meninggal Dunia Di Mekah

Beginilah Keadaan Kubur Jemaah Haji Jika Meninggal Dunia Di Mekah

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 729 hits
BEGINILAH KEADAAN KUBUR JEMAAH HAJI JIKA MENINGGAL DUNIA DI MEKAHMATI itu pasti Kematian datang menjemput tidak kira dimana kita berada dan tepat pada masanya Tidak terlebih ataupun kurang walau satu saat sekalipun Lazimnya jika seseorang i...
Update 4 Jemaah Malaysia Kini Disahkan Meninggal Dunia Seorang Dijumpai Selamat

Update 4 Jemaah Malaysia Kini Disahkan Meninggal Dunia Seorang Dijumpai Selamat

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 322 hits
UPDATE 4 JEMAAH MALAYSIA KINI DISAHKAN MENINGGAL DUNIATIGA LAGI JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DIKENALPASTI DAN SEORANG JEMAAH HAJI TELAH DIKESANSetakat ini seramai empat jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam kejadian runtuhan ...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital