Inisiatif Murni Kumpulan Syarikat Suria Klcc Menyantuni Petugas Barisan Hadapan




Inisiatif Murni Kumpulan Syarikat Suria KLCC Menyantuni Petugas Barisan Hadapan. | Assalammualaikum semua! Semakin hari, semakin meningkat jumlah pesakit positif COVID-19 dan pastinya mereka yang kita lihat sentiasa bertungkus lumus adalah petugas barisan hadapan. Jom kita sama-sama putuskan rantaian COVID-19 dengan duduk diam-diam di rumah. Jika anda ingin membeli barang-barang keperluan harian di pusat membeli-belah pastikan tahu SOP had masa yang telah MKN tetapkan iaitu selama 2 jam sahaja. Kita yang patuh SOP juga penat macam petugas barisan hadapan. Ruby doakan kita semua selamat. InsyaAllah.

Inisiatif Murni Kumpulan Syarikat Suria KLCC Menyantuni Petugas Barisan Hadapan.
Dalam kita lakukan self-lockdown, self-quarantin dan menjaga SOP, kita juga telah membantu menyelamatkan diri dan keluarga. Kita hanya perlu teruskan lagi. Ruby nak kita semua terus banyak-banyak bersabar. Jom sementara kita duduk santaibdi rumah, Ruby ingin berkongsi berita yang bermanfaat dan ia adalah amal kebajikajan yang wajib diteruskan jika berkemampuan. Ia adalah sedekah dan derma. Tiga pusat membeli-belah milik Kumpulan Syarikat Suria KLCC menyumbang barangan makanan dan penjagaan diri kepada pasukan petugas barisan hadapan kerajaan dan anggota polis di Lembah Klang di samping memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim di Kemaman.

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Kumpulan Syarikat Suria KLCC telah menyumbangkan barangan bernilai RM35,000 kepada pasukan petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Putrajaya yang diharapkan dapat memberikan keceriaan kepada mereka. Sumbangan barangan makanan dan penjagaan diri ini merupakan tanda penghargaan atas dedikasi dan kerja keras pasukan ini yang sedaya-upaya mengekang wabak Covid-19. 

Ketika bulan Ramadhan pada Pada 5 Mei 2021 yang lalu, Suria KLCC telah menyumbangkan barangan makanan benilai RM20,000 kepada lebih 3,500 pasukan petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh untuk mempermudahkan mereka berbuka puasa dengan juadah yang telah dipesan khas oleh Suria KLCC dari salah sebuah restoran yang beroperasi di pusat membeli-belah itu, iaitu Serai, beserta kueh raya. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur oleh Pengurus Komunikasi Korporat Suria KLCC, Sherina Khairi.

Pada 3 Mei pula, pusat membeli belah Alamanda Putrajaya telah mengagihkan barangan makanan bernilai RM15,000 beserta bubur lambuk kepada pasukan barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya dan pasukan polis daerah Putrajaya. Ianya telah diserahkan oleh Pengurus Besar pusat membeli belah Alamanda Putrajaya, Ameer Thajudeen kepada Timbalan Pengarah Pentadbiran Hospital Sungai Buloh, Puan Nur Hazwani Binti Rabuan yang menerima bagi pihak Hospital Putrajaya dan ACP Hj. Mohd Fadzil Bin Ali, OCPD Putrajaya.

Di Pantai Timur pula, Mesra Mall meneruskan tradisi menceriakan masyarakat tempatan dengan menyumbangkan duit raya kepada 25 anak yatim dari Sekolah Kebangsaan Kemasek bernilai RM250 pada 2 Mei 2021. Ketika majlis itu juga, anak-anak yatim ini juga menerima barangan makanan sumbangan peniaga-peniaga di pusat membeli belah ini seperti Siti Khadijah, Big Apple Donuts & Coffee, Al-Ikhsan, Nasi Kandar Hameed, Muslym Shop, Yong Tau Foo dan Rasa Sayang. Pengurus Besar Mesra Mall, Baldev Singh telah menyampaikan duit raya dan barangan makanan tersebut kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kemasek, Encik Mokhtar Bin Mohamad Desa di perkarangan Mesra Mall. Sebelum itu, pada 29 April, Mesra Mall juga telah menyerahkan bubur lambuk kepada pekerja barisan hadapan pegawai keselamatan dan pasukan Bomba di dalam Daerah Kemaman sempena sambutan Nuzul Quran.
Ketua Pegawai eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Ketika negara berusaha menangani pandemik ini, Suria KLCC berbesar hati untuk sama-sama memainkan peranan menjadikan pusat membeli belah kami selamat untuk membeli belah dan menjamu selera. Sebagai pemilik pusat membeli belah yang bertanggungjawab, kami sentiasa buat yang terbaik bagi memastikan kebersihan diutamakan untuk pelanggan kami pada setiap masa untuk terus berganding bahu dengan pasukan barisan hadapan dalam membanteras pandemic ini.”

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd 
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Inve5stors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia.

Untuk info lanjut mengenai pusat membeli belah, sila layari:
Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Mesra Mall - www.mesramall.com.my / www.facebook.com/MyMesraMall


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/05/inisiatif-murni-kumpulan-syarikat-suria-klcc-menyantuni-petugas-barisan-hadapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maggi Sedia 130 000 Mangkuk Bubur Lambuk Penuh Khasiat Untuk Wira Barisan Hadapan Dan Komuniti Yang Memerlukan

Maggi Sedia 130 000 Mangkuk Bubur Lambuk Penuh Khasiat Untuk Wira Barisan Hadapan Dan Komuniti Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 295 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMAGGI SEDIA 130 000 MANGKUK BUBUR LAMBUK PENUH KHASIAT UNTUK WIRA BARISAN HADAPAN DAN KOMUNITI YANG MEMERLUKANSemangkuk bubur lambuk merupakan sajian wajib setiap bulan Ramadan dan dianggap sebagai juadah ...
Bdr Sepenuhnya Bagi Penjawat Awam Kecuali Barisan Hadapan

Bdr Sepenuhnya Bagi Penjawat Awam Kecuali Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR Mohd Zuki PUTRAJAYA Petugas di sektor perkhidmatan awam akan bekerja dari rumah sepenuhnya sepanjang penutupan sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown kecuali barisan hadapan termasuk bahagian keselamatan per...
Petugas Pusat Jagaan Anak Yatim Didakwa Atas 100 Pertuduhan Kes Amang Seksual

Petugas Pusat Jagaan Anak Yatim Didakwa Atas 100 Pertuduhan Kes Amang Seksual

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 221 hits
IPOH 3 Jun Seorang kakitangan pusat jagaan anak yatim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 100 pertuduhan melibatkan 34 kes amang seksual dan menunjukkan kemaluan kepada dua kanak kanak lelaki sejak November hingga April lepa...
Mungkin Itu Salam Terakhir Petugas Kkm Kongsi Detik Pilu Sebelum Tidurkan Pesakit Covid 19

Mungkin Itu Salam Terakhir Petugas Kkm Kongsi Detik Pilu Sebelum Tidurkan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 278 hits
Kakitangan Kementerian Kesihatan menguruskan pesakit Covid 19 PETALING JAYA Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga itu antara perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan dipercayai luahan kakitangannya mengenai detik akhir sebelum me...
Lantik Semula 500 Petugas Kesihatan Bersara Wajib

Lantik Semula 500 Petugas Kesihatan Bersara Wajib

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh KOSMO Lebih 14 000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022 Gambar hiasanPETALING JAYA Kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihata...
1 369 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Sejak Setahun Lalu

1 369 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid 19 Sejak Setahun Lalu

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 184 hits
fina870 dijangkiti selepas terima vaksin fasa pertama PUTRAJAYA Seramai 870 petugas kesihatan dijangkiti wabak COVID 19 kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Perkara itu dikesan selepas mereka mendapat dos vaksin menerusi fasa per...
Razia Rutan Siak Petugas Temukan Kotak Make Up Hingga Handphone

Razia Rutan Siak Petugas Temukan Kotak Make Up Hingga Handphone

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 186 hits
Saat razia berlangsung petugas menemukan sejumlah barang bukti seperti handphone power bank kartu remi kabel handsfree kabel USB kartu gaple kotak make up balsem alat cukur sikat gigi parfum cermin paku pemotong kuku dan puluhan korek api g...
Kemenkum Ham Jamin Perlindungan Hukum Bagi Petugas Lapas Tangani Napi Terorisme

Kemenkum Ham Jamin Perlindungan Hukum Bagi Petugas Lapas Tangani Napi Terorisme

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 202 hits
Aturan tersebut kemudian diperkuat dengan terbitnya Permenkum HAM Nomor 66 Tahun 2016 tentang Pemberian Bantuan Hukum di Lingkungan Kementerian Hukum dan HAM
Tiga Ciri Penting Memilih Krim Tabir Suria

Tiga Ciri Penting Memilih Krim Tabir Suria

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 185 hits
Krim tabir suria atau sunscreen adalah produk terakhirnya yang perlu anda sapu dalam rejim penjagaan kulit wajah setiap hari Selagi tidak dilindungi dengan krim ini tidak lengkaplah rejim penjagaan anda Setiap hari kulit kita terdedah kepad...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan