Kucing Pallas atau nama saintifiknya Otocolobus manul merupakan antara kucing yang tersangat jarang ditemui. Kucing ini juga digelar sebagai Manul, diambil dari perkataan Mongolia. Kucing Pallas (Otocolobus manul) dikenali dengan rupa yang luar biasa, dan menarik, wajah yang rata dan bulat, berbadan gempal, berbulu tebal dan sangat gebu menjadikannya kelihatan lebih gemuk dan eksklusif.
Otocolobus manul mempunyai anak mata yang kecil dan bulat berbanding kucing lain yang mempunyai anak mata memanjang. Bulunya yang tebal membantu kucing ini hidup dikawasan bersalji dan boleh berubah mengikut musim.
Kucing Pallas melalui dua fasa warna utama. Pada musim sejuk, bulunya berwarna kelabu dan lebih seragam, sedangkan pada musim panas ia mempunyai lebih banyak jalur dan warna kuning tanah pada bulunya. Selain itu manul mempunyai corak seperti gelang berwarna hitam pada ekor mereka, bintik-bintik hitam yang tersebar di dahi, dan jalur gelap dari mata hingga ke pipi. 


|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |