Inilah Perbezaan Emas Kuning Emas Putih Dan Rose Gold
Inilah Perbezaan Emas Kuning, Emas Putih Dan Rose Gold!. Tengah trend sekarang, orang suka beli emas. Tapi, emas yang macam mana?
Ha, buat korang yang tak tahu, emas ini ada macam-macam bentuk dan jenis. Kita ada emas syiling, emas jongkong atau yang masyhur dikalangan wanita, iaitu barang kemas.
Bila tengok di kedai emas, kita akan nampak barang kemas cantik-cantik tak kira emas kuning, emas putih atau rose gold. Mesti pening nak pilih.
Jom kita ambik tahu perbezaan tiga jenis emas yang tersohor di Malaysia ini.
1. Emas Kuning
Emas kuning adalah paling tinggi karatnya. Tahap ketinggian karatnya adalah 24K atau dikenali sebagai emas 999atau 99.9. Emas 999 biasanya dalam bentuk gold bar. Emas 999 tidak sesuai untuk buat barang kemas sebab sifat emas yang terlalu lembut.
Nilai emas jenis ini paling mahal kalau kita jual semula, nilai pun lebih tinggi daripada jenis emas lain. Oleh itu pelaburan emas 999 semakin mendapat sambutan dalam pasaran. Lagi-lagi dan ada serendah 0.1g untuk seseorang memiliki emas. “Affordable price” kata orang bagi orang yang nak mula melabur.
Sebaliknya emas kuning yang sentiasa kita nampak dekat kedai barang kemas tu biasanya emas 916 yang dah dicampur dengan logam lain. Kenapa dicampur? Agar perhiasan tahan lama dan lasak.
Sebahagian wanita memang memakai barang kemas hari-hari. Memang tak lepas cincin, gelang dan rantai tu. Walau dah pakai lasak sekalipun nilainya tetap tinggi berbanding emas putih lagi-lai rose gold. Yang best, nilai kandungan emasnya masih 91.6%
2. Emas Putih
Kandungan emas di dalam emas putih ini adalah kurang. Kandungan emas didalamnya juga berbeza-beza. Ada yang kandungan emas 75% dan dikenali sebagai emas 750. Ada 37.5% emas dan dipanggil emas putih 375 atau lebih dikenali sebagai suasa. Ini dikeranakan, terdapat logam lain yang ducampur bersama dengan emas ini, maka nilai emas juga turut susut.
Peminat emas putih kebanyakan dari kalangan orang muda yang mungkin tidak suka warna emas yang keemasan itu jika dipakai. Mungkin disebabkan itu mereka menyukai emas putih walaupun sebenarnya mereka tahu bahawa hampir tidak ada nilai di market jika nak jual balik.
Jika nak jual balik, tak banyak kedai yang mahu membeli emas putih dan kalau mereka beli pun harganya mungkin sangat-sangat murah. Sebab itulah, emas putih lebih kepada nilai sentimental daripada pelaburan.
Untuk pengetahuan anda, logam yang selalu dicampurkan dengan emas ini ialah perak, paladium dan nikel. Selalunya emas putih ini digunakan untuk menyerlahkan aura berlian dan batu permata lain.
3. Rose Gold
Dinamakan sebagai rose gold kerana warna kemeraha-merahan pada barang kemas. Warnanya yang kemerahan tu datang daripada campuran emas dengan logam lain seperti perak dan tembaga.
Jumlah peratusan emas dalam rose gold pula ialah 85.0% dan ia dikenali sebagai emas. Negeri yang popular dengan emas jenis ini ialah Kelantan. Warna kemerahan pada emas tu akan membuatkan barang kemas tak nampak pucat dan lebih terang pada orang yang memakainya.
Rose gold pula ada yang 835 dan 750. Warna merah-kemerahan pada alatan barang kemas tu trpulang pada percentage logam tembaga. Tapi anda kena beringat, lagi rendah kandungan emas, harga jual semula jauh lebih murah.
Kesimpulan
Anda disarankan untuk ambil tahu tentang jenis emas. Setiap jenis emas, ada kualitinya yang tersendiri.
Sekarang mesti anda sudah tahu logam apa yang dicampukan dalam jenis-jenis emas tersebut. Anda pun sudah tahu nilai untuk jual semula juga bergantung pada peratusan kandungan emas dalam barang kemas.
Ilmu ini boleh la anda apply pada waktu-waktu terdesak atau kecemasan. Anda bergaya dengan barang kemas sekalipun, sedar atau tidak, anda sedang membuat pelaburan jangka panjang. Jadi, masih fikir-fikir untuk beli emas? Kalau ada duit lebih, jom beli emas!.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/09/inilah-perbezaan-emas-kuning-emas-putih-dan-rose-gold.html