Inilah Lokasi Tempat Nabi Musa Tinggal Bekerja Selama 10 Tahun Dengan Nabi Shuaib
Tidak ramai yang mengetahui tempat di mana Nabi Musa tinggal sebelum baginda menjadi Nabi Allah dan dihantar dalam misi menyampaikan kebenaran kepada Firaun. Tidak banyak yang mengunjungi tempat ini, walaupun kisah dan lokasinya disebut dalam Al-Quran.
Kepentingan tempat itu terletak pada nama "Shuaib," milik Nabi "Shuaib" yang berteman dengan Musa dan menjadi ayah mertuanya. Gunung-ganang yang diukir menjadi saksi kisah abadi yang berlaku di wilayah pemerintahan Al-Bida'a, salah satu tempat bersejarah terkaya berhampiran Laut Merah.
"Magha'er Shuaib" adalah sebuah tempat bersejarah yang terletak 225 km barat laut kota Tabuk di Arab Saudi. Ini adalah tempat di mana Musa berpindah dan tinggal di situ selama satu dekad. Musa tinggal di sana untuk memenuhi syarat mas kahwin untuk mengahwini anak perempuan Nabi Shuaib sebelum baginda kembali ke Mesir untuk berdakwah ke atas Firaun dan pengikutnya supaya beriman kepada Allah Swt.
Tempat ini telah mengekalkan ciri-ciri sejarahnya, dengan fasad yang diukir. Dr. Ahmed Al Abboudi, Profesor Madya, Jabatan Arkeologi di Universiti King Saud, memberitahu Al Arabiya bahawa dia yakin lokasinya lebih tua dari "Madayen Saleh."
"Magha'er Shuaib" menurut karya penelitian dan sumber-sumbernya disebut "Madyan" pada masa lalu seperti digambarkan dalam Al-Quran, yang dikenal pada masa sekarang sebagai pemerintahan Al-Bida'a. Penyelidikan ini mengesahkan "Magha'er Shuaib" adalah tempat Nabi Musa (AS) tinggal sebelum kenabiannya sesuai dengan kisah yang terkenal dalam Al-Quran.
Al-Abboudi menunjukkan bahawa tempat itu belum diselidiki secara menyeluruh dan tidak mendapat perhatian, terutama sejak ditutup, kecuali beberapa kunjungan pejabat, di lokasi yang kekurangan perkhidmatan dan kemudahan.
Oleh kerana persamaan antara "Madayen Saleh" dan "Magha'er Shuaib" dari segi gaya pembinaan, banyak pemerhati tidak menyedari bahawa kedua-dua tapak itu berbeza dan dipisahkan sejauh kira-kira 400 km menuju Laut Merah.
Lokasi-lokasi tersebut juga mempunyai persamaan dengan "Petra" di Jordan, dari segi corak patung dan rupa serta bentuknya.
Kisah Musa dan Shuaib
Kisah dalam Al-Quran diceritakan secara terperinci sejak Musa melarikan diri dari Mesir kerana selepas berlaku kejadian di mana baginda secara tidak sengaja menyebabkan seorang lelaki yang mati, setelah melihatnya bertengkar dengan seorang Israel. Lalu Firaun memerintahkan Nabi Musa ditangkap. Mendengar berita tersebut Nabi Musa segera meninggalkan Mesir sehiggalah sampai di sebuah tempat bernama Madyan.
Musa berjalan menuju "Madyan," di seberang Laut Merah. Ketika Musa sampai di sebuah telaga, baginda melihat dua orang gadis menunggu giliran untuk mengambil air bagi haiwan ternakan mereka. Musa datang dan menawarkan pertolongannya kepada kedua orang gadis itu dan kemudian pergi ke tempat teduh. Ketika gadis-gadis itu kembali kepada ayah mereka, Nabi Shoaib, mereka memintanya memberi penghargaan kepada Musa atas pertolongannya.
Nabi Shoaib melihat bahawa Musa seorang pemuda yang bersikap sopan dan gagah berani sehingga baginda memintanya untuk tinggal bersamanya selama lapan tahun dan menawarkannya untuk menikahi puterinya. Musa menerima dan memperpanjang masa tinggalnya hingga 10 tahun.
Al-Abboudi mengatakan bahawa "Magha'er Shuaib", yang terletak di wilayah Bida'a, adalah bahagian dari barat laut Semenanjung Arab, sebuah lokasi yang menyimpan rahsia, dan prasasti yang tidak terhitung jumlahnya. "Sebahagian besar masih belum digali," katanya.
Orientalis bercakap mengenai "Magha'er Shuaib"
Sebilangan besar pelancong dan Orientalis mendokumentasikan "Magha'er Shuaib" dalam buku-buku mereka, di antaranya adalah Musil dan "Abdullah Philby" yang merujuk ke lokasi tersebut secara terperinci dan menghubungkannya dengan kisah Musa dan Shuaib. [Al Arabiya]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2020/12/inilah-lokasi-tempat-nabi-musa-tinggal.html