Inilah 5 Alasan Kenapa Anda Wajib Pergi Ke Biousahawan 2019
Sebelum ini acik ada post berkaitan bioUsahawan dan ramai yang tanya. Maka harinya sudah tiba, bermula 15-16 Mac 2019 , maknaya hari ini
Jom ramai-ramai rebut peluang yang ada,ajak rakan taulan, sanak saudara yang berminat mengenai produk-produk berasaskan bio untuk ke Kuala Lumpur Convention Centre
Diingatkan ianya bermula hari ini
Kenapa korang kena pergi juga hari ini ? Ini alasannya
Pertama : Terdapat pelbagai jenis produk-produk bio di Malaysia yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan tempatan.Di BioUsahawan ada produk-produk untuk kesihatan, penjagaan diri, kecantikan, suplemen, makanan dan pelbagai lagi
Produk-produk bio tempatan ini berkualiti tinggi, bernilai tinggi dan setanding dengan produk-produk jenama antarabangsa kerana produk-produk ini adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh syarikat-syarikat bio
Sempena BioUsahawan 2019, ada 10 set produk-produk bio untuk dimenangi. Jawab sahaja soalan di link ini ,85 Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk mengambil hadiah di BioUsahawan 2019, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019.
Kedua : Rebutlah peluang untuk bertemu dengan selebriti-selebriti favourite korang di BioUsahawan 2019 termasuklah Noryn Aziz, Salma Asis, Datin Diana Danielle, Fazlyna Ahmad Daud dan Altimet
Mereka akan jual macam-macam produk, termasuklah produk kecantikan, kosmetik, makanan, selendang dan pelbagai lagi! Juga ada produk kosmetik oleh Sarimah Ibrahim
Manakala Altimet pula akan menceritakan tentang pengalamannya dalam dunia keusahawanan bertajuk “No Plan B” pada 16 Mac pukul 3.20pm di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.Disamping bertemu mereka, dapatlah ilmu dan dengar secara langsung pengalaman-pengalaman mereka
Ketiga : Kalau di tanya acik, part inilah yang ditunggu-tunggu untuk mereka yang dahaga ilmu. Terdapat pelbagai topik menarik untuk dikupas di BioUsahawan 2019 semasa sesi panel dan bual bicara oleh pakar-pakar industri, termasuklah:
· Sesi perbincangan tentang peluang-peluang dalam dunia digital untuk meningkatkan perniagaan bagi usahawan tempatan
· Sesi perbincangan tentang dana dan pembantuan pembiayaan lain yang disediakan oleh Kerajaan, agensi dan pemain industri bagi membantu usahawan
· Sesi perbincangan tentang aplikasi teknologi dalam industri agro bagi menambah nilai produk/perkhidmatan
· Sesi penyampaian tentang produk dan perkhidmatan oleh usahawan tempatan berasaskan bio
· Lepas sesi bual bicara, boleh menang hadiah! Hadirkan diri di sesi panel ini (lihat kepada jadual di bawah), jawab soalan senang dan menangi hadiah-hadiah menarik seperti penginapan hotel, voucher makanan, produk bio dan banyak lagi
Keempat: Orang Malaysia ini hatinya mulia dan suka menderma.Ada pakaian atau kain yang tak nak dipakai? Jangan buang, derma saja ke tong Kitar-Kloth di BioUsahawan
· Kitar-Kloth adalah program kitar semula kain dengan kerjasama Kloth Cares, Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd dan Selangor Youth Community
· Dermakan kain yang telah diguna seperti pakaian, kasut, tali pinggang, beg tangan, tuala, linen atau permainan.
· Kain yang dikumpul akan diderma kepada orang yang memerlukannya atau dieksport dan diubah menjadi barang lain seperti kain lap, kerusi kereta dan bahan bantal
· Dermakan pakaian/kain anda di tapak P03 di BioUsahawan 2019 (di kawasan eFM dan #BIOCHAT) dan anda boleh menang hadiah!
· Layari https://www.instagram.com/p/BudCipmHarp/ untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini
Kelima : Korang nak datang
Daftar awal dan elakkan beratur panjang! Sebaik sahaja anda telah mendaftar, anda hanya perlu mengumpul pas pada hari yang anda akan datang
· Gunakan kod QR atau pra-pendaftaran melalui link ini https://form.jotform.com/90568850256970.Pendaftaran ke BioUsahawan 2019 adalah PERCUMA!
· Jumpa di sana nanti
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang acara BioUsahawan 2019 dengan lebih lanjut bolehlah melayari laman web www.bioeconomycorporation.my atau mengikuti kami di:-
i. Facebook:www.facebook.com/BioeconomyCorporation
ii. Twitter: twitter.com/bioeconomycorp
iii. Instagram:www.instagram.com/biousahawan
Tak rugi kalau pergi ke Biousahawan , boleh dapat ilmu, berjumpa,denga selebriti pilihan , malah dapat hadiah lagi. Jom ramai-ramai datang!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.akupenghibur.com/2019/03/Inilah-5-Alasan-Kenapa-Anda-Wajib-Pergi-ke-BioUsahawan-2019.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Seny