Inilah 4 Foto Kekasih Zamani Slam Dan Cantik Orangnya
Zamani Slam yang baru sahaja mengakhiri pertandingan Gegar Vaganza musim kelima dengan tempat ketiga dan seringkali dikaitkan dengan siapakah jodohnya. Kegagalan melontarkan suara pada lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada tempoh hari yang lepas telah memberi impak yang tinggi pada media, masyarakat dimana peminat peminat Zamani tampil menzahirkan kesedihan dan mendoakan kepadanya agar kembali pulih seperti sedia kala.
Berikut Merupakan sedikit perkongsian mengenai Biodata Zamani :
1. Bergelar vokalis kumpulan Slam dari 1994 hingga 1999, sebelum menjadi penyanyi solo sejak tahun 2002.
2. Awal tahun 2015, beliau ditangkap kerana memiliki dan mengambil d@dah, kemudiannya dirawat di pusat pemulihan.
3. Beberapa bulan menjalani rawatan, Zamani disahkan bebas daripada najis d@dah dan akhirnya kembali membuat kemunculan semula dalam dunia muzik pada tahun 2016.
4. Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Kembali Merindu, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.
5. Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.
6. Sebagai pelakon, Zamani pernah membintangi filem arahan Yusof Haslam berjudul Bara (1999), bersama Nasha Aziz dan Awie. Telefilem dilakonkannya pula ialah Syair Si Pari-Pari (2002) dan Celak Pak Andam (2009).
7. Selain meraih pelbagai pengiktirafan anugerah, kumpulan Slam yang dianggotainya juga telah mengadakan beberapa konsert berskala mega dan antara yang paling diingati ramai pastinya Konsert Grand Slam Unplugged yang berlangsung pada 3 Ogos 1996 dengan iringan gah muzik orkestra bertempat di Stadium Negara.
8. Bagaimanapun, kemunculan semula Zamani pada tahun 2016 kurang mendapat sambutan kerana beliau mendakwa single yang dikeluarkan berjudul Tambatan Hati tidak dimainkan di stesen radio hingga tidak disedari peminat.
9. Namun Zamani enggan berputus asa untuk terus mengeluarkan single berkualiti demi diterima semula dalam dunia hiburan.
10. Pada September 2018, beliau mengambil keputusan untuk menyertai rancangan realiti popular, Gegar Vaganza musim kelima, bersaing bersama 11 penyanyi iaitu Amelina, Safura, Maya Matahari, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla, Shafie (Rio), kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.
Jom Lihat Video Penuh Dibawah :
Jom lihat juga apa kata netizen, ada juga netizen yang meluahkan rasa cinta pada Zamani ya, Sweet nya kan :
Sebenarnya dah tahu Dari dulu lagi abang zamani hatinya sudah dimiliki Oleh wanita yang bernama Juliana Ni. If imbas balik and tgk YouTube beberapa klip mmg Juliana yang sentiasa bersama beliau. Malah dalam konsert Gv Juliana beberapa Kali menghadiri konsert dan berdiri di sebelah group adikabang fans club. Semasa konsert Gv yang abang zamani sakit, dapat dilihat Juliana menangis. Siapa pun jodoh beliau sebagai peminat, Kita perlu menyokong and merestui siapa pun Pilihan beliau. Honestly Saya pun meminati beliau and honestly memang jatuh hati pada beliau sejak di Zaman slam lagi, namun siapala Kita , hanyalah peminat yang beliau tidak pernah kenali pun, menyintai beliau dan ingin memiliki beliau namun di alam fantasi bukan reality kerna hatinya sudah dimiliki. Ap2 pun semoga abang zamani bahagia selamanya. Semoga jodoh berkekalan and Juliana dapat menjaga beliau smpai akhir Hayat. Amin yarobalamin
Aku terima je siapa pun jodoh Zamani…tapi aku nak bagi soalan…Kalau Zamani sakit..sanggup ke dia berkorban menjadi kaki dan tangan untuk Zamani?mungkin ibubapa perempuan tu yang belum pasti nak terima Zamani..ialah..,siapa yang mahu anak dia hidup dengan lelaki yang di ketahui dah sakit…,Moga Zamani sembuh dan sihat.Nak tengok Zamani naik pelamin dan hidup bahgia..Harap bakal isteri Zamani..terima Zamani seadanya..sanggup hidup susah senang ngan dia..
Siapa pun jodoh Zamani, ingatlah yang cik sebenarnya mengahwini semua umat Melayu dan Islam di dunia kerna beliaulah Aduka bani Adam. Cik juga memelihara warisan generasi pejuang kemerdekaan tanahair kerna beliau juga ialah Bongkok Tualang Tiga
Dah kenal lama dah memahami antara satu sama lain kawin je lah Zamani ..jgn nanti jadi mcm Ct plak lagi , dah kenal 6thn akhirnya terpisah .. Yg ni dah kenal 5thn apa lagi nak tunggu ..nanti terpisah lagi sbb tunggu lama Sgt Zamani masuk meminang ..wanita pun bosan gak jika x ada kepastian .. Jgn tunggu lama² nanti diambil org .. Apa pun semua tu berblk jodoh ..kerana jodoh ketentuan Allah .. Jika x ada jodoh mmg mcm² halangan .. Semuga segalanya berakhir dgn baik jgn ada yg patah hati lagi ..all the best for Zamani ..
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan Sila like share page Ariana Rose.
Sumber : Youtube matkepoh
The post Inilah 4 Foto Kekasih Zamani Slam Dan Cantik Orangnya appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/25/inilah-4-foto-kekasih-zamani-slam-dan-cantik-orangnya/