Ini Yang Saya Buat Untuk Tenangkan Fikiran Dan Kembali Sihat
Alhamdulillah...
Sekarang jiwa makin tenang.. Tidur pun dah ok sikit la. Tak de memikir sampai tak boleh tidur malam. Walaupun letak-letak kepala mula la otak ligat berfikir benda yang bukan-bukan tapi saya fokus kan untuk bertenang, tarik nafas, kira sampai seratus..
Lepas tu saya kedip2 kan mata banyak kali supaya mata cepat letih. Sambil2 tu layan drama korea, filem tamil, drama China.. Hehehe.. Lama2 mata mengantuk tak de dah nak fikir benda bukan2 sebelum tidur.
Memang la jauh dari sosial media ni, saya macam tak tahu isu semasa.. Tapi buat apa sibuk nak tahu isu semasa kalau fikiran tak tenang.Kan??
Apa-apa pun kena la utamakan diri sendiri. kadang-kadang tu saya buka juga facebook dan twitter. scroll juga untuk tengok cerita2 yang viral tapi bila terbaca saja komen yang tak elok, bergaduh, saling hina menghina cepat2 saya tutup dan sambung main candy crush .
Saya stress bila tengok benda2 macam tu. Walaupun tak de kena mengena dengan saya tapi bila tengok benda-benda gitu terus otak saya ligat berfikir apa yang betul apa yang salah. Lepas tu saya tension sorang-sorang bila makin banyak komen-komen yang jahat.
Apa yang saya buat untuk tenangkan fikiran dan jauh dari memikirkan sesuatu yang tak pasti?
1- tonton drama dan filem
2- berdiet dan mula bersenam.
3- Main game :)
4- pastikan untuk mengaji setiap malam
5- kurangkan melayan sosial media
Bila saya baca ramai orang sekarang yang mengalami anxiety, saya mula dapat rasa yang saya menuju kearah itu. setiap malam susah nak tidur. Saya banyak berfikir pasal mati, sakit, dan macam2 lagi hal yang kebanyakan nya tak pasti dan remeh,
Saya tak suka keluar rumah. Lebih suka duduk dalam rumah dan rasa selamat. Bila nak keluar saya mula rasa rimas. Rasa nak cepat2 balik.
Benda2 macam tu memang suami saya tak perasan tapi saya banyak terbaca perkongsian ramai yang dah mengalami anxiety ni dan saya macam dapat rasa yang saya menuju ke arah tu. Sebab tu saya rasa saya perlu buat sesuatu dengan segera supaya benda ni tak melarat.
Walaupun mungkin ianya bukan tanda2 awal anxiety tapi rasanya tak salah untuk saya bertindak awal.Tak rugi pun..kan.?
Buat masa sekarang belum tergerak nak aktif di sosial media lagi. Saya perlu pentingkan kesihatan saya. Mula-mula dulu saya terfikir nak delete semua akaun sosial media. tapi suami tak bagi .Katanya perlu juga tahu isu semasa. Facebook dan twitter pun banyak bagi info semasa.
So saya hold kejap niat saya nak delete akaun sosial media tu. Tengok keadaan masa depan macam mana. Buat masa ni semuanya hanya di blog sahaja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/01/ini-yang-saya-buat-untuk-tenangkan.html