Ini Rahsia Dan Petua Amalan Mudah Hidup Sihat


Ini Rahsia Dan Petua Amalan Mudah Hidup Sihat. HARI-HARI akan terlintas dalam fikiran kita akan amalan hidup sihat untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik. Kita terfikirkan amalan hidup sihat ketika memandu kereta, ketika mahu tidur, ketika mahu bertakbiratul ihram untuk solat, ketika mengaminkan doa imam, ketika buang air besar dan lain-lain lagi.



Ini Rahsia Dan Petua Amalan Mudah Hidup Sihat Kita kadangkala terfikir apakah amalan hidup sihat serta bagaimana mahu menjalani hidup yang lebih bermakna.


Kalau anda tidak pernah terfikirkan amalan hidup sihat sebegitu, anda tidak perlu meneruskan pembacaan tulisan ini.


Tapi jika anda sering terfikirkan apakah amalan hidup sihat, anda boleh mengamalkan 10 petua di bawah setiap hari untuk menjadikan diri anda seorang yang lebih baik kehidupannya:
Ini 10 Petua Amalan Mudah Hidup Sihat 

1) Keluar ambil angin

– Kurangkan terperap dalam bangunan, keluar ambil angin di kedamaian alam sekitar. Jangan kita memandang remeh keupayaan aktiviti menikmati alam sekitar ini kerana kajian membuktikan ia mampu menurunkan kadar stres, menguatkan memori, meningkatkan kreativiti dan juga menjadikan anda seorang yang lebih baik. (Amalan hidup sihat ini bersumberkan dari “Underestimating Nearby Nature, Affective Forecasting Errors Obscure the Happy Path to Sustainability”: Psychological Science.


2) Bersenam

– Jangan asyik duduk tengok TV, pergi bersenam. Bila sebut sahaja bersenam, semua orang akan bosan, sebab bersenam memang diakui manfaatnya tapi hampir semua orang tak peduli untuk amalkan. Sedangkan amalan hidup sihat dengan bersenam terbukti mampu menjadikan anda lebih bijak, membuatkan anda mudah tidur, menjadikan anda rasa selesa dengan tubuh badan anda dan juga membuatkan sistem ranGsangan seks anda berfungsi lebih baik. Malah kajian daripada Harvard menjejaki mereka yang bersenam selama 72 tahun membuktikan ia adalah rahsia amalan hidup sihat.


3) Bersama dengan kawan-kawan dan keluarga

– Jangan asyik habiskan masa buat kerja, penuhkan juga masa anda bersama dengan kawan-kawan dan juga keluarga. Kajian daripada Harvard mendapati aktiviti sosial ini merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada amalan hidup sihat dan kebahagiaan hidup. Ada masyarakat yang hidup lama menjadikan amalan bersosial dengan kawan dan keluarga lebih penting daripada bersenam dan mereka hidup sihat. Kawan-kawan amat penting untuk membaiki kehidupan anda, kongsi kegembiraan dengan mereka dan lahirkan rasa bahagia apabila kawan anda gembira. Kesunyian merupakan salah satu daripada punca serangan jantung dan kencing manis.


4) Nyatakan rasa syukur dan terima kasih anda secara ikhlas.

- Ada dua rasa yang berbeza apabila berlaku pencapaian yang baik. Satu kita akan rasa bangga dan satu lagi kita rasa bersyukur. Kebiasaannya perasaan bangga terjadi banyak pada mereka yang hipokrit manakala perasaan bersyukur berlaku pada mereka yang jujur. (amalan hidup sihat ini bersumberkan dari: “Moral Hypocrisy, Of Proud and Grateful People” from Social Psychological and Personality Science). Sentiasa luahkan rasa syukur anda dengan kehidupan, masih bernyawa, merasai lazat makanan, meneguk air membasahkan tekak, semua itu jika kita hayati membuatkan kita menjadi berbeza.


5) Kurangkan mengata dan lebihkan bertafakur

– Sebagai orang Islam, sia-sia jika kita tidak ambil kesempatan bertafakur dalam solat kita, dalam zikir kita dan dalam wirid selesai daripada solat lima waktu kita. Kajian membuktikan amalan hidup sihat dengan bertafakur membuatkan manusia bahagia, hilangkan stres, hilangkan kegelisahan, hilang keletihan, hilang marah, rasa hidup bermakna dan kuatkan daya tumpuan.


6) Jangan terlalu berjaga, tidur secukupnya.

- Tidak ada orang yang boleh menipu dirinya sendiri apabila dia tidak cukup tidur. Anda menjadi manusia yang langsung tidak cekap apabila keletihan. Kurang tidur membuatkan anda keletihan. Kurang tidur juga memungkinkan anda berperangai sewel, kurang tidur juga membuatkan anda mudah sakit. Mereka yang cukup tidur biasanya mudah membuat keputusan yang baik. Oleh itu jangan abaikan amalan hidup sihat ini dan perhatikan masa tidur anda.


7) Cabar sedikit diri anda

– Jangan hanya mahu benda senang sahaja, cabar sedikit diri anda dengan melakukan perkara yang berbeza. Belajar bahasa baru salah satu daripada cara mencabar diri anda. Berbahas isu penting dan berhujah juga salah satu daripada aktiviti mencabar. Amalan hidup sihat dengan melaksanakan azam yang kecil setiap hari juga mampu meningkatkan tahap kesabaran dan nekad anda dan ia sebenarnya lebih penting untuk kejayaan hidup melebihi daripada ketinggian IQ.


8) Jangan hanya serius sepanjang masa, ketawalah.

- Amalan hidup sihat dengan tersenyum atau ketawa membuatkan sistem ketahanan penyakit kita meningkat. Ketawa membuatkan risiko serangan jantung dan strok kita berkurang dan ketawa menguatkan perhubungan. Mereka yang suka ketawa lebih tahan rawatan pergigian dan mereka biasanya hidup lebih panjang.


9) Sentuh dan belai orang kesayangan anda

– Anda tidak ada anak, segeralah usahakannya, jika tak ada isteri carilah satu. Bila anda ada anak-anak, bila anda ada isteri (-isteri), jangan lupa belai mereka setiap hari. Amalan hidup sihat dengan sentuhan membuatkan kita hilang stres, membuatkan kita erat perhubungan. Mendakap seseorang yang kita cinta membuatkan kita bahagia. Melakukan seks dengan pasangan kita mengurangkan risiko serangan jantung dan risiko kanser, seks juga menguatkan sistem imun kita dan seks juga membuatkan kita panjang umur.


10) Jadilah orang optimis.

- Jangan putus harap, yakinkan dengan penuh harapan pada segala yang positif. Mereka yang optimis lebih hidup bahagia, mereka juga sihat dan kuat jiwa dan mereka yang kuat keyakinan biasanya lebih tinggi prestasinya. Jangan lupakan amalan hidup sihat ini.


Jika kita lihat kesemua senarai di atas, kesemuanya adalah perkara yang terlalu ringkas dan mudah untuk kita laksanakan. Jadi mengapa kita hendak susahkan hidup kita untuk berjaya dengan melakukan pelbagai perkara yang sukar. Kehidupan tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang sukar.


Sumber: http://hidupringkas.com/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaomg.blogspot.com/2021/03/ini-rahsia-dan-petua-amalan-mudah-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Amalan Kecil Yang Anda Boleh Mula Sekarang Untuk Buat Perubahan Besar Dalam Hidup

5 Amalan Kecil Yang Anda Boleh Mula Sekarang Untuk Buat Perubahan Besar Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 341 hits
Secara umum anda boleh pilih dua cara untuk buat perubahan besar dalam hidup Cara Pertama Dengan melakukan satu perkara yang drastik dan dramatik Contohnya seperti sertai program transformasi hidup yang The post appeared first on
13 Petua Sihat Oleh Pakar Kesihatan

13 Petua Sihat Oleh Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 285 hits
13 Petua Sihat Oleh Pakar Kesihatan Makanan berminyak berlemak serta lambakan jenis manisan di pasaran menjadi petanda awal dunia bakal kehilangan spesis manusia dalam tempoh lebih cepat Mungkin kedengaran sungguh kasar tetapi ia hanya kias...
Petua Hidup Tenang

Petua Hidup Tenang

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 339 hits
Assalamualaikum wbt Selamat pagi olls Dah sarapan belum Sebelum kerja pergi sarapan dulu yekk Baru best buat kerja Tenang aje Ye dak Okeh Pagi ni aku nak kongsi tips atau petua untuk mendapatkan hidup yang tenang Bagaimana haaa ni la yang a...
Janna Nick Kongsi Rahsia Kebahagian Akui Hidup Macam Kena Control Dengan Dini Schatzmann

Janna Nick Kongsi Rahsia Kebahagian Akui Hidup Macam Kena Control Dengan Dini Schatzmann

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 588 hits
Romantis betul tengok pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann Keserasian pasangan ini dapat dilihat menerusi beberapa buah drama yang dibintangi oleh mereka berdua Antaranya Marry Me Senorita Delen dan banyak lagi
10 Petua Melicinkan Tumit Kaki Dengan Bahan Murah Dan Mudah

10 Petua Melicinkan Tumit Kaki Dengan Bahan Murah Dan Mudah

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 652 hits
10 Petua Melicinkan Tumit Kaki Dengan Bahan Murah Dan Mudah Geram sungguh bila tengok tumit kaki merekah dan kasar apatah lagi bila nampak jelas hingga hilang rasa keyakinan pada diri Jom 10 Petua Melicinkan Tumit Kaki Dengan Bahan Murah Da...
5 Petua Mudah Lembutkan Daging Masakan

5 Petua Mudah Lembutkan Daging Masakan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 436 hits
5 petua mudah lembutkan daging masakan Assalamualaikum dan salam sejahtera Buat pengemar masakan berkaitan daging mesti rasa tak suka makan daging yang liat kan Aku sendiri pengemar daging Jadinya bila makan daging yang liat tu rasa kecewa ...
Resepi Potato Au Gratin Menu Mudah Simple Nak Buat Teramat Sedap

Resepi Potato Au Gratin Menu Mudah Simple Nak Buat Teramat Sedap

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 373 hits
Buntunya nak masak hidangan sarapan atau makan makan kan Nak masakkan air tangan untuk anak tapi rasa penat nak masak menu berat Resipi Potato Au Gratin ini pilihan paling tepat untuk mama jimat masa Bukan saja kenyang kerana diperbuat dari...
Sangat Mudah Tan Sri Bakri Zinin Puan Sri Nisa Bakri Kongsi Resipi Ikan Liking Homemade Cara Brunei

Sangat Mudah Tan Sri Bakri Zinin Puan Sri Nisa Bakri Kongsi Resipi Ikan Liking Homemade Cara Brunei

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 612 hits
Perintah Kawalan Pergerakan memberikan banyak ruang dan untuk bersama keluarga Pelbagai aktiviti boleh dilakukan yang tentunya saat ini sangat perfect untuk melakar kenangan manis bersama Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan ten...
Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Online Mudah Saja Cubalah Mana Tahu Dapat Duit Terpijak

Cara Semak Wang Tak Dituntut Secara Online Mudah Saja Cubalah Mana Tahu Dapat Duit Terpijak

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 397 hits
Sebelum ini pernah viral info tentang wang tak dituntut Tapi dulu kita kena pergi ke agensi yang terbabit untuk semata mata untuk periksa ada atau tidak wang tersebut
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid