Ini Perkampungan Muslim Di Wuhan China
Mulai Dikenali Selepas Koronavirus Melanda
SEBUT sahaja Wuhan sudah tentu ramai yang terus memikirkan keadaan gawat yang mulai melanda kawasan itu ekoran wabak Koronavirus yang menyerang sejak pertengahan bulan Januari lepas.
Daerah di China tersebut telah dilaporkan terdapat beribu kes positif koronavirus serta ratusan kematian sudah berlaku. Jadi, tidak hairanlah bandar tersebut tiba-tiba sahaja popular dalam kalangan orang luar.
Perkampungan Islam di Wuhan
Menyingkap mengenai penduduk disana, terdapat satu kawasan perkampungan orang-orang Muslim yang mengamalkan cara hidup Islam dalam kegiatan harian.
Hal ini telah dikupas menerusi satu video yang mulai tular selepas koronavirus melanda Wuhan. Dokumentari pendek dari saluran Youtuber Indonesia ini menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan penduduk Muslim disana.
Tak susah cari makanan halal
Kampung yang dikenali sebagai Qiyi Muslim Village ini didiami oleh pelbagai etnik di China dan sebahagian besarnya adalah Muslim. Mereka mengamalkan cara hidup sederhana dengan berniaga di pasar serta kedai-kedai makanan halal.
Daging yang dijual halal & bermutu
Apabila tiba disana, orang luar terutamanya umat Islam tidak perlu gusar dengan bahan basah kerana sememagnya halal dan diproses oleh mereka yang beragama Islam.
Walau bagaimanapun, ia sedikit mahal tetapi perkara tersebut tidak menjadi masalah kerana bahan basah disana segar dan bermutu.
Ada masjid dan imam yang bertugas
Di Qiyi Muslim Village turut mempunyai masjid yang sentiasa hidup kerana sememangnya dihadiri oleh para jemaah apabila tibanya waktu solat fardu.
Dokumentari yang dibuat oleh Muhammad Hanif Hasballah ini mulai mendapat perhatian selepas wabak koronavirus menyerang kawasan tersebut.
Walau bagaimanapun, dokumentari itu sedikit sebanyak menyingkap satu sisi lain Wuhan yang ternyata mempunyai perkampungan Islam dalam kelompok 11 juta penduduk daerah tersebut seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Tonto video penuh disini:Sumber :Muhammad Hanif Hasballah
Lihat vieo sebelum ini..
Perkampungan Muslim Di Wuhan China. Solat Jumaat. ...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/ini-perkampungan-muslim-di-wuhan-china.html