Ini Nasihat Sultan Perak Kepada Mereka Yang Punya Kuasa
Harits Asyraf Hasnan

Sultan  Nazrin mengingatkan para pemimpin bahawa semakin tinggi kedudukan seseorang insan, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat kakinya  pernah berpijak. - Foto Jabatan Penerangan KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan setiap mereka  yang diberi kuasa untuk tidak leka dalam menjalankan amanah
 Titah baginda, mereka yang diberi kuasa perlulah cekal menegakkan yang makruf dan tegas menentang yang mungkar
 “Kekuatannya, perlindungan ke atas dirinya dan benteng ketahanan kepada dirinya datang daripada ILAHI
 “Dia  tidak perlu menawarkan sogokan atau imbuhan untuk mendapat sokongan  yang belum terjamin berkembar dengan kesetiaan; begitu juga, dia tidak  perlu melakukan ugutan atau ancaman untuk membina kekuatan diri, kerana  kekuatan yang diperoleh secara demikian, teramat rapuh sifatnya,” titah  baginda
 Baginda  bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah  Jawatan Menteri Besar Perak Ke-14, Datuk Saarani Mohamad di Istana  Iskandariah, di sini hari ini
 	Titah Sultan Nazrin, sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa
“Betapa  kata tidak lagi dikota, atau kata akan bertukar nada – berlainan irama,  bersedia mengatakan yang hitam itu putih, dan yang putih itu hitam
 “Watak  sebenar insan akan terpamer, apabila seseorang telah memiliki kekayaan  dan harta, lalu lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, di  sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak
 “Perubahan  sifat dan pertukaran watak lebih cepat berlaku apabila seseorang insan  mula dikelilingi oleh orang-orang tamak yang berkepentingan sendiri,  bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat, lalu  menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin,” titah baginda
 	Justeru,  Sultan Nazrin mengingatkan para pemimpin bahawa semakin tinggi  kedudukan seseorang insan, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat  kakinya pernah berpijak
 “Jangan sama  sekali membenarkan diri leka, terawang- awang dalam awan biru khayalan  hingga lupa rumput hijau yang ditinggalkan mungkin telah berubah perang,  gersang kerana terlalu lama, tidak lagi disirami hujan,” titah baginda
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/ini-nasihat-sultan-perak-kepada-mereka.html