Ini Kerana Dap Larang Takbir Sekular Maaf Terbuka


 
Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh
3R: Apa hasil siasatan terhadap Guan Eng, Kit Siang
KUALA LUMPUR: Isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh [PN-Besut] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan hasil siasatan dan pendakwaan bagi kesalahan berkaitan dengan 3R iaitu ucapan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mendakwa gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang di dalam satu program di Pulau Pinang.
Beliau juga bertanya perkara yang sama terhadap ucapan Tan Sri Lim Kit Siang, pemimpin veteran DAP yang menyatakan negara semakin hampir-hampir ke arah tepian sebuah lagi rusuhan 13 Mei 1969.
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin [PN-Pagoh] turut meminta menteri yang sama menyatakan apakah pendirian Kerajaan khususnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta apakah asas perundangan yang diguna pakai untuk melarang rakyat Malaysia daripada menyentuh perkara 3R tersebut.
Berikut ialah senarai soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, hari ini.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah pendirian Kerajaan khususnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta apakah asas perundangan yang diguna pakai untuk melarang rakyat Malaysia daripada menyentuh perkara 3R tersebut.
Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meningkatkan pelaburan tempatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 70% berbanding 64% pada tahun 2022 yang disyorkan oleh Perdana Menteri pada bulan Mei lalu. Jika ya, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) asas kriteria dalam memilih seorang Pengerusi Lembaga Pelabuhan dan sejauh manakah peranan mereka dalam membenteras kegiatan ekonomi gelap seperti penyeludupan di pelabuhan; dan
(b) berapa bilangan operasi kegiatan membenteras ekonomi gelap yang berjaya dijalankan sepanjang tahun 2019 sehingga 2023.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah syarat yang perlu dipenuhi sekiranya pemasangan Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) hendak dilakukan di Batu Balai, FELDA Lepar, Kampung Mat Daling, Kuala Tahan yang terletak jauh dari Bandar Jerantut dan mempunyai penduduk yang padat.
Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan langkah yang perlu diambil bagi membantu meningkatkan kualiti hidup warga emas dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menambah baik kriteria pemberian bantuan warga emas agar dapat dinikmati golongan sasar.
Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik pencerobohan terkini bot nelayan asing yang menceroboh ke dalam perairan Malaysia seterusnya mengaut sumber hasil perikanan negara secara haram.
Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan di dalam menjadikan Tok Bali sebagai sebuah pelabuhan dan pengkalan persisir dalam sektor minyak dan gas terutamanya untuk wilayah timur Semenanjung.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membuka jawatan tetap warden daripada bukan guru supaya bebanan guru boleh dikurangkan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan hasil siasatan dan pendakwaan bagi kesalahan berkaitan dengan 3R iaitu:
(a) ucapan YB Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan, yang mendakwa gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang di dalam satu program di Pulau Pinang; dan
(b) ucapan Tan Sri Lim Kit Siang, pemimpin veteran DAP yang menyatakan negara semakin hampir-hampir ke arah tepian sebuah lagi rusuhan 13 Mei 1969.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha Kementerian untuk mengesan lebih 1.2 juta warga China yang dilaporkan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada terdapat sebarang rancangan naik taraf kemudahan, peralatan, perisian dan perkara-perkara berkaitan operasi di jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia di daerah Machang memandangkan kebanyakan perkara-perkara tersebut telah usang dan lapuk, perlu diganti. Sebagai contoh di Klinik Kesihatan Temangan.
Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah dan perancangan Kerajaan dalam menangani isu kesesakan banduan di penjara di seluruh negara.
Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam mengatasi isu kejatuhan harga Ringgit jangka pendek dan panjang.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) kriteria yang diperlukan oleh KDN untuk meluluskan kewarganegaraan daripada warga asing; dan
(b) berapa jumlah warga asing yang mendapat visa pelancong dan visa pekerja tetapi tidak keluar daripada negara ini selepas tamat tempoh dan apakah usaha Kerajaan mengatasi permasalahan ini.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan terhadap NGO atau pertubuhan yang menggunakan uniform menyerupai anggota tentera, polis atau bomba dan siapakah yang mengawal selia protokol pemakaian uniform tersebut.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah memulihkan penguasaan Jawi di peringkat menengah atas di sekolah-sekolah harian.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah impak penjenamaan semula istilah Kolej Tingkatan Enam kepada Kolej Pra Universiti KPM ini terhadap peningkatan kemasukan pelajar ke peringkat lebih tinggi dan apakah justifikasi Kementerian tidak mempertimbangkan perubahan gred perjawatan susulan penjenamaan semula ini. – HARAKAHDAILY 23/10/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini kerana DAP? Larang takbir, sekular, maaf terbuka.
Sila lihat komen ini..
(i) Isu larangan takbir, penganjur minta maaf selepas dikecam. Adakah ini juga kerana DAP yang sudah menampakkan belangnya cuba menguasai M'sia?

Seorang peserta perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam, 22 Okt 2023 dirakam melahirkan perasaan marah dan sebak selepas mengakui berasa dihina apabila diminta balik ke rumah kalau hendak melaungkan Allahu Akbar dan bukan di perhimpunan itu. (FOTO: Tangkapan skrin Instagram @wasiakhirzaman)

Beto Kusyairi membuktikan dirinya antara segelintir artis Malaysia yang menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi terhadap penderitaan rakyat Palestin angkara kejahatan dan kezaliman Zionis Israel. (Tangkapan layar skrin Instragram @beto_kusyairi)Paparan IGS Michael Ang yang memberi komen tentang kontroversi perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka pada 22 Okt 2023. (Tangkapan skrin Instagram @michaelang38)
Antara komen netizen sebagai reaksi Instagram @wasihatakhirzaman yang berjudul, Solidariti Untuk Siapa?… (Tangkapan skrin Instagram @wasiatakhirzaman)Plakad Netanyahu yang dibawa Syed Muhammad Shafiq pada perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka, di sini, semalam, tetapi kemudiannya didakwa diarahkan supaya diturunkan oleh penganjur atas alasan ‘menjaga adab’.
Musa Mohd Nordin: Sementara dalam video yang disiarkan Instagram @Wasiatakhirzaman memaparkan seorang wanita Melayu-Islam yang mendakwa penganjur melabelkan peserta himpunan tersebut bersikap sama seperti Zionis apabila mereka membawa sepanduk dan plakad yang melabelkan Benjamin Netanyahu sebagai ‘penjenayah perang’.Paling mengecewakan wanita itu mendakwa pihak penganjur juga melarang peserta perhimpunan daripada melaungkan takbir Allahu Akbar.
(Sila rujuk – HARAKAHDAILY 23/10/2023)

(ii) DAP adalah perjuang gagasan Malaysia negara sekular, hal ini juga menjadi penghalang kepada perlaksanaan Islan sepenuhnya seperti termaktup dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3), yakni melaksanakan Islam secara keseluruhan (ertinya bukan sekular).

Di Shah Alam, DAP secara jelas memperjuangkan gagasan Malaysia negara sekular dan Malaysian Malaysia.
“Soal yang jelas bagi DAP ialah gagasan Malaysia negara sekular dan Malaysian Malaysia,” kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, matlamat perjuangan DAP itu menjelaskan Malaysia bukan sebagai sebuah negara sekular sebagaimana didakwa parti terbabit.
Menurutnya, kalau Malaysia negara sebuah sekular mengapa perlu DAP masukkan dalam manifesto mereka mahu memperjuangkan sebuah negara sekular.
Beliau berkata, berdasar perkembangan itu menjelaskan Malaysia bukan negara sekular.
“Manifesto DAP itu mengesahkan Malaysia bukan negara sekular. Berkali-kali kita mengingatkan Islam ialah agama persekutuan sebab itu semua acara-acara rasmi mesti dimulakan dengan acara keagamaan Islam.
(iii) Isu larang takbir: Penganjur digesa mohon maaf sekali lagi secara terbuka.

Suasana di perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ anjuran bersama VPM dan MyCare di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 22 Okt 2023.
Di KL, “UMMAH mendesak sekali lagi permohonan maaf, tetapi kali ini secara terbuka daripada penganjur dibuat kerana ia  sangat mengecewakan peserta yang hadir dan kepada seluruh umat Islam yang mengutuk sekeras-kerasnya jenayah Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

“Tindakan dan sikap penganjur  itu sangat memalukan umat Islam dan negara Islam di seluruh pelosok dunia.” 
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.


Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/10/ini-kerana-dap-larang-takbir-sekular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Larang Murid Guru Laung Takbir Kibar Bendera Palestin

Sekolah Larang Murid Guru Laung Takbir Kibar Bendera Palestin

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 207 hits
KOSMO PETALING JAYA Seorang guru Mohd Fadli Salleh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli berkongsi satu tangkap layar perbualan WhatsApp dari seorang kenalan memberitahu terdapat sebuah sekolah yang dihadirinya baru baru ini melarang warg...
Dap Dah Gila Ke Paksa Pas Jadi Sekular Bengong

Dap Dah Gila Ke Paksa Pas Jadi Sekular Bengong

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 149 hits
Presiden PAS buat panggilan telefon kepada Ketua HAMASYakin kebangkitan di Palestin adalah permulaan ke arah kemenanganKUALA LUMPUR Ketua Biro Politik HAMAS Syeikh Ismail Haniyeh telah menerima panggilan telefon daripada Presiden PAS Tan Sr...
Dap Mahu Paksa Pas Terima Malaysia Negara Sekular

Dap Mahu Paksa Pas Terima Malaysia Negara Sekular

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 153 hits
Harakah Ketika menyampaikan Ucapan Dasar bertema Adil Prihatin dan Berkebajikan sempena Muktamar Tahunan PAS ke 69 di IDCC Shah Alam baru baru ini Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menyebut Islam yang menjadi dasar pe...
Uitm Lendu Mohon Maaf Video Seram Tersebar

Uitm Lendu Mohon Maaf Video Seram Tersebar

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 152 hits
Sinar HarianSHAH ALAM Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka memohon maaf di atas kebimbangan orang ramai berhubung video TikTok kisah seram yang berlaku di UiTM kampus Alor Gajah Lendu Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka mem...
Laungan Takbir Sambut Dr Mahathir Di Muktamar Pas

Laungan Takbir Sambut Dr Mahathir Di Muktamar Pas

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 135 hits
Faiz Zainudin dan Ameer FakhriBekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ditempatkan di pentas muktamar bersama pimpinan PAS SHAH ALAM Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan di muktamar PAS ke 69 di Shah Alam Bekas perdana menteri itu menjad...
Pesta Makan Jadi Pesta Gelek Penganjur Mohon Maaf

Pesta Makan Jadi Pesta Gelek Penganjur Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 29/10/2023 - jumlah : 232 hits
Mohamad Fahd Rahmatam hmetro com myTANGKAP layar video yang tular di media sosialKluang Pencsaiaga yang menyertai Jelajah Makan Johor di Dataran IKS Simpang Renggam di sini bengang dengan tindakan penganjur yang membiarkan aksi gelek mencem...
Patung David Dah Tiada Syamimia Sedar Diri Banyak Buat Silap Sekali Lagi Mohon Maaf

Patung David Dah Tiada Syamimia Sedar Diri Banyak Buat Silap Sekali Lagi Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 225 hits
Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Syamimia akhirnya tampil menjawab mengenai isu kewujudan patung David yang diletakkan di ruang tamu dan bilik tidur sehinggakan tular di media sosial Menerusi hantaran di Instagram Story milikn...
Dr Akmal Saleh Siapa Anda Mahu Halang Takbir Dilaungkan

Dr Akmal Saleh Siapa Anda Mahu Halang Takbir Dilaungkan

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 145 hits
NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHASHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh menyelar tindakan pertubuhan bukan kerajaan yang menyekat laungan Allahuakbar sewaktu himpunan solidariti untuk rakyat Palestin Beliau berkata tidak ada sesiapa ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord