Ini Kenyataan Sebenar Nik Abdul Yang Diputar Belit Oleh Malaysiakini
Bahayalah tajuk malaysiakini . Padahal ustaz nik Abduh cakap begini "Jangan diri berasa hebat menjulang Ustaz Ebit Lew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama kita meninggalkan akhlak mulianya(ust ebit) menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas," katanya.
Tapi atas dasar nak burukkan Nik Abdul, MKini celaka mengubah pendekatan ayat. Celaka benar Mkini.
---
Rohingya Ramadan
JIKA anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja. Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar. Dosa besar.
Ia membunuh nilai Ramadan anda. Ia membunuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap Muslim. Ingat, ia hanyalah propaganda musuh yang dirancang rapi untuk menidakkan hak Rohingya di negara asal mereka.
Ia melaungkan, “Rohingya tiada hak di Myanmar kerana mereka bangsa bodoh, malas, jahat, menyusahkan dan tak bertamadun. Lihatlah, mereka telah menyusahkan rakyat Malaysia. Begitulah kami di Myanmar menjadi susah kerana kejahatan dan keburukan mereka.”
Fitnah nyata ke atas umat Islam. Tipu daya yang nyata untuk memecah belahkan umat Islam. Jangan menyambung lidah fitnah musuh ke atas Muslim Rohingya. Jangan sombong wahai Malaysiaku.
Bersyukurlah dengan menolong dan membantu umat yang tertindas. Berfikirlah untuk menyelesaikan isu, bukan melangsaikan kebencian dan dendam.
Jangan diri merasa hebat menjulang Ustaz Ebit Liew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas.
Ya Allah, bebaskan kami daripada tipu daya musuh yang merosakkan dan menzalimi.
رب انصرنى على القوم المفسدين.
ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين ونجنا برحمتك من القوم الكافرين.
USTAZ NIK MOHAMAD ABDUHAhli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 25/4/2020
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/ini-kenyataan-sebenar-nik-abdul-yang.html