Ini Bukan Kereta Terbang Kata Syarikat



Sekiranya anda berminat untuk melihat bagaimana bentuk sistem mobiliti udara, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (Lima ’19) adalah lokasi terbaik untuk anda.
Loading... Walaupun ia hanyalah sekadar model, orang ramai dapat idea yang jelas tentang rupa fizikal kenderaan yang boleh diterbangkan, satu hari nanti.Dikenali sebagai Vector, penampilan sulung kenderaan itu di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini telah mencuri tumpuan edisi kali ini apabila ramai pengunjung tertarik untuk melihatnya.Kebanyakan pengunjung menyangka Vector adalah kereta terbang yang hangat diperkatakan, tetapi ia bukanlah seperti yang mereka fikirkan.




Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat menafikan idea bahawa syarikat itu sedang membangunkan kereta terbang iaitu Vector, yang mana lebih tepat, direka untuk menjadi sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain.Imtyaz menjelaskan bahawa Vector adalah kenderaan berkonsep drone yang direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan tujuan pengawasan.“Vector dikuasakan oleh empat motor dan bateri lithium-ion yang membolehkan kenderaan itu terbang.“Kenderaan ini juga boleh membawa bebanan dianggarkan 150 hingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan 30 ke 90 minit masa penerbangan,” katanya kepada Bernama di luar Lima ’19 di Langkawi hari ini.Ditanya bila kenderaan itu dijangka dapat terbang membelah awan, Imtyaz berkata prototaip Vector dijangka siap untuk terbang seawal Jun tahun ini.Beliau berkata syarikatnya yang berusia empat tahun, dengan pengalaman dalam teknologi drone, juga belum menentukan harga Vector sekiranya kenderaan itu bersedia untuk memasuki pasaran tidak lama lagi.Mengenai sokongan kerajaan, Imtyaz berkata beliau bersyukur kerana Kementerian Pembangunan Usahawan telah menyokong dan sangat terbuka dengan membantu syarikat membangunkan ekosistem yang menjadikan idea ini berjaya.“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga gembira dengan idea ini apabila beliau melawat gerai pempamer kami,” katanya.Edisi ke-15 Lima ’19 menyaksikan penyertaan 406 syarikat berkaitan pertahanan, 200 daripadanya adalah syarikat antarabangsa dari 32 negara.Ia dianjurkan bersama oleh EN Projects (M) Sdn Bhd, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan dengan tema ‘Defence and Commercial Connecting Intelligence’.-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/ini-bukan-kereta-terbang-kata-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Terbang Sebenar Bukan Macam Model Kipas Itu Kata Menteri Viralhancing

Kereta Terbang Sebenar Bukan Macam Model Kipas Itu Kata Menteri Viralhancing

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR 28 Mac Reka bentuk sebenar kereta terbang pertama Malaysia kelak tidak akan kelihatan seperti model skala kecil yang dipamerkan di Langkawi Kedah semalam Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata kereta...
Lima 2019 Prototaip Kereta Terbang Pertama Malaysia Didedah Kepada Umum

Lima 2019 Prototaip Kereta Terbang Pertama Malaysia Didedah Kepada Umum

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 378 hits
LANGKAWI Setelah menerima pelbagai maklum balas berbaur positif dan tidak kurang dipersendakan beberapa pihak dengan idea keperluan negara membangunkan kereta terbang akhirnya Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof membu...
Vector Kereta Terbang Masa Depan

Vector Kereta Terbang Masa Depan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 341 hits
SEKIRANYA anda berminat untuk melihat bagaimana bentuk sistem mobiliti udara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 adalah lokasi terbaik untuk anda Walaupun ia hanyalah sekadar model orang ramai dapat idea yang jelas me...
Kipas Tu Dah Macam Kipas Usb Prototaip Kereta Terbang Malaysia Dikritik

Kipas Tu Dah Macam Kipas Usb Prototaip Kereta Terbang Malaysia Dikritik

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 750 hits
Menghampiri Wawasan 2020 pasti ramai yang tahu bahawa Malaysia bakal memiliki kereta terbang pertama Prototaip kereta tersebut dijangka akan diperkenalkan tahun ini Projek tersebut dijangka menelan kos pelaburan sekitar RM1 juta Semalam pro...
Lima 2019 Ini Model Kereta Terbang Yang Jadi Tumpuan Pengunjung Di Langkawi

Lima 2019 Ini Model Kereta Terbang Yang Jadi Tumpuan Pengunjung Di Langkawi

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 670 hits
LANGKAWI Sekiranya anda berminat untuk melihat bagaimana bentuk sistem mobiliti udara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 adalah lokasi terbaik untuk anda Walaupun ia hanyalah sekadar model orang ramai dapat idea yang...
Kereta Terbang Vector Menjadi Tumpuan Di Lima 2019

Kereta Terbang Vector Menjadi Tumpuan Di Lima 2019

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 318 hits
LIMA 2019 telah menarik tumpuan ramai pengunjung apabila kereta terbang yang dikatakan bakal menjadi kenyataan itu turut dipamerkan di Langkawi Namun ia hanyalah sekadar model kecil yang diberi nama sebagai Vector dan ia merupakan buat julu...
Menteri Sangat Yakin Kereta Terbang Yang Moden Dilancar Pada Hujung 2019 Viralhancing

Menteri Sangat Yakin Kereta Terbang Yang Moden Dilancar Pada Hujung 2019 Viralhancing

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 270 hits
LANGKAWI Kerajaan komited untuk terus terbabit dalam teknologi kereta terbang atau kereta aero dan melancarkan prototaip pertamanya seawal akhir tahun ini Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata kerajaan mahu menc...
Tak Mahu Naik Kereta Terbang Boleh Naik Kereta Buluh Menteri

Tak Mahu Naik Kereta Terbang Boleh Naik Kereta Buluh Menteri

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Akibat dikecam hebat oleh netizen Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata pihak yang berbuat demikan boleh terus hidup seperti sekarang sekiranya tidak mahu berubah Ujarnya kerajaan Pakatan Harapan pe...
Salam Empat Kipas Najib Lupa Kereta Terbang Sebahagian Daripada Manifesto Bn

Salam Empat Kipas Najib Lupa Kereta Terbang Sebahagian Daripada Manifesto Bn

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 620 hits
ULASAN Salam Empat Kipas Adakah Najib lupa kereta futuristik sebahagian daripada manifesto BN Adakah Najib lupa 11 bulan yang lalu dia kata Kagum saya lihat kereta boleh terbang Adakah Najib lupa Proton zaman dia PM janjikan kereta terbang ...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024