Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin


Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin | Pernah dengar atau baca tentang tombong wanita lepas besalin ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara yang melibatkan golongan wanita bagi yang sudah pernah bersalin. Walau bagaimanapun, ada pentingnya juga golongan suami mengambil tahu tentang tombong wanita ini.Jika si isteri tidak menjaga pantangnya, si suami wajiblah membantunya. Sama-sama menjaga dan bantu membantu agar perkara ini tidak berlaku pada isteri tercinta. Jika tidak dijaga dan tombong wanita terpaksa dipotong, mungkin itulah kali terakhir si isteri mengandungkan zuriat keturunan suaminya.


Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin !
Kisah keluar tombong (rahim) wanita. Semoga menjadi pengajaran kepada semua. Dulu saya tak pernah tahu ‘tombong wanita’ itu apa. Bila sebut tombong wanita, saya bayangkan serombong kapal. Rupa-rupanya salah.
KISAH 1Pertama kali saya mendengarnya dari mak mentua yang selalu cerita di zaman kanak-kanaknya dia pernah ternampak seorang nenek yang membasuh pakaian di tepi sungai sambil mencangkung, akan ternampak tombongnya keluar. Sambil tertanya-tanya apa yang dilihatnya itu, sambil itu juga tombong itu berayun ke sana sini seperti buai.Balik ke rumah, arwah nenek suami memberitahu mak mentua bahawa itu adalah tombong. Orang perempuan yang tak menjaga pantang dan yang main-main dalam pantang, itulah hasilnya.Sehingga sekarang mak mentua memang selalu ingatkan tentang keluar tombong ini. Bagi orang tua dulu, sekali dah keluar tombong, memang tamatlah fungsi sebagai seorang wanita. Dah tak boleh buat apa. Pergi hospital, potong saja.
KISAH 2
Boleh kongsi bagaimana anda berpantang? Apa pendapat mak dan orang sekeliling anda tentang berpantang selepas bersalin? Wajib atau mengada-ngada atau kolot?Kisahnya, ada seorang sahabat baik arwah ayah yang merangkap sahabat baik keluarga adalah seorang pakar urut saraf. Pakcik Hassan namanya, menetap di Gombak. Pakcik Hassan buka tempat urutan saraf. Arwah mak kepada Pakcik Hassan pula memang seorang bidan tersohor. Jadi secara tidak langsung, Pakcik Hassan cerita yang dia banyak juga belajar dari mak dia tentang orang perempuan.Untuk pengetahuan, Pakcik Hassan tak buat urutan bersalin. Hanya mengurut bagi mereka yang terkena slipdisc, jatuh, lumpuh dan kes-kes kritikal yang lain sahaja.Satu hari, dari biliknya rumah sewanya yang sederet dengan pelajar UIA lain, Pakcik Hassan terhidu bau sesuatu. Makin lama makin kuat, kembang kempis hidung dia menahan bau itu. Sangat kuat, baunya seperti bangkai seperti membuatkan dia mengalami pening kepala.Tiba-tiba pintu bilik diketuk awal. Biasanya Pakcik Hassan akan menunggu isteri datang menemankan dia mengurut sampai malam. Waktu mengurut belum bermula lagi ketika waktu pintu diketuk.Dibuka pintu, tengok ada seorang perempuan muda dan ibunya datang. Perempuan itu menangis-nangis menahan kesakitan. Bau busuk pada ketika itu memang sangat tajam dan teruk! Dah tak terkata apa, cuma perkataan minta tolong sahaja dari perempuan muda ini yang berusia 21 tahun.Menurut ibunya, anaknya sudah tidak mampu menangis sakit dan menangis kerana keluar tombong. Bau tadi rupanya hasil dari tombong terkeluar tadi. Bayangkan betapa busuknya bau sampai dari jauh pun boleh terhidu.“Pantang macam mana?” soal Pakcik Hassan.“Dia memang tak hirau cara berpantang yang betul. Bagi dia, berpantang itu sangat kolot, old fashion dan mengada-ngada. Jadi disebabkan mahu menyenangkan dia, malas jaga anak ketika dalam pantang, dia beli saja makanan di kedai luar. Mi goreng, nasi goreng, sup sayur, ayam goreng dan pelbagai lagi. Bagi dia, asalkan anak kenyang, bayi cukup susu, sudah,” kata ibunya.“Suaminya mana?” soal Pakcik Hassan lagi.“Suaminya sudah keluar dari rumah sebab tak tahan bau bangkai. nak tolong isteri, jauh sekali. Yelah, sama-sama muda, isteri tak boleh pakai, keluarlah rumah,” jelas si ibu.Dalam keadaan serba salah, Pakcik Hassan menjelaskan bahawa isteri dia belum datang. Tetapi ibu perempuan itu merayu-rayu agar anaknya dibantu. Sudah pergi ke hospital tetapi hendak dipotongnya tombong itu. Entah dan tidak pasti sama ada itu memang jalan terakhir atau tidak.Pakcik Hassan pun pergi ke farmasi untuk membeli sarung tangan dan beberapa perkakasan lain. Kemudian balik semula ke biliknya untuk memulakan rawatan (rawatan pertama dan terakhir kes sebegini yang Pakcik Hassan buat atas sebab belas kasihan).Selesai menyiapkan diri, Pakcik Hassan tolak tombong itu masuk ke dalam! Akibat terlampau sakit, perempuan muda itu pengsan. Selepas diurut, ditungku dan disapu ubat, 30 minit kemudian barulah perempuan itu sedarkan diri.Tahu apa perkataan pertama yang keluar dari mulut dia?“Nak nasi, pakcik.”Rupa-rupanya sebab tak tertanggung sakit keluar tombong, jadi sampai tak lalu makan beberapa hari. Kasihan betul.Bila dengar cerita Pakcik Hassan, memang boleh naik bulu roma menahan ngeri. Bersalin pun sakit, ini pula tombong ditolak masuk ke dalam semula dengan cara paksa. Tidaaakkk!! Tiba-tiba rasa jelly-jelly kaki.Apa kisahnya selepas itu? Saya pun tak tahu, tak tanya pula Pakcik Hassan sama ada dia ada bertemu semula dengan perempuan muda itu atau tidak. Saya harap ibunya sedar betapa pentingnya yang ‘kolot’ ini.
KISAH 3
Jagalah diri dan kesihatan dalaman baik-baik. Saya pernah rasa sakit rahim jatuh (belum sampai tahap tombong), sakit urat yang teruk, meroyan hampir hilang akal.Walaupun ada mak dan mak mentua yang banyak berpesan, tetapi sebagai orang muda, kita ada waktu sombong kita juga.Banyak jamu dan ubat yang dijual di pasaran. Boleh pilih mana yang terbaik. Saya sendiri pun sudah mencuba pelbagai jenama sebelum kena bising dengan mak. Ada yang serasi, ada yang tidak. Tetapi yang penting dah tahu perbezaan dan kesan pada badan.
Oleh Mastura Ab Rashid

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://harumankasehvee.blogspot.com/2017/08/ini-akibat-abaikan-diri-selepas-bersalin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenal Diri Akibat Bermulut Puaka

Kenal Diri Akibat Bermulut Puaka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 145 hits
Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa Begitulah pepatah Melayu menyatakan kepada kita perkataan buruk yang diucapkan maka buruklah yang berlaku terhadap diri kita Tetapi kebanyakan daripada kita menggunakan pepatah ini bila n...
Polis Kesan Individu Larikan Diri Selepas Kemalangan

Polis Kesan Individu Larikan Diri Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki tempatan dicari polis bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang pekerja pembaikan jalan dan mencederakan dua yang lain dalam This is a content summary only Visit my webs...
Tips Sembuhkan Luka Dalaman Selepas Bersalin

Tips Sembuhkan Luka Dalaman Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 161 hits
Tengah aku baik punya dok layan si qhaliff bagi nenen sekali MIL bawak cawan isi air kuning semacam memang tahulah air kunyit sebab tadi masa buat lawatan ke dapur nampak MIL dok bersihkan 3 4 ketul kunyit masuk dalam blender ingat MIL nak ...
Lelaki Maut Diserang Ikan Piranha Selepas Terjun Ke Tasik Untuk Melarikan Diri Dari Sekumpulan Lebah

Lelaki Maut Diserang Ikan Piranha Selepas Terjun Ke Tasik Untuk Melarikan Diri Dari Sekumpulan Lebah

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 368 hits
Lelaki maut diserang ikan piranha selepas terjun ke tasik untuk melarikan diri dari sekumpulan lebahSeorang lelaki maut diserang oleh ikan piranha selepas terjun ke dalam tasik untuk melarikan diri dari disengat sekumpulan lebah Lelaki beru...
Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan

Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 230 hits
BAYI yang baru dilahirkan di Brazil ini mengejutkan jururawat dan bidan di sebuah hospital kerana mampu berjalan ketika mahu dimandikan buat pertama kali Dalam video yang dimuat naik di media sosial Jumaat lalu tidak dapat dipastikan di hop...
Pantang Selepas Bersalin

Pantang Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 189 hits
Alhamdulillah hari ni dah 34 hari berpantang Lagi 10 hari dah nak habis pantang 44 hari Cerita pasal pantang selepas bersalin ada 4 jenis pantang tau Ramai yang tau pantang 44 hari je kan Meh i listkan jenis jenis pantang Pantang memang ban...
Vitamin Selepas Bersalin

Vitamin Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 376 hits
Salam semua Hari ni i nak share jenis jenis vitamin yang i consume ketika dalam pantang Kebanyakkan vitamin ni doktor Tokha yang kasi ye Bukan i suka suki beli sendiri vitamin ni Biasa lepas bersalin ubat yang selalu i dapat ponstan ubat se...
Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 331 hits
Petua 1Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu Seeloknya pada waktu pagi dan malam Petua 2Ibu yang baru melahirkan anak biasanya berwajah pucat dan lesu Untuk kembali menaikkan seri wajah amalkan petua ini Ambil...
Hiburan Akibat Terlalu Gementar Yonnyboii Alami Serangan Panik Selepas Catwalk Di Klfw2021

Hiburan Akibat Terlalu Gementar Yonnyboii Alami Serangan Panik Selepas Catwalk Di Klfw2021

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 238 hits
Penyanyi rap Yonnyboii mengalami serangan panik selepas beliau selesai memperagakan fesyen jenama Neonate di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 yang diadakan di Pavillion Kuala Lumpur akibat terlalu gementar ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding