Ini Adalah Powerbank 18 000mah Yang Terbina Dengan Sokongan Selular Dan Sistem Operasi Android Amanz



Peranti pintar yang hadir dengan bateri besar yang boleh mengecas peranti-peranti lain bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat-syarikat seperti ASUS, Samsung dan Huawei adalah diantara jenama-jenama yang dikenali untuk membuat peranti yang mampu mengecas ini.
Tetapi adakah anda pernah jumpa sebuah power bank yang hadir dengan sokongan selular dan dilengkapi dengan sistem operasi Android? Ini adalah pandang pertama kami tentang Energizer Power Max P18K Pop.

Spesifikasi Dan Rekaan Seperti yang boleh dilihat pada namanya, power bank pintar P18K Pop ini hadir dengan bateri lit-ion sebesar 18,000mAh. Ia turut dilengkapi dengan paparan 6.2 inci dengan resolusi Full HD dan dijana oleh CPU MediaTek Helio P70, memori sebanyak 6GB dan juga storan sebesar 128GB yang boleh ditambah sebanyak 128GB lagi dengan kad microSD. Peranti P18K Pop ini menggerakkan sistem operasi Android 9.0 Pie, dan juga hadir dengan sokongan untuk sambungan 4G dan LTE.

Di bahagian belakang peranti ini ialah sistem tri-kamera 12MP+5MP+2MP, manakala kamera pula menggunakan sistem dwi-kamera 16MP+12MP pop-up. Ya, disini dapat dilihat bahawa paparan skrin P18K Pop ini tidak hadir dengan sebarang takuk ataupun potongan paparan yang banyak digunakan oleh jenama-jenama peranti lain kebelakangan ini.

Sayangnya apa tiba giliran kami untuk membelek peranti P18K Pop ini, mekanisma pop-up kamera hadapan rosak, jadi modul kamera tersebut sentiasa dinaikkan dan tidak boleh ditutup.

Bercakap tentang rekaan, apabila kami membelek peranti ini kami perasan bahawa walaupun rangka dalamnya dikatakan menggunakan logam, rangka bahagian luar kebanyakannya menggunakan bahan polikarbonat, dan bahagian belakang sahaja yang dilihat menggunakan aluminum.

Di bahagian tepi kiri peranti ini dapat dilihat butang kuasa, butang audio dan juga pengimbas cap jari yang pada saya membuatkanperanti power bank ini kelihatan sperti sebuah peranti pintar yang agak lengkap. Walaupun begitu, ketebalan peranti ini pada ukuran 18mm membuatkannya kelihatan agak janggal, juga kerana lokasi butang-butang tersebut.
Dalam pada itu, apa yang paling aneh bagi saya mengenai peranti ini ialah Avenir Telecom, syarikat pembuat peranti ini yang melesenkan jenama Energizer untuk peranti ini tidak memuatkan palam audio 3.5mm walaupun saiznya sama tebal dengan tiga atau empat peranti Android yang lain. Jika ingin dikatakan peranti ini mempunyai sokongan IPXX, ia tidak dinyatakan di dalam risalah yang diberikan kepada kami.

Dari segi pengecasan, Energizer Power Max P18K Pop ini dikatakan hadir dengan teknologi pengecasan pantas melalui palam USB Type-C, akan tetapi, jurucakap Energizer berkata kepada kami bahawa untuk mengecas peranti ini daripada kosong sehingga penuh akan mengambil masa lapan jam.
Akan tetapi, satu berita baik disini ialah apabila ia dicas dengan penuh, peranti ini boleh digunakan secara terus selama 48 jam tanpa henti, dan jika digunakan secara biasa, kami pasti ia akan bertahan selama beberapa hari tanpa masalah.

Ciri utama peranti Energizer P18K Pop ini pastinya ialah kebolehannya untuk mengecas peranti-peranti lain, dan dengan pengecasan penuh, kami jangka ia mampu mengecas enam peranti dengan bateri 300mAh dari kosong hingga penuh, ataupun empat peranti 4000mAh secara penuh, dan satu peranti tersebut sehingga 50 peratus.
Penutup Jujur saya katakan bahawa peranti Energizer P18K Pop ini bukanlah sebuah peranti pintar yang istimewa. Ia hadir dengan spesifikasi pertengahan yang dapat dilihat pada banyak peranti lain, dengan pengecualian terhadap saiz baterinya yang cukup melampau.
Pada pendapat saya ini adalah sebuah peranti aneh yang hanya menunjukkan sesebuah syarikat itu mampu melakukan sesuatu seperti ini sebagai shock factor, dan walaupun ia boleh dikatakan agak berguna sebagai sebuah peranti pengecasan yang boleh digunakan pada waktu kecemasan, ia adalah lebih murah jika anda hanya membeli sebuah power bank sahaja berbanding dengan peranti ini.

Saiz peranti P18K Pop yang serba tebal juga akan hadir dengan isu dimana ia tidak akan muat di dalam semua poket seluar, dan ramai pengguna mungkin perlu memasukkannya didalam beg galas atau beg tangan mereka jika mereka menggunakan peranti ini.
Apabila ditanya, pihak Energizer tidak pasti bilakah peranti ini akan dijual, dan juga tanda harganya. Oleh kerana pembuat peranti ini, Avenir Telecom berasal dari Perancis, mungkin ia hanya akan dihasilkan untuk pasaran Eropah sahaja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/02/ini-adalah-powerbank-18000mah-yang-terbina-dengan-sokongan-selular-dan-sistem-operasi-android-amanz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gmail Dengan Antaramuka Baru Diperkenalkan Kepada Pengguna Android Amanz

Gmail Dengan Antaramuka Baru Diperkenalkan Kepada Pengguna Android Amanz

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 279 hits
Google pada bulan lepas telah mengumumkan mereka akan menawarkan kemaskini GMail untuk Android dengan rekaan antaramuka baru Antaramuka ini menawarkan rekaan yang selari dengan rekaan berasaskan web dan menggunakan elemen Material Design Ki...
Lineageos Menamatkan Sokongan Rasmi Android Nougat Memfokuskan Android Pie

Lineageos Menamatkan Sokongan Rasmi Android Nougat Memfokuskan Android Pie

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 177 hits
LineageOS adalah sistem operasi Android berasaskan AOSP dengan banyak ciri dan fungsi tambahan menarik LineageOS juga merupakan pengganti kepada CyanogenMod yang suatu masa dulu terkenal dengan binaan Custom ROMnya Baru baru ini LineageOS d...
Opera Browser Untuk Android Dikemaskini Dengan Penghalang Iklan Lebih Baik Dan Sokongan Tatalan Lebih Pantas

Opera Browser Untuk Android Dikemaskini Dengan Penghalang Iklan Lebih Baik Dan Sokongan Tatalan Lebih Pantas

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 263 hits
Opera Browser untuk Android adalah satu pelayar web yang lebih fokus kepada sekuriti dan privasi Ia tidak seperti pelayar web yang lain Sebelum ini versi Android turut hadir dengan sokongan VPN terbina untuk privasi yang lebih baik Hari ini...
Bersihkan Sistem Operasi Dengan Bleachbit Alternatif Ccleaner

Bersihkan Sistem Operasi Dengan Bleachbit Alternatif Ccleaner

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 234 hits
Sumber Pexels BleachBit sememangnya sudah cukup popular di kalangan pengguna sistem operasi sumber terbuka dan percuma Ia menjadi pilihan utama membersihkan sistem operasi secara bentuk paparan antaramuka pengguna atau bergrafik bagi mereka...
Pandelela Masih Belum Menandatangani Kontrak Sistem Tier Program Cluster

Pandelela Masih Belum Menandatangani Kontrak Sistem Tier Program Cluster

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 250 hits
Ratu terjun negara menimbulkan kegusaran pada sukan terjun negara apabila masih belum menandatangani Sistem Tier Program Cluster Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu merupakan salah seorang yang masih belum menandatangani kontra...
Bertemu Pengusaha Cendol Bandung Hasto Sarankan Penjualan Sistem Online

Bertemu Pengusaha Cendol Bandung Hasto Sarankan Penjualan Sistem Online

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 233 hits
Pada era revolusi industri 4 0 saat ini dimungkinkan tumbuhnya usaha usaha melalui startup termasuk usaha cendol Karena itu Hasto juga mendorong agar usaha yang dilakukan Rochman dapat juga dilakukan melalui toko online
Brazil Bakal Perkenal Sistem Pengesan Kanak Kanak Hilang

Brazil Bakal Perkenal Sistem Pengesan Kanak Kanak Hilang

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 285 hits
Brazil kini serang merancang untuk memperkenalkan satu sistem pengesan yang mampu diaktifkan menggunakan telefon pintar apabila berlaku kehilangan kanak kanak Jika ibu bapa atau seseorang kehilangan kanak kanak dibawah jagaan mereka sistem ...
Khawatir Parpol Tersisa 2 Seperti Di As Ahy Ingin Sistem Politik Indonesia Diubah

Khawatir Parpol Tersisa 2 Seperti Di As Ahy Ingin Sistem Politik Indonesia Diubah

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 215 hits
Demokrat juga mencermati praktik pemilu serentak yang dilakukan tahun ini Pemilihan Presiden yang berbarengan dengan Pemilihan Legislatif tidak menguntungkan partai yang tak mengusung kadernya sebagai calon presiden
Sistem Pemerintahan Kerajaan Hindu Budha Dan Islam

Sistem Pemerintahan Kerajaan Hindu Budha Dan Islam

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 851 hits
Pelajaran click kali ini akan memberikan pembahasan singkat tentang sistem pemerintahan kerajaan Hindu Budha dan Islam pada zaman dahulu Jika demikian dapat diketahui bahwa sejak zaman pra sejarah masyarakat telah mengenal yang namanya sist...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

There Is An Awakening

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

App Inarah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ngedate

Al Qur An Sebagai Obat Dan Faktor Yang Mempengaruhi Berhasilnya Ruqyah

Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja