Ini 9 Tujuan Yang Membolehkan Pengeluaran Sebahagian Duit Kwsp Anda


 



April 16, 2022 Sama ada korang dah bertahun bekerja atau baru je menceburi dunia pekerjaan, sumbangan kepada KWSP sangatlah wajib demi masa depan korang, terutama kalau ada emergency atau kegunaan di hari tua nanti.
Kalau korang bekerja sepenuh masa, majikan dahpun siap potongkan setiap bulan. Korang yang bekerja sendiri pulak boleh buka akaun i-Saraan KWSP, yang merupakan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan.
Ia membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela bagi tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. Best kan?
Tapi dalam hidup ni, macam-macam benda tak diduga yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebab tulah kena ada persediaan terutamanya dari segi kewangan. Walaupun korang tak digalakkan untuk usik wang simpanan persaraan, KWSP turut memberi kelonggaran untuk korang buat pengeluaran bagi tujuan tertentu yang urgent dengan syarat-syarat tertentu.
KWSP benarkan Pengeluaran Sebahagian untuk 9 tujuan ni:#1 Bina Rumah Korang boleh keluar duit dari Akaun 2 untuk tujuan ni. Pilih sama ada nak buat Pengeluaran Individu atau Pengeluaran Bersama Pasangan/Ahli Keluarga.
#2 Perumahan FleksibelUntuk tujuan ni, pengeluaran korang boleh menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan. Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk korang punya Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
#3 KesihatanAhli yang menghadapi masalah kesihatan dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan serta rawatan kesuburan.
Selain diri sendiri, mereka yang layak dibiayai termasuklah mak ayah korang (kandung, angkat, tiri, mentua), pasangan, adik-beradik (kandung), dan anak-anak (kandung, angkat, tiri).
#4 Pendidikan Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
#5 Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Korang boleh buat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
#6 Perumahan PR1MAKorang boleh gunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari untuk dapatkan rumah PR1MA korang yang pertama!
#7 Beli Rumah Dengan harga hartanah yang melonjak tinggi, memiliki rumah sendiri sememangnya mencabar tapi tak mustahil. Dengan adanya pengeluaran KWSP, ia sedikit sebanyak mengurangkan beban korang dalam membeli rumah.
#8 Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Bukan senang tau nak bayar ansuran bulanan, terutama mereka yang banyak komitmen. At least simpanan yang ada dari Akaun 2 sedikit sebanyak boleh bantu korang bayar ansuran bulanan bagi tempoh enam bulan atau sehingga masalah kewangan korang selesai.
#9 HajiAhli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.
Untuk info penuh tentang Pengeluaran Sebahagian dan macam mana nak keluarkan duit KWSP, korang boleh check out laman Pengeluaran Sebahagian KWSP.
Sekarang korang dah tau yang korang tak perlu tunggu sampai bersara untuk buat pengeluaran. Tapi sebelum tu kenalah pastikan yang korang konsisten dalam membuat caruman tiap-tiap bulan sebaik sahaja mula bekerja.
Kalau korang nak tau, sekarang nak buat caruman makin senang tau! Tak kiralah apa jua jenis transaksi yang korang nak buat dengan KWSP, korang guna je kaedah pembayaran tanpa tunai! KWSP menerima bayaran dalam bentuk Kad ATM (MyDebit), FPX, dan DirectDebit.
Bukan KWSP je tau, korang boleh buat transaksi tanpa tunai yang mudah, pantas dan masa nyata di beberapa agensi kerajaan terpilih, iaitu:
Jabatan Kastam Diraja M’sia (JKDM)Jabatan Imigresen M’sia (JIM)Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)Polis Diraja M’sia (PDRM)Kementerian Kesihatan M’sia (KKM)Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Kementerian Perumahan dan K’jaan Tempatan (KPKT)Kehakiman (Mahkamah)Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)Jabatan Insolvensi M’sia (MdI)Jabatan Ukur dan Pemetaan M’sia (JUPEM)Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan  (PPTG WP)Majlis Amanah Rakyat (MARA)Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga PeperiksaanKementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI)Hospital UiTM Puncak AlamDengan Kempen Cashless Boleh 2 yang berlangsung sehingga 31 Mei 2022, korang hanya perlu berurus niaga atau buat pembayaran tanpa tunai di mana-mana agensi kerajaan terpilih ni sepanjang tempoh kempen untuk layak (auto-masuk) memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 bagi setiap seorang pemenang (seramai 100 orang pemenang akan dipilih sepanjang kempen berlangsung).
Takde jumlah minimum dan korang boleh gunakan salah satu daripada perkhidmatan e-Pembayaran ni, sama ada MyDebit (Kad ATM korang), FPX, JomPAY, DirectDebit, atau DuitNow QR.
Dengan ini korang boleh jimat banyak masa, tak perlu bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak, tak perlu risau kena bawa duit syiling yang berat atau wang tunai kecil untuk jumlah bayaran kecil, dan berurus niaga dengan selamat serta direkodkan dalam akaun bank.
Kalau nak tau lebih lanjut tentang kaedah pembayaran tanpa tunai yang ada serta Kempen Cashless Boleh 2 yang sedang berlangsung ni, korang boleh check out laman web PayNet.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/ini-9-tujuan-yang-membolehkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Langkah Mudah Daftar I Akaun Untuk Pengeluaran Rm10 000 Kwsp

3 Langkah Mudah Daftar I Akaun Untuk Pengeluaran Rm10 000 Kwsp

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 242 hits
Pengeluaran Khas adalah untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa Peralihan Ke Endemik sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID 19 Kami kongsikan kep...
Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas Kwsp April

Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas Kwsp April

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 348 hits
Malam ini jutaan rakyat Malaysia tak sabar menunggu keptusan permohonan mereka melali KWSP baru baru ini Umum sedia maklum bermula 9 April 2022 keputusan permohohan pengeluaran wang KWSP maksima RM10000 boleh diketahui dilaman web rasmi KWS...
Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp 10k Mulai 09 April 2022

Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp 10k Mulai 09 April 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 630 hits
Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10K Mulai 09 April 2022 Semak Permohonan pengeluaran khas KWSP boleh disemak mulai esok 09 04 2022 Pemohon yang telah memohon boleh melayari link semakan Berikut adalah link bagi Pengeluaran Kha...
Dah Anak Dua Baru Rasa Kereta Sendiri Wanita Bersyukur Dapat Beli Kereta Kancil Duit Kwsp

Dah Anak Dua Baru Rasa Kereta Sendiri Wanita Bersyukur Dapat Beli Kereta Kancil Duit Kwsp

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 198 hits
Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Isnin lalu nampaknya memberi sinar dan harapan baru buat hampir semua rakyat Malaysia Tidak dinafikan ramai terjejas susulan pandemik Covid 19 yang melanda justeri itu amat besar harapan merek...
Takut Tak Sempat Berbakti Pemuda Keluarkan Duit Kwsp Rm10 Ribu Beri Pada Ibu

Takut Tak Sempat Berbakti Pemuda Keluarkan Duit Kwsp Rm10 Ribu Beri Pada Ibu

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 169 hits
Salute lah bro baru 32 tahun tapi tak kisah nak keluarkan KWSP untuk hargai ibu Amran memberikan wang itu sebagai tanda penghargaan kepada si ibu yang sudah bersusah payah membesarkannya Setiap yang bergelar anak itu pasti sahaja mahu memba...
Crazy Rich Makassar Bagi Bagi Duit Rp50 Ribu Ke Ratusan Orang

Crazy Rich Makassar Bagi Bagi Duit Rp50 Ribu Ke Ratusan Orang

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 176 hits
Crazy Rich Makassar Ambo Rukka kembali melakukan bagi bagi atau sedekah uang kepada warga di Jalan Mairo Sabtu Tampak antrean panjang terjadi Ditaksir sampai ratusan orang Mulai dari anak anak remaja pria dan wanita dewasa tak mau ketinggal...
Demi Kasih Ibu Pemuda Ini Serah Wang Kwsp Rm10 000 S4yu Jawapan Ketika Ditanya Soal Jodoh Duit Kahwin

Demi Kasih Ibu Pemuda Ini Serah Wang Kwsp Rm10 000 S4yu Jawapan Ketika Ditanya Soal Jodoh Duit Kahwin

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 276 hits
Pembayaran one off bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sehingga RM10 000 mulai Isnin nyata menggembirakan ramai lebih lebih lagi menjelang ketibaan 1 Syawal Segelintir pencarum sudah mengeluarkan wang tersebut untuk pelbaga...
Dapat Je Duit Rm10 000 Dari Kwsp Lelaki Ini Terus Serahkan Kepada Ibunya

Dapat Je Duit Rm10 000 Dari Kwsp Lelaki Ini Terus Serahkan Kepada Ibunya

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 317 hits
Dapat je duit RM10 000 dari KWSP lelaki ini terus serahkan kepada ibunya18 April 2022 pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mula dilakukan secara berperingkat setelah Menteri Kewangan meminta KWSP mempercepatkan pembaya...
Ini Syarat Cara Bayaran Pengeluaran Khas Rm10 000 Kwsp Pemohon

Ini Syarat Cara Bayaran Pengeluaran Khas Rm10 000 Kwsp Pemohon

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 338 hits
Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa Peralihan Ke Endemik sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID 19 Berapaka...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda