Ini 7 Ceo Gaji Paling Tinggi Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu
Fuhh! Masalah kewangan memang tidak pernah hilang dan selalu dihadapi oleh rakyat biasa seperti kita semua. Maklumlah, terima gaji cukup-cukup makan menyebabkan kita mungkin tidak dapat membuat simpanan. Tapi Ohmedia bukan nak kongsikan masalah kewangan ni, tapi Ohmedia nak kongsikan tujuh orang CEO yang menerima gaji paling tinggi di Malaysia. Haa, cuba kita tengok sikit besar mana gaji mereka semua agaknya.
CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif adalah seorang yang dianggap berada di kelas paling tinggi dalam sesuatu syarikat dan juga menerima gaji yang cukup lumayan. Seorang CEO juga perlu menentukan keputusan akhir dan memantau dari proses operasi hinggalah dalam proses menimba idea baru dan perancangan masa hadapan sesebuah syarikat.
Jadi jom kita lihat senarai CEO gaji paling tinggi di Malaysia yang Ohmedia petik dari sumber Iluminasi,com dan kita lihat dari tempat ke-7.
7. Axiata Group BerhadBila dengar Axiata mesti terbayang Celcom yang merupakan salah satu konglomerat telekomunikasi di Malaysia dan kini mereka mempunyai permodalan pasaran bersih sebanyak RM38.55 bilion.
CEO mereka, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berjaya menjadi yang ke-7 dalam senarai ini dengan mencatat.
Gaji dan bonus - RM3.57 juta
Lain-lain - RM6.37 juta
Jumlah pendapatan - RM6.37 juta
6.Tenaga Nasional BerhadTidak peliklah jika syarikat ini tersenarai apabila hanya mereka sahaja yang bertanggungjawab dalam memberikan punca tenaga kepada seluruh Malaysia dengan permodalan pasaran sebanyak RM58 bilion
Kalau korang tahu, TNB juga merupakan anak syarikat kepada Khazanah Nasional dan CEO adalah Datuk Seri Ir. Azman bin Mohd dan mempunyai pendapatan lebih daripada RM7 juta bagi tahun 2017.
Gaji - RM3.49 juta
Bonus - RM3.0 juta
Manfaat - RM639,099
Jumlah pendapatan - RM7.25 juta
5. Sime Darby PlantationBila sebut pasal Sime Darby, Ohmedia selalu terfikir kenapa agaknya syarikat plantation yang dikawal kerajaan seperti FELDA tak berjaya macam mereka. Ok, seperti semua sedia maklum, Sime Darby Plantation adalah antara syarikat yang mengeluarkan produk daripada miinyak sawit dengan permodalan pasaran bersih sebanyak RM35.9 bilion.
CEO, Dato’ Mohd Bakke Salleh memperoleh pendapatan sebanyak RM7.86 juta secara keseluruhan pada tahun 2017.
Gaji dan lain-lain - RM7.83 juta
Manfaat - RM32,000
Jumlah pendapatan - RM7.86 juta
4. MaybankMaybank pula adalah sebuah bank yang amat terkemuka dan paling besar di Malaysia dan ini termasuklah Maybank Islamic, Maybank Investment Berhad dan Etiqa Insurance.
Datuk Abdul Farid Alias adalah CEO ketika ini dan laporan kewangan tahun 2017 menunjukkan pendapatan yang diterima adalah lebih daripada RM8 juta.
Gaji - RM2.4 juta
Bonus - RM4.3 juta
Manfaat - RM39,000
Lain-lain - RM1.996 juta
Jumlah pendapatan - RM8.735 juta
3. CIMBKini nilai bersih pasaran CIMB Group Holding melebihi RM38 bilion dan mengendalikan banyak anak syarikat sama seperti Public Bank dan Maybank.
CEO ketika ini Dato’ Sri Zafrul Aziz dan menurut laporan tahunan syarikat ini, pendapatan beliau pada tahun 2017 hampir mencecah RM10 juta.
Gaji dan lain-lain - RM9.86 juta
Manfaat - RM24,000
Jumlah pendapatan - RM9.89 juta
2. Publick BankNilai pasaran bersih melebihi RM73 bilion. Public Bank Berhad merupakan antara salah satu bank terbesar di Asia Tenggara dengan perolehan bersih sebanyak RM5.47 bilion dan asset bernilai RM395 bilion.
Laporan kewangan tahunan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2017 menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Tay Ah Lek memperoleh pendapatan sebanyak RM27.84 juta secara keseluruhan.
Gaji - RM11.08 juta
Bonus- RM15,974,000
Manfaat - RM28,000
Jumlah pendapatan - RM27.84 juta
1. Genting BerhadKorang dapat jangkakan tak? Syarikat ini mempunyai pelbagai anak syarikat yang beroperasi di bawah kendaliannya termasuklah Genting Singapore, Genting Malaysia Berhad dan Genting Plantation Berhad.
CEO Genting Berhad, Tan Sri Lim Kok Thay yang juga anak kedua kepada pengasas kumpulan syarikat ini merupakan CEO yang mendapat pendapatan tertinggi di Malaysia, iaitu hampir RM170 juta pada tahun 2017.
Gaji dan bonus - RM130.3 juta
Manfaat - RM2 juta
Lain-lain - RM35.1 juta
Jumlah pendapatan - RM168 juta
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
<hr>
<h3>
Oh! Makan</h3>
<center>
<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/zA-gfA3bgpk" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe></center>
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/08/ini-7-ceo-gaji-paling-tinggi-di.html