Ini 6 Minuman Penawar Yang Boleh Bantu Melawan Demam Denggi
Apa itu demam denggi? Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti. Terdapat 4 jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Manakala demam denggi berdarah pula adalah merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Jika seseorang individu telah disahkan menghidap demam denggi, apakah cara merawatnya?
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Walau bagaimanapun, terdapat minuman dan jus yang dipercayai dapat membantu pesakit demam denggi seperti:
1. Jus daun betik
Kementerian Kesihatan menjalankan kajian bagi kesan daun betik untuk merawat demam denggi. Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Hilmi Yahaya pernah berkata penyelidikan awal menunjukkan bahawa ekstrak daun betik dapat meningkatkan tahap platelet dalam pesakit yang menghidap demam denggi
"Pengambilan minuman jus daripada produk berasaskan daun betik sebagai rawatan alternatif untuk demam denggi dipercayai dapat mempercepatkan pemulihan bagi pesakit denggi," jelasnya.
2. Sup ketam
Sup ketam merupakan salah satu cara traditional untuk melawan demam denggi. Ketam dipercayai mengandungi protein yang tinggi dan ia dapat membantu meningkatkan kandungan platelet darah dalam badan.
3. Jus jambu batu merah
Jambu batu merah mengandungi vitamin C dan ia membantu meningkatkan imuniti terhadap bakteria dalam badan. Selain itu, ia juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat.
4. Minuman isotonik
Minuman isotonik dapat membantu menambahkan tenaga. Ia dapat membantu pesakit demam denggi untuk mengekalkan hidrasi dalam badan.
5. Air kelapa muda
Air kelapa muda dapat menambahkan tahap mineral yang hilang di dalam badan disebabkan demam denggi serta ia juga membantu untuk menyejukkan badan.
6. Jus kurma atau buah kurma
Kurma sangat tinggi dari segi kandungan gula, zink, dan vitamin. Selain untuk membantu pesakit demam denggi, ia memang terkenal sebagai penawar segala penyakit.
Meskipun begitu, ia amat penting bagi pesakit denggi untuk mendapatkan rawatan doktor sebelum mencuba rawatan alternatif kerana denggi boleh membawa maut!
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/06/ini-6-minuman-penawar-yang-boleh-bantu.html