Ini 5 Jenis Ubat Masih Dalam Kajian Berpotensi Rawat Covid 19


Najmi Syahiran Mamat, Astro Awani Ini lima jenis ubat yang boleh dikatakan masih dalam kajian untuk diguna pakai kepada pesakit COVID-19. - Gambar Astro AWANI
KETIKA vaksin untuk mencegah dan melawan virus COVID-19 masih dalam pencarian, ubat yang sedia ada juga kekal menjadi perdebatan kajian oleh saintis dan pakar perubatan dari seluruh dunia.

Namun, adakah ubat-ubatan yang sesetengah daripadanya didakwa mampu merawat ‘musuh halimunan’ ini betul-betul berkesan?

Apa yang pasti, setiap ubat pasti ada kesan sampingannya.

Berikut disenaraikan lima jenis ubat yang boleh dikatakan masih dalam kajian untuk diguna pakai kepada pesakit COVID-19.
1) Ubat anti-malaria Hydroxychloroquine

Hydroxychloroquine (HCQ) merupakan ubat yang paling popular dalam usaha pencarian penawar COVID-19 ketika ini kerana ia pada awalnya didakwa boleh merawat virus itu

Malah pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat giat mempromosikan ubat anti-radang ini dengan mengakui beliau mengambilnya sebagai pencegahan untuk virus terbabit.

BACA: COVID-19: AS hantar 2 juta dos ubat anti-malaria ke Brazil

Namun, ia menjadi pertikaian apabila ada sesetengah negara seperti Perancis berhenti menggunakan HCQ sebagai rawatan.

Antara negara yang turut sama mengikut jejak Perancis ialah Itali, Mesir, Tunisia, Colombia, Chile, El Salvador, Cape Verde, Albania dan Bosnia Herzegovina.

Sementara negara yang masih meneruskan penggunaan HCQ ialah Brazil, Algeria, Maghribi, Turki, Jordan, Romania, Portugal, Kenya, Senegal, Chad dan Republik Congo.

Di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata negara ini masih menggunakannya, namun berjaga-jaga.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 25 Mei lalu, bagaimanapun, mengumumkan untuk menggantung buat sementara waktu penggunaan HCQ sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian yang dilakukannya di peringkat global.

Ia selepas kajian mencadangkan penggunaan ubat anti malaria itu meningkatkan risiko kematian dalam kalangan pesakit COVID-19.

Namun, badan itu pada 4 Jun mengumumkan ujian klinikal ubat anti malaria bagi rawatan koronavirus akan diteruskan semula.

Dalam masa sama, badan itu merumuskan tiada sebab untuk menukar protokol ujian selepas meneliti data mortaliti.

HCQ biasanya digunakan untuk merawat artritis dan chloroquine, antimalaria.

2) Ubat kutu Ivermectin

Penyelidik Melbourne di Australia mendakwa ubat antiparasit Ivermectin yang biasa digunakan untuk memerangi gejala kutu kepala mampu membunuh virus yang menyebabkan COVID-19 dalam tempoh 48 jam.

Kajian yang diketuai oleh Universiti Monash itu menunjukkan dos tinggi ubat biasa Ivermectin dapat menghalang virus SARS-CoV-2 yang hidup di dalam sel manusia.

Bagaimanapun, sehingga kini, tidak diketahui dengan tepat bagaimana Ivermectin berfungsi terhadap SARS-CoV-2, iaitu virus yang menyebabkan COVID-19.

Sebatian penawar itu dianggap sebagai penghalang salah satu proses semulajadi sel.

Ivermectin juga telah terbukti berkesan dalam kajian makmal terhadap virus termasuk HIV, denggi dan influenza.

BACA: Ubat kutu Ivermectin mampu rawat jangkitan COVID-19 - Saintis Australia

3) Ubat antiviral Favipiravir

Avigan, atau turut dikenali Favipiravir, adalah ubat antivirus yang dibangunkan Toyama Chemical of Japan bagi merawat influenza.

Namun, penyelidik China mendapati ia turut berkesan merawat COVID-19.

Menerusi perkembangan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbang penggunaan ubat ini bagi merawat pesakit positif COVID-19.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ubat itu, yang juga dikenali sebagai Avigan dan Fuhaikang, tidak didaftarkan di negara ini namun ia tertakluk kepada kelulusan KKM selepas meneliti kesan sampingannya.

BACA: COVID-19: KKM pertimbang guna Favipiravir rawat pesakit

4) Ubat anti-viral Remdesivir

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Mei lalu mula membenarkan penggunaan ubat Remdesivir yang masih dalam kajian untuk merawat pesakit COVID-19 semasa kecemasan.

China juga pernah menjalankan ujian klinikal ke atas 500 pesakit koronavirus menggunakan ubat antiviral itu yang dipercayai berpotensi menyembuhkan penyakit itu.

Antivirus itu pertama kali dihasilkan oleh syarikat gergasi farmaseutikal biotek Gilead Sciences bagi merawat jangkitan virus Ebola dan Marburg.

Menerusi kajian yang dijalankan ke atas jangkitan dalam tikus dan monyet, ia bagaimanapun turut menunjukkan potensi sebagai ejen antiviral melawan koronavirus seperti SARS (sindrom pernafasan akut teruk).

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) pada Rabu memaklumkan kementerian itu sedang mengumpul data mengenai keberkesanan dan kesan sampingan penggunaan ubat antivirus Remdesivir dalam merawat pesakit COVID-19.

BACA: COVID-19: KKM kaji kesan ubat Remdesivir, akan maklum kepada WHO

BACA: Tiga jenis ubat boleh diguna rawat COVID-19 - KP Kesihatan

5) Gabungan Ritonavir/Lopinavir dan Interferon-beta

Menurut Dr Y.L.M, seperti dipetik dari laporan The Star, ritonavir merupakan ubat antiretroviral yang digunakan untuk merawat HIV ketika penemuan pertamanya pada 1989.

Fungsi ubat lopinavir pula hanya berfungsi apabila ia digandingkan dengan ritonavir.

Kajian di Wuhan, bagaimanapun, mendapati kombinasi kedua-dua  itu tidak berkesan untuk melawan COVID-19.

Sementara itu, interferon-beta pula adalah tindak balas dalam bentuk ‘sitokin’ yang dihasilkan oleh badan kita sendiri sebagai sebahagian daripada tindak balas imun terhadap virus atau bakteria yang menyerang.

Pencarian penawar bagi merawat penyakit ini secara jelas menjadi salah satu ikhtiar dan usaha bagi sesebuah sistem kesihatan setiap negara untuk memerangi pandemik yang telah meragut ratusan ribu nyawa.

Lambat atau cepat, setiap individu perlu yakin bahawa ia boleh ditangani kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/ini-5-jenis-ubat-masih-dalam-kajian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jobstreet Laporkan 5 Bidang Kerja Ini Masih Mendapat Permintaan Di Era Covid 19

Jobstreet Laporkan 5 Bidang Kerja Ini Masih Mendapat Permintaan Di Era Covid 19

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 289 hits
Situasi COVID 19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara kita ketika ini jelas memberi kesan kepada sektor ekonomi dan juga peluang pekerjaan Untuk rekod satu daripada lima rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan manakala 35 peratus lagi me...
Rawatan Covid 19 Menggunakan Ubat Tradisional Permasalahan Dan Potensi

Rawatan Covid 19 Menggunakan Ubat Tradisional Permasalahan Dan Potensi

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 306 hits
Oleh Dr Nurul Iman Aminudin Jabatan Kimia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Baru baru ini telah tular di laman media sosial berkenaan penggunaan pelbagai jenis herba tempatan seperti daun semambu dan daun ketum sebagai kaedah rawatan a...
Kasus Positif Covid 19 Tembus 20 Ribu Luhut Masih Batas Normal

Kasus Positif Covid 19 Tembus 20 Ribu Luhut Masih Batas Normal

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 330 hits
JAKARTA Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan menilai jumlah kasus penderita positif corona di Indonesia yang mencapai 22 750 orang menurutnya masih dalam batas normal Sebagai informasi berdasarkan dat...
Penularan Lokal Covid 19 Masih Jadi Pekerjaan Rumah Pemprov Bali

Penularan Lokal Covid 19 Masih Jadi Pekerjaan Rumah Pemprov Bali

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 259 hits
Jumlah angka positif di Bali sebagian besar masih didominasi oleh imported case untuk transmisi lokal sejumlah 217 orang
Malaysia Dan Turki Sedia Bekerjasama Bangunkan Vaksin Dan Ubat Berkaitan Covid 19

Malaysia Dan Turki Sedia Bekerjasama Bangunkan Vaksin Dan Ubat Berkaitan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Malaysia dan Turki sepakat untuk memanfaatkan kekuatan masing masing bagi memerangi pandemik COVID 19 sekali gus bersedia bekerjasama dalam membangunkan vaksin dan ubat ubatan berkaitannya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yass...
Dah Bagi Ubat Demam Tapi Badan Anak Masih Panas Ini Kesilapan Yang Selalu Dibuat

Dah Bagi Ubat Demam Tapi Badan Anak Masih Panas Ini Kesilapan Yang Selalu Dibuat

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 379 hits
Ibu ayah semestinya akan merasa risau jika anak anak demam dan masih tidak kebah walaupun sudah diberikan ubat Pelik juga sebab paracetamol yang disuap pada anak mengikut sukatan seperti yang tertulis di kotak Tidak lebih dan tidak kurang D...
Kemendagri Akui Kenaikan Kasus Positif Covid 19 Masih Terjadi Di Berbagai Daerah

Kemendagri Akui Kenaikan Kasus Positif Covid 19 Masih Terjadi Di Berbagai Daerah

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 207 hits
Plt Dirjen Bina Administrasi Kewilayahan Kemendagri RI Safrizal mengatakan ada sejumlah daerah R0 di atas 1 Artinya menggambarkan jumlah kasus positif virus asal Wuhan China itu masih bertambah
Hiburan Masih Ada Sampai Sekarang Wawa Zainal Pakai Pinggan Free Ubat Gigi Sejak Awal Kahwin

Hiburan Masih Ada Sampai Sekarang Wawa Zainal Pakai Pinggan Free Ubat Gigi Sejak Awal Kahwin

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 643 hits
Pelakon cantik Wawa Zainal membuat pengakuan di Instagram bahawa dia tidak memiliki peralatan pinggan mangkuk mahal ataupun yang sedang rancak tular dalam kalangan suri rumah Dia yang memuat naik foto memaparkan dua buah pinggan dipercayai ...
Pesakit Covid 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif

Pesakit Covid 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 419 hits
Pesakit COVID 19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif Pesakit COVID 19 yang sudah 14 hari menerima rawatan akan dibenarkan pulang walau masih positif virus berkenaan kata Kementerian Kesihatan Malaysia da...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord