Ini 4 Perkara Leave No One Behind Air Mineral Mahal Dari Petrol




'Leave no one behind': Hari Air Sedunia  TANGGAL 22 Mac saban tahun akan diingati dan diadakan sambutan Hari Air Sedunia. Ia satu usaha antarabangsa bagi memastikan krisis air yang dihadapi oleh ramai pihak di segenap penjuru muka bumi dapat dilihat dengan dekat dan penyelesaian demi penyelesaian dicadangkan bagi memastikan tiada siapa yang akan ketinggalan. 
Menjelang tahun 2030 ianya diharap menjadi satu tarikh di mana tiada lagi manusia yang tertindas dalam mendapat akses air bersih untuk kehidupan mereka. Sehingga kini, ribuan juta masyarakat dunia masih bergelut dengan masalah air bersih untuk kehidupan rumahtangga, sekolah, tempat kerja, kebun dan perladangan, kilang serta pelbagai lagi segmen lain.Dalam satu naskhah kajian yang diterbitkan oleh North-West University, Vaal Triangle Campus, South Africa ada disebutkan mengenai anggaran yang dibuat oleh Bank Dunia iaitu sekitar 166 juta manusia dari 18 negara terkesan dengan kekurangan sumber air bersih, manakala 270 juta lagi dari 11 buah negara mengalami masalah 'water stressed' iaitu jumlah kehendak dan permintaan terhadap air bersih lebih tinggi berbanding sumber yang wujud tersedia pada waktu itu. 
Sehingga kini World Resources Institute menyebut terdapat 37 buah negara yang mengalami krisis teruk 'water stressed' yang membawa erti lebih 80 peratus sumber air untuk kegunaan domestik, pertanian dan industri adalah tidak mencukupi.Di Malaysia, pada tahun ini akan diadakan sambutan hari air ini di Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Melaka pada 12 April bulan hadapan. Ia bakal dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dalam usaha memberikan ilmu dan kesedaran mengenai kepentingan sumber air dan kaedah mengekalkan kualiti air kepada pelajar pelajar sekolah. 
Di mana terdahulu, bagi peringkat kebangsaan, secara rasminya Sambutan Hari Air Sedunia 2019 akan dibuat pada 23 Mac 2019 di Pantai Merdeka, Kuala Muda, Kedah.Sambutan di Melaka ini begitu ironi sekali kerana sungai negeri ini sering ditonjolkan sebagai bermasalah dengan kekotoran dan pencemaran sejak sekian lama. Sungai Tuang sebagai contoh masyhur apabila dicemari dengan najis babi dari puluhan kandang di sekitar sehingga mengalir mengotori pula pantai Teluk Gong. 
Begitu juga kerosakan air Sungai Chohong, Jasin dipercayai akibat pencemaran dari kilang pengeluaran ayam dan sampah serta najis babi. Biarpun kerajaan Melaka mengatakan punca pencemaran ini adalah dari Tangkak, Johor, tapi ia sama sahaja. Beberapa tahun sebelum daripada ini kecoh mengenai penduduk sekitar Sungai Ayer Salak, Melaka, yang mengadu kehidupan mereka amat tidak selesa kerana sungai berkenaan dipenuhi bahan kimia dipercayai cecair seperti minyak.  Sambutan Hari Air Sedunia tahun ini amat tragis bagi penduduk Pasir Gudang. Pencemaran pada tahap yang amat teruk dan di luar batas akal fikiran kita telah terjadi di Sungai Kim Kim. Ribuan penduduk terjejas. Ribuan juga laporan berita mengenainya dibuat sehinggakan dibawa usul darurat ke Parlimen. Air Sungai Kim Kim bukan sahaja sudah tidak mampu menjadi 'air bersih' untuk kegunaan penduduk sekitar, tetapi berubah pula menjadi racun yang memudaratkan.Satu perkara lagi yang sedang dihadapi penduduk negara ini adalah cuaca panas dan kemarau panjang. Keadaan cuaca panas dan kering yang telah melanda Negeri Kedah sebagai contohnya dijangka berterusan sehingga Mei 2019. Kawasan tadahan air Gunung Jerai terjejas teruk dan berlakulah pengurangan kuantiti sumber air mentah. Operasi Loji Headwork Tupah, Loji Headwork Merbok dan Loji Headwork Gurun telah terjejas dan sehingga kini, ketiga-tiga loji headwork ini hanya mampu beroperasi sekitar 50 peratus daripada kapasiti pengeluaran normal sekali gus menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air yang kritikal kepada pengguna yang berada di kawasan tinggi dan penghujung sistem.Satu lagi lokasi panas melampau serta kering berpanjangan yang mengundang masalah bekalan air yang menjejaskan 6,561 pemilik akaun adalah di daerah Pekan. Pegawai Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Nurul Farhana Abdul Hamid, berkata fenomena yang dijangka berlanjutan sehingga penghujung Mac itu mengakibatkan Sungai Mentiga kering, sekali gus menyaksikan penyusutan mendadak terhadap paras bekalan di Loji Air Chini. Penduduk sekitar telahpun mengadakan solat sunat istisqa’ semalam bagi memohon kepada Allah S.W.T rezeki hujan.Selain daripada masalah bekalan air sungai yang tercemar, cuaca panas melampau sehingga banyak loji ditutup, seperkara lagi adalah mengenai polisi dan kaedah pengurusan air itu sendiri.  Kerajaan Melaka sebagai contohnya mengumumkan kenaikan tarif air bermula awal tahun ini dan ia telah meresahkan para pengguna tempatan. 
Biarpun Ketua Menteri Melaka memberi jaminan bahawa peningkatan tarif ini tidak akan membebankan para pengguna, namun rakyat sudah tidak lagi percaya akan kata kata serta jaminan yang tidak masuk akal sebegini. Pulau Pinang awal lagi sebelum ini mengumumkan kenaikan 20 peratus tarif air manakala Perak dan Negeri Sembilan dalam proses kajian untuk menaikkannya. 
Selepas PRU 14 tempoh hari kelihatan kerajaan kerajaan negeri pimpinan PH seakan akan berlumba untuk menaikkan caj air. Lebih memalukan apabila keluar kenyataan seperti, “Rakyat perlu melihat keputusan menaikkan tarif air sebagai satu tanggungjawab dan mereka wajar menunjukkan rasa belas kasihan kepada kerajaan,” oleh Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar.Sedarkah YB Menteri bahawa dunia masakini menujukkan bagaimana harga air mineral pun kebanyakkannya telah lebih mahal berbanding petrol? Kenapa mahu diminta rakyat kasihankan kerajaan yang dilihat secara wewenang menaikkan caj air? Soal kos yang tinggi itu tidak perlu diperbesarkan kerana ia adalah tanggungjawab wajib kerajaan yang memerintah. 
Jika idea membuat terowong boleh dijalankan walau memakan kos berbillion, kenapa untuk perbekalan air bersih bagi kegunaan rakyat sehari hari, kerajaan terlalu berkira kira?Satu hal lain juga, pada hari Sambutan Air Sedunia ini, kerajaan wajib memulakan segera perbincangan semula berkaitan bekalan air ke Singapura. Telah berapa lama perkara ini berlarutan sehinggakan rakyat sudah naik jemu. Mengikut perjanjian semasa yang berakhir pada tahun 2061, Malaysia membekalkan Singapura dengan 250 juta gelen air mentah setiap hari pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen. 
Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripada bekalan itu pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen. Ini bukan soal berkira kira atau 'kedekut' dengan negara jiran. Tetapi biarlah munasabah bagi fikiran rakyat zaman ini. Harga untuk 1,000 gelen hanya 3 sen? Apa yang boleh dibuat dengan 3 sen pada tahun 2019 ini? Wahai kerajaan PH, muktamadkanlah polemik ini!Bagi penulis sendiri sebagai rakyat Kelantan, tema Sambutan Hari Air Sedunia tahun ini “Leave No One Behind” amat mengujakan. Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah lama seiring dan menyokong sambutan ini.  Tema yang memberikan maksud “tidak ada seorangpun akan diabaikan hak mendapat bekalan air bersih” yang menjadi keperluan asas semua insan telah lama diberi perhatian di negeri ini.Dalam mencapai apa yang dimaksudkan oleh tema pada tahun ini, AKSB kelihatannya telah pun mengorak langkah yang dimaksudkan. Antaranya:1.    Menukar kaedah pengambilan air mentah dari air permukaan kepada air bawah tanah atau gabungan kedua-duanya yang dipanggil hibrid. Usaha ini penting kerana kajian menunjukkan kadar penurunan hujan di seluruh dunia kesan daripada fenomena EL Nino akan memberikan impak kepada aras air sungai sungai utama di Malaysia. Ini dibuktikan pada tahun ini yang mana kemarau telahpun bermula sejak awal Februari berbanding 5 tahun sebelumnya ia hanya akan bermula seawal April atau Mei setiap tahun.2.    Pembinaan loji baru dan juga menaiktaraf loji loji lama. Loji yang sedang dibina ialah Loji Kg Telok berkapasiti 30JLH (Juta Liter Sehari). Loji Tualang berkapasiti 20JLH. Peringkat tender pula adalah Loji Chicha II berkapasiti 40JLH. Manakala bagi peringkat rekabentuk Loji Tg Mas (30JLH), Loji Bukit Chuak dan Gua Musang (10JLH).3.    Penukaran paip lama dan uzur jenis asbestos cement sepanjang 450 kilometer bagi tahun 2019 sehingga 2020. Sehingga kini 5 Pakej sudah dilantik operatornya. Manakala selebihnya secara berperingkat sehingga September 2019.4.    Mengadakan kempen sambungan baharu dan sambungan semula secara agresif semenjak bermula April 2019.Semua usaha usaha di atas adalah untuk memastikan bekalan air yang mampan untuk negeri Kelantan dan kearah usaha menambahkan kadar liputan 67.5 peratus pada Disember 2018 kepada 80 peratus sekurang-kurangnya pada Disember 2020. Syabas AKSB. Kami berbangga. Leave No One Behind.NAZMAN CHE IBERAHIMPengerusiLajnah Alam SekitarDewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 22/3/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teringat saya (Ibnu Hasyim) sewaktu saya mula-mula sampai ke Saudi Arabia pada tahun 1987, saya selalu berulang-alik dari Mekah ke Jeddah, dengan kereta. Tiba-tiba tayar kereta bocor, saya pergi betulkan di bengkel. Setelah selesai, saya basuh tangan saya dengan air di situ.

Pekerja bengkel itu marah, "Kenapa engkau basuh tangan dengan air, kan petrol banyak?"
Baru ku sedar, rupanya aku berada di negara yang kaya minyak, tetapi kekurangan air. Waktu itu air minum 1 liter 3 riyal, sedangkan harga petrol 1 riyal 3 liter.

Tetapi sekarang di negara-negara yang banyak air boleh terjadi harga air mineral lebih mahal dari petrol? Bahkan rakyat di negara sendiri membeli atau menggunakan air jauh lebih mahal dari harga air yang dijual kepada negara jiran..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/03/ini-4-perkara-leave-no-one-behind-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Mineral Hanya Serendah Rm75 47 Sahaja Sebulan

Air Mineral Hanya Serendah Rm75 47 Sahaja Sebulan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 553 hits
AIR MINERAL HANYA SERENDAH RM75 47 SAHAJA SEBULAN Lebih Jimat Lebih Murah Lebih Berbaloi Betul akak abang Dengan harga serendah dari RM75 47 sebulan anda mampu memiliki penapis air 3 suhu PANAS SEJUK ROOM jom pasang 1 dirumah dan 1 dirumah ...
Foto Buruh Asing Makan Nasi Berkuahkan Air Mineral Cetus Perhatian Netizan

Foto Buruh Asing Makan Nasi Berkuahkan Air Mineral Cetus Perhatian Netizan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 607 hits
Kadangkala kita mempunyai pandangan yang skeptikal mengenai kebanjiran pekerja asing di negara kita Namun salah satu perkara positif yang tidak dinafikan wujud dalam warga asing adalah kesungguhan mereka untuk mencari rezeki dan mengubah na...
32 Buah Rumah Atas Air Hangus Dalam Kebakaran

32 Buah Rumah Atas Air Hangus Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 327 hits
Foto Ihsan PembacaSANDAKAN 32 buah rumah atas air hangus dalam kebakaran di kawasan kampung air awal pagi tadi Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata pihak mereka menerima ...
5 Tip Pilih Kelapa Muda Banyak Air Dan Elok Isinya Cubalah Resipi Ni Sekali

5 Tip Pilih Kelapa Muda Banyak Air Dan Elok Isinya Cubalah Resipi Ni Sekali

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 524 hits
Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan Dapat pulak hirup isinya sekali memang puas rasanya Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih Kalau tersalah pilih memang ke ...
Larangan Laki Laki Mandi Dengan Air Panas

Larangan Laki Laki Mandi Dengan Air Panas

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 321 hits
Sekarang ini Banyak Sekali Pemandian2 Air Panas Sehingga Banyak Sekali Para Wisatawan Beramai2 untuk berendam Mandi Air Panas Tapi siapa Sangka Ternyata mandi atau Berendam Air Panas Ternyata Baca selengkapnya di https www a dhea com
5 Orang Di Air Terjun Tiu Kelep Dievakuasi 1 Korban Tertimpa Batu

5 Orang Di Air Terjun Tiu Kelep Dievakuasi 1 Korban Tertimpa Batu

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 223 hits
Warga Desa Senaru Kecamatan Bayan Lombok Utara Nusa Tenggara Barat memerlukan alat dongkrak untuk mengangkat batu yang menimpa tubuh seorang wisatawan yang meninggal karena terjebak di air terjun Tiu Kelep usai gempa tektonik 5 8 Skala Rich...
Air Terjun Bangen Tawai Andalan Nunukan Untuk Tarik Wisatawan Crossborder

Air Terjun Bangen Tawai Andalan Nunukan Untuk Tarik Wisatawan Crossborder

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 248 hits
Seperti bagian lainnya di Kalimantan Nunukan memiliki alam yang sangat bagus dan alamiah Keindahan itu bisa dilihat dari Air terjun Bangen Tawai Keindahannya sangat alami dan terjaga tutur Adella Jumat
Hamil 8 Bulan Setengah Air Ketuban Sedikit Kerana Gula Tinggi Raja Farah Risau Bayi Songsang

Hamil 8 Bulan Setengah Air Ketuban Sedikit Kerana Gula Tinggi Raja Farah Risau Bayi Songsang

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 460 hits
Setiap kehamilan mempunyai cabarannya Setiap anak berlainan Selebriti Raja Farah resah kandungan anak keduanya ini masih songsang pada usia kehamilan 8 bulan setengah serta air ketuban sedikit Ibu kepada Imran Iskandar ini juga mengalami di...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Persiapan Dajjal Mengambil Alih Dunia

Sejarah Ringkas Siapa Yahudi Israel Dan Zionis

Aktiviti Undangan Menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 Ppim 07 05 2024

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Eli Eli Lama Sabactani Matius 27 Ayat 46 By Dr Haji Murariau Dosen A

Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Mudah Di Rumah