Ingin Wakaf Rumah Yang Belum Selesai Pembayarannya



Soalan:
Saya ada sebuah rumah dan ingin mewakafkan rumah tersebut untuk dijadikan pusat tahfiz bagi anak-anak yatim. Namun, saya dimaklumkan bahawa saya tidak boleh mewakafkan rumah tersebut kerana masih ada baki hutang dengan bank. Hutang rumah tersebut masih berbaki 17 tahun. Saya mohon nasihat berkenaan perkara ini, dan nasihat dalam usaha saya mengumpul bekalan saham untuk kehidupan akhirat.

Jawapan:
Kami mulakan dengan takrif wakaf dan kelebihannya. Wakaf ditakrifkan sebagai “menahan harta yang boleh dimanfaatkan selama bendanya masih baik dengan cara memutuskan hak kepemilikan atas harta tersebut, dan dialihkan untuk kepentingan-kepentingan yang dibolehkan.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj, 25/307, Hasyiah Qalyubi, 3/99 dan Taqrirat al-Sadidah, Qism Buyu’ hlm. 159)

Amalan berwakaf menjanjikan mempunyai kelebihan yang besar. Antaranya disebut sebagai pahala yang mengalir secara berterusan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu; sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.” [Riwayat Muslim (4310), Abu Daud (2882)]

Al-Khatib al-Syarbini berkata: “Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf.” (Lihat Mughni al-Muhtaj, 10/87)

Demikian juga Firman Allah SWT:

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran: 93)

Menjawab kepada isu ini, kami nyatakan seperti berikut:

Pertama: Harta yang ingin diwakafkan itu mestilah memberi manfaat serta faedah menjadi milikan penuh terhadap diri pewakaf. ini sepertimana yang dinyatakan seperti berikut:

شَرْطُ ( الْمَوْقُوفِ ) كَوْنُهُ عَيْنًا مُعَيَّنَةً مَمْلُوكَةً مِلْكًا يَقْبَلُ النَّقْلَ يَحْصُلُ مِنْهَا مَعَ بَقَاءِ عَيْنِهَا فَائِدَةٌ أَوْ مَنْفَعَةٌ...
“Syarat al-mauquf (barang yang diwakafkan) itu haruslah ianya satu ‘ain yang dimiliki, dan boleh pula dipindahkan serta diperoleh daripadanya faedah dan manfaat dengan ‘ainnya kekal tanpa berubah...” (Lihat Tuhfatul Muhtaj fi Syarhil Minhaj, 25/317)

Al-Khatib al-Syarbini menyebut: “Hendaklah harta yang diwakafkan milik penuh dan mengikat bagi pewakaf (waqif) ketika dia mewakafkannya. Untuk itu tidak sah mewakafkan sesuatu yang bukan milik pewakaf.” (Lihat Mughni al-Muhtaj, 2/376)

Dalam isu ini, al-mauquf (barang yang diwakafkan) ialah sebuah rumah yang dibelinya di atas namanya sendiri. Sifat rumah tersebut adalah boleh diambil manfaat dan faedah pada masa hadapan. Namun begitu, rumah tersebut masih belum menjadi pemilikan penuh terhadap dirinya kerana masih mempunyai pembiayaan pinjaman yang belum dijelaskan sepenuhnya.

Harta yang diwakafkan hendaklah milik pewakaf dan boleh dipindah milik. Harta ini hendaklah memberikan faedah atau manfaat. Dengan ini, tidak sah mewakafkan harta yang bukan milik pewakaf. Wakaf bermakna memindahkan hak milik sesuatu harta daripada tangan pewakaf. Ini bermakna mewakafkan harta yang bukan milik pewakaf adalah perbuatan sia-sia. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 5/7)

Oleh itu, rumah tersebut perlu bebas daripada bebanan hutang terhadap bank terlebih dahulu, sebelum ia layak untuk dijadikan harta wakaf.

Dalam isu hutang ini juga, Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebut, jika seseorang berada di bawah custody kerana hutang dan mewakafkan seluruh atau sebahagian hartanya, sedangkan hutangnya meliputi seluruh harta yang dimiliki, hukum wakafnya sah. Akan tetapi pelaksanaannya bergantung pada kerelaan para pemiutangnya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa 'Adillatuh, 7/625)

Oleh itu, sekiranya pemiutang merelakan, maka wakaf boleh dilaksanakan. Namun jika sebaliknya, maka pelaksanaan wakaf tersebut adalah terhenti.

Kedua: Pada masa kini, telah wujud pelbagai bentuk dan jenis wakaf yang boleh dilaksanakan. Antaranya wakaf dalam bentuk wang tunai, wakaf pendidikan, wakaf pertanian, wakaf intelek, wakaf manfaat dan banyak lagi.

Oleh itu, hasrat puan untuk melakukan amalan wakaf masih boleh diteruskan, namun dalam bentuk yang lain. Kami syorkan puan untuk berhubung dengan pegawai di Perbadanan Wakaf atau Baitul Mal bagi mendapatkan kefahaman yang lebih jelas.

Kesimpulan

Dalam situasi di atas, kami melihat bahawa tidak dibenarkan untuk mewakafkan rumah sepertimana yang dinyatakan di atas. Hal ini kerana, antara syarat al-mauquf (barang yang diwakafkan) ialah menjadi pemilikan penuh kepada pemilik.

Walaubagaimanapun dalam isu ini, sekiranya hutang pewakaf tidak sampai meliputi seluruh harta yang dimilikinya, maka wakafnya sah dan dapat dilaksanakan kerana lebihan hartanya setelah ia dikurangkan sebahagiannya untuk melunaskan hutang.

Oleh itu, sekiranya hutang tersebut masih berbaki sedikit sahaja berbanding nilai aset yang ada padanya, maka boleh diserahkan kepada Baitul Mal untuk dilunaskan hutang tersebut dan kemudian dipindah milik untuk diwakafkan bagi diambil manfaatnya yang lebih besar.

Semoga kita segala usaha dan amalan soleh yang kita lakukan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT di akhirat nanti. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/ingin-wakaf-rumah-yang-belum-selesai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usai Bagi Sertifikat Wakaf Jokowi Mampir Ke Rumah Umar Wirahadikusumah

Usai Bagi Sertifikat Wakaf Jokowi Mampir Ke Rumah Umar Wirahadikusumah

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 215 hits
Umar Wirahadikusumah merupakan Wakil Presiden ke 4 RI Pria berdarah Sunda itu juga pernah menjabat sebagai Panglima Komando Daerah Militer Jaya Panglima Kostrad dan Kepala Staf TNI Angkatan Darat Dia meninggal dunia pada 21 Maret 2003
Gara Gara Bergurau Ingin Membakar Rumah Isteri Pergi Terbakar Tanpa Sengaja

Gara Gara Bergurau Ingin Membakar Rumah Isteri Pergi Terbakar Tanpa Sengaja

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 361 hits
Gara Gara Bergurau Ingin Membakar Rumah Isteri Pergi Terbakar Tanpa Sengaja Seorang kerani kilang wanita maut akibat melecur selepas dibakar suaminya tanpa sengaja di rumah mereka di Batu 6 Bukit Naga Seksyen 32 Shah Alam pada 7 Februari la...
Menlu Retno Ingatkan Anggota Oki Isu Palestina Belum Selesai

Menlu Retno Ingatkan Anggota Oki Isu Palestina Belum Selesai

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 358 hits
Menteri Luar Negeri RI Retno L P Marsudi mengingatkan negara negara anggota Organisasi Kerjasama Islam terkait komitmen mereka terhadap Palestina
Tanah Di Halaman Rumah

Tanah Di Halaman Rumah

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 297 hits
Tanah taman perumahan biasanya daripada tanah bukit yang diratakan atau tanah yang ditambak Tanah ini biasanya adalah tanah liat merah kuning bergantung kepada lokasi tanah lokasi tanah tersebut diambil 2 lubang dengan kepadatan tanah yang ...
Rawatan Fototerapi Di Rumah Untuk Bayi Kuning

Rawatan Fototerapi Di Rumah Untuk Bayi Kuning

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 562 hits
Apa itu Jaundis atau Bayi Demam Kuning Jaundis atau kuning pada bayi banyak berlaku selepas kelahiran Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah Jaundis bagi bayi ...
Journey Of Kitchen Cabinet Rumah Shein Part I

Journey Of Kitchen Cabinet Rumah Shein Part I

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 399 hits
Assalamualaikum Pejam celik pejam celik after almost 9 months finally Rumah Shein dah almost siap Kalau duit dalam bank ada kepok kepok macam rambut Kak Ros rasanya by end of this month dah boleh la masuk rumah baru sambil basuh kaki and go...
Roti Lebih Jangan Dibuang Boleh Buat Baja Untuk Suburkan Pokok Di Rumah

Roti Lebih Jangan Dibuang Boleh Buat Baja Untuk Suburkan Pokok Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 424 hits
Adoi pokok aku ni bila lah nak hidup Selalu layu dan mati je walaupun letak banyak baja Masalah pokok yang ditanam di rumah susah untuk hidup dengan subur pastinya menjadi persoalan bagi anda yang suka bercucuk tanam Gunalah pelbagai jenis ...
Saya Tinggal Flat Pprt Ade Jiran Baru Pindah Masalahnya Lembu Pun Dia Bawa Naik Atas Tambat Dekat Koridor Rumah

Saya Tinggal Flat Pprt Ade Jiran Baru Pindah Masalahnya Lembu Pun Dia Bawa Naik Atas Tambat Dekat Koridor Rumah

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 706 hits
Please follow and like us 1 Salam krt Saya tinggal flat pprt dan baru2 ni ade jiran baru tinggl sini Tapi masalahnya lembu pun dia bawa naik tambat dekat koridor rumah Patut ke saya ngadu pada orang berkenaan Saya mhon pendapat suma Chey
Rumah Kecil 425 Kaki Persegi

Rumah Kecil 425 Kaki Persegi

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 238 hits
Zaman harga rumah tengah mahal ni ramai yg cuba untuk mencari rumah yg bersaiz kecil Pembangun juga banyak menawarkan studio dan apartment yg kecil Sangat sukar untuk menjadikan rumah yg kecil ini nampak luas dan cantik Namun Specht Harpman...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba