Ingin Jadi Muda




Untuk sekian lama, kata “muda” itu ada beban psikologi besar dalam kalangan orang Melayu. Ia sebuah istilah yang mungkin saja datang dari Pali (bahasa Indo-Aryan dahulukala), iaitu kata “muddha” membawa maksud “liar”. Barangkali juga ia datang dari Sanskrit iaitu “mughdha” yang berpengertian “tidak tahu apa”. Kamus Dewan memberi maksud-maksud tidak kurang juga dapat dibaca secara negatif; mentah, hijau, berhingus, ubun-ubun masih lembik, setahun jagung, belum masak, masih awal, dan budak
Adakah semua erti di atas benar, atau hanya satu beban budaya yang menyerap dalam kata bahasa
Oleh sikap terlalu berhati-hati orang Melayu dengan anak muda, maka anak muda kita sukar tumbuh dan kreatif. Sekali cuba mekar, maka lekas dibonsai. Sekali cuba subur menjulang tumbuh, cepat dicantas agar terbantut. Semuanya kerana beban bahasa
Sesungguhnya itu teramat aneh. Ini kerana orang Melayu itu Islam. Jika Islam, anak muda sudah diiktiraf berakal dan memikul dosa sebaik baligh. Usia baligh anak muda itu kalau lelaki mungkin sekitar 15 tahun, kalau perempuan lebih awal. Makanya dari segi hukum, anak muda sudah sedia diberi tanggungjawab dunia akhirat
Akan tetapi, Melayu hanya menggunakan Islam untuk tujuan keuntungan. Apabila ada agenda lain, sepertinya untuk menafikan pembangunan anak muda, Melayu akan mencari jalan merentang dan menggendalakan. Anak muda akan dihempuk dan dihimpit. Mereka, Melayu akan mengatakan “ahhh muda, masih belum bersedia”, atau “belum masanya”. Tiba-tiba Melayu menggunakan kerangka purba, dan bukan kerangka hukum-hakam Islam yang membenarkan anak muda bersuara dan memilih
Sebenarnya Nabi Muhammad sewaktu menunjukkan kepimpinan yang luar biasa itu, beliau masih muda. Tidak ramai Melayu tua, di kampung-kampung pernah mendengar perihal Hilf al-Fudhul atau Deklarasi Belia yang ikut ditandatangani oleh Rasulullah sebelum baginda rasmi menjadi seorang Nabi di usia 40 tahun. Apakah dia Hilf al-Fudhul 
Sejarahnya begini, seorang Badwi dari desa Zubaid berkunjung ke kota Mekah untuk berdagang. Ash Wail (bapa Amru Ash), seorang tokoh bangsawan Quraisy membeli jualan dari si Badwi itu tanpa membayar harga setimpal
Kita bayangkan Badwi itu seumpama seorang pribumi di negara kita, ibaratkan Orang Asli yang datang dari pedalaman Kelantan, atau seorang lelaki Penan membawa hasil rotan untuk diniagakan. Ash Wail seorang lord atau bangsawan, merasakan tidak perlu memenuhi tuntutan harga seorang minor
Badwi itu rasa tertipu dan teraniaya lantas dia merintih dan bergayut di dinding Kaabah seraya membaca rangkap-rangkap syair pilu. Bait puisi lara syahdu itu tiba ke gegendang telinga beberapa lelaki terhormat dalam kalangan kaum Quraisy di sisi Kaabah. Mereka berasa terpanggil oleh kerana masih rasa punya harga diri. Ingat, yang mendengar itu sendiri kaum muda yang juga anak-anak bangsawan, anak lord
Mereka pun segera menyahut syair indah penuh kesedihan dan duka tersebut. Mereka itu adalah Zubair Abdul Muthalib dan beberapa anak muda daripada Bani Hasyim, Bani Asad Abd Al Uzza, Bani Zuhrah Kilab dan Bani Taim Murrah. Pemuda-pemuda yang bermaruah itu melakukan rapat di kediaman Abdullah Jud’an lalu mengistiharkan satu deklarasi untuk bersolidariti, berparti, dan berjanji setia untuk membela hak orang tertindas, melawan penindas sehingga terpulih hak-hak kaum kecil
Acara Hilf al Fudhul ini turut disertai Nabi Muhammad yang masih muda. Anak muda Quraisy yang budiman ini pun bergerak bersama-sama dan mengetuk pintu rumah Ash Wail. Mereka menuntut agar hak lelaki Orang Asli dari kaum Badwi ini diberi. Ash Wail berasa gerun lantas melunas bayaran yang culas dibayarnya
Rasulullah menghimbau usaha politik bermakna yang baginda lakukan ketika muda itu, “Aku pernah menyaksikan suatu perjanjian di rumah Abdullah Jud’an yang seandainya sekarang ini (di masa Islam) jika aku diminta untuk ikut dalam perjanjian tersebut pasti aku akan ikut. Mereka berjanji untuk mengembalikan semua hak orang yang teraniaya kepada pemiliknya agar orang yang zalim tidak dapat berbuat sewenang-wenang terhadap orang lemah.”Dalam riwayat lain, baginda mengatakan deklarasi tersebut lebih baginda senangi berbanding unta merah sebagai harta bernilai (hari ini: dibaca sebagai kereta Mercedes) untuk orang Arab tatkala itu
Pakatan anak muda itu sangat berpengaruh. Sehingga parti Hilf al Fudhul  itu cuba dihidupkan kembali di era Muawiyah. Sejarahnya begini, Muawiyah melantik gabenor Madinah bernama Walid Utbah. Gabenor ini mengenakan cukai yang tinggi melampaui batas dan mengakibatkan lapis masyarakat yang tidak berkemampuan ke dalam lubang krisis kewangan yang dahsyat
Saidina Husin menyeru di hadapan Walid dengan mengatakan; “Demi Allah, bila sahaja kamu meminta berlebihan, aku akan mencabut pedang lalu tampil di Masjid Nabi dan mengundang cucu dari penandatangan Hilf al Fudhul .”Di saat itu, Abdullah Zubair bangun, Masur Mukhramah bangun, dan Abd Ar Rahman Utsman bangun; mereka semua bergegas ke pintu pejabat gabenor dan menuntut supaya hak kaum tertindas dipenuhi, supaya cukai diturunkan serta maruah rakyat dipertahankan. Buat seketika, gabenor berasa tergugat oleh tunjuk rasa atau demonstrasi tersebut lantas menurut kehendak generasi muda warisan Hilf al Fudhul
Sekarang bayangkan jika muda itu bukan sahaja bermaksud muda dan budiman dari segi usia seperti yang terlihat dalam sirah di atas. Bayangkan jika muda itu juga bermaksud segar (atau fresh). Iaitu, bayangkan muda itu disertai oleh mereka yang tidak ada kepentingan politik. Pun, mereka kumpulan penggiat masyarakat yang memiliki idea kreatif untuk membetulkan sistem nan sudah tepu, mengikat dan buntu
Bayangkan mereka ini seperti muka segar dari Hilf al Fudhul yang menuntut muka lama seperti penguasa Quraisy, Ash Wail, memenuhi hak asasi kumpulan minor. Bayangkan pula mereka turun rapat umum menuntut agar cukai tinggi diturunkan oleh Walid Utbah. Bayangkan wajah segar yang berani bersuara mendobrak muka lama, muka basi, muka sama, muka yang meletihkan kita untuk melakukan satu yang betul; iaitu meluruskan dan memecahkan kebuntuan serta segala krisis politik yang lama mencekam
Dalam konteks Malaysia hari ini, anak muda ini tidak mesti muda kerana belia tetapi kerana mereka baharu, segar, belum tercemar, dan belum dipalit segala macam kekotoran politik. Mereka muda kerana ingin menggantikan yang lama tidak berguna
Saya pun mengarang puisi “Ingin Jadi Muda”, bunyinya begini:Muda sesungguhnya pengertian budi
Muda sepertinya terlihat ada pekerti
Muda sedia membujur lalu melintang patah, kalau tua
membujur lalu melintang pukang
Siapa dia bilang muda akan selalu terburu-buru
kalau ketika nabi digelar al Amin, baginda sesungguhnya masih muda.
Ketika Isa berkorban di kayu salang, al Masih juga muda.
Kita tahu Ali masih muda tatkala
menjadi remaja pertama untuk beragama
Siapa dia kata muda mesti liar, angkuh dan cepat menghukum
Kalau Jose Rizal yang belia berani menahan dada dengan peluru.
Atau andaikan saja muda itu Shamsiah atau Kartini,
boleh jadi Ishak, atau muda persis Burhanuddin Al Helmy
Muda tidak mesti tergesa-gesa,
dan cepat menghukum kerana muda penuh pertimbangan hari,
jika teliti merenung semalam
Muda sentiasa masa hadapan kalau buntu masa silam.
Muda sentiasa tersedia bila yang basi terpaksa ditolak tepi.
Muda tidak mesti menjadi Tuah sanggup mengkhianati teman.
Muda tidak juga mesti selagak Jebat mengamuk untuk menjadi hebat.
Muda akan dan boleh juga Sri Jayanasa membuka Srivijaya, memimpin empayar
Muda juga waras, berilmu dan segak,
seperti muda juga anggun, menggugah dan berentak.
Datuk nenek kita Jawa, Bajau, Hakka, India;
atau Yamani dan Parsi datang dari jauh
ke negeri ini untuk berbakti kepada bumi, jatuh cinta dan menetap di sini
lantas menumpah darah dan air mata menghabis usia muda keramat mereka.
Datuk nenek kita pernah muda
bergabung kudrat bersama-sama Iban, Kadazan, dan Melayu.
Muda ingin menebus dosa dulu,
memohon keampunan kepada Semai Jakun peribumi asli.
Muda ingin hidup bersama dan tidak lagi bermimpi.
Muda perempuan atau lelaki, melindungi kaum minoriti
merebut semula negara yang jahanam dilenyek lindas kleptokrasi
Muda ingin memberi kepada yang berhak
kerana muda percaya nikmat berkongsi.
Muda adalah warisan nusa bangsa
maka mengapa tidak muda diberi pilihan menentukan hari ini.
Muda datang tidak dari terpilih-pilih kerana muda ingin merangkum semua
aneka kepercayaan seperti termaktub dalam rukun negara,
aneka budaya dan warna setelah tertulis dalam perlembagaan kita
Muda bukanlah peluang untuk dipersia-sia.
Muda ternyata gelombang alami fitrah dunia.
Muda juga tujuan kita di akhirat sana,
kerana di syurga kita semua muda.
Tetapi muda tidak seperti mereka ingin menjaja agama,
muda tidak mahu hilang cita-cita lantaran kuasa
Muda adalah demokrasi bukan tua demikerusi.
Muda mesti sekarang
Muda mesti masa ini
Muda adalah tenaga dan gengsi
Kerana muda adalah masa.
Muda masa kita
Saya merasakan kita mesti memecahkan beban psikologi istilah “muda” menurut orang Melayu dan berfikir menurut kerangka yang lebih baik. Iaitu kerangka Hilf al Fudhul. Saya rasa tidak keseorangan sekarang mengalu-alukan anak muda, yang muda usia dan muda atau segar wajah dan idea memimpin kita. - FMTArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/09/ingin-jadi-muda.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+TRUTH%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Perlu Ubah Mentaliti Jika Ingin Suburkan Kepimpinan Orang Muda Kata Pensyarah

Pas Perlu Ubah Mentaliti Jika Ingin Suburkan Kepimpinan Orang Muda Kata Pensyarah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR Pas perlu menyuburkan kepimpinan orang muda dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dalam melahirkan pelapis politik negara Jelas Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali parti itu perlu bersikap lebih terb...
Kisah Sukses Michael Jordan Cerdik Dari Muda Hingga Jadi Pebasket Terbaik Sepanjang Masa

Kisah Sukses Michael Jordan Cerdik Dari Muda Hingga Jadi Pebasket Terbaik Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 428 hits
Kamu pasti sudah nggak asing kan sama nama salah satu pemain basket terbaik sepanjang masa ini
Syed Saddiq Daftar Muda Sebagai Parti Politik Hari Ini

Syed Saddiq Daftar Muda Sebagai Parti Politik Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 296 hits
Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dia akan mendaftarkan Muda sebagai sebuah parti politik hari ini Dalam wawancara dengan stesen radio BFM hari ini Syed Saddiq berkata Muda akan menjadi parti politik Malaysia perta...
Usia Bukan Penghalang Cinta Pandang Pertama Satukan Ketua Wanita Umno Jasin Dengan Jejaka Muda Lebih 30 Tahun

Usia Bukan Penghalang Cinta Pandang Pertama Satukan Ketua Wanita Umno Jasin Dengan Jejaka Muda Lebih 30 Tahun

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 815 hits
CINTA pandang pertama Begitulah permulaan kisah Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin Datuk Zaleha Bujang 62 dengan pasangannya yang 34 tahun lebih muda iaitu seorang ahli perniagaan bernama Ashraf sehingga mereka akhirnya disatukan di jenjang p...
Hasni Seru Golongan Muda Asah Bakat Potensi Diri

Hasni Seru Golongan Muda Asah Bakat Potensi Diri

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 334 hits
JOHOR BAHRU 8 September Golongan muda khususnya mahasiswa perlu mengasah kebolehan bakat dan potensi diri bagi turut serta dalam memacu pembangunan negeri ini setanding dengan negara jiran Singapura Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad ber...
Hiburan Sofia Jane Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu Netizen Puji Masih Kekal Cantik Dan Awet Muda

Hiburan Sofia Jane Kongsi Gambar Perkahwinan 25 Tahun Lalu Netizen Puji Masih Kekal Cantik Dan Awet Muda

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 504 hits
Meskipun sudah berusia 48 tahun pelakon berdarah kacukan Inggeris Sofia Jane masih kekal anggun dan cantik meskipun sudah bergelar isteri dan seorang ibu Baru baru ini menerusi ruangan Twitter Sofia Jane ada berkongsi gambar perkahwinannya ...
Kecanduan Terma Anak Muda Dalam Politik Malaysia

Kecanduan Terma Anak Muda Dalam Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 358 hits
Oleh Taufiq Tuah Akhir akhir ini telah tular cerita tentang parti orang muda yang dibawakan oleh Syed Sadiq Sefaham saya muda yang dimaksudkan ialah berumur 30 tahun ke bawah Membawa hasrat untuk mengkehadapankan orang muda di dalam kerajaa...
Syed Saddiq Menyerahkan Pendaftaran Muda Ke Ros

Syed Saddiq Menyerahkan Pendaftaran Muda Ke Ros

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 259 hits
PUTRAJAYA Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan parti politik baru itu Perikatan Bersatu Demokratik Malaysia di Pendaftar Pertubuhan Syed Saddiq bekas ketua Bersatu A...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024