Ingatkan Makanan Rupanya Umpan Mata Kail Kanak Kanak Cedera Di Bahagian Mulut


Baru-baru ini tular sekeping gambar dimana seorang budak cedera apabila termakan umpan milik bapanya. Menurut sumber, kanak-kanak tersebut mungkin tidak dapat membezakan umpan dan makanan kerana mangsa masih kecil.

Rata-rata netizen termasuk kaki pancing menasihati agar meletakkan barang yang merbahaya di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Memasukkan objek ke dalam mulut, bukanlah satu penyakit; ia perkara semula jadi dan cara bayi anda mempelajari dunia sekeliling mereka. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah untuk mengawasi mereka setiap masa dan seberapa yang boleh, memberi mereka persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bayi berumur 6-18 bulan menghabiskan 30 minit sehari memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut, menggigit, menghisap, dan meleleh air liur pada sebarang objek yang mereka dapat. Walaupun secara puratanya tempoh masa mereka memasukkan objek ke dalam mulut tidak begitu lama jika dibandingkan dengan tempoh bayi tidur, namun apa yang ibu bapa harus berwaspada adalah masa 30 minit ini terjadi sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh guna yang memberi manfaat sama menang kepada kecenderungan petatih anda untuk memasukkan sesuatu ke dalam mulut dan pada masa yang sama tidak membimbangkan anda:
1. Rumah yang selamat untuk bayi.
Jangan tinggalkan barangan peribadi anda bersepahsepah di atas lantai rumah.
Beli bekas yang selamat untuk bayi untuk menyimpan barang-barang yang anda suka letak merata-rata seperti kunci, telefon pintar, duit syiling dan butang-butang. Jauhkan bekas tersebut dari kanak-kanak (letakkan lebih dari 1.75 meter daripada aras lantai).
Jangan lupa bahawa produk-produk beracun seperti bahan pencuci, peluntur dan bahan mencuci yang lain hendaklah disimpan jauh daripada kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk melabelnya.
Periksa di bawah kerusi dan di antara kusyen, meja dan permaidani agar tidak terdapat bahan-bahan berbahaya dan pastikan anda kerap melakukannya.
Wayar dan kabel-kabel tambahan hendaklah dipasang di dinding dengan kemas, diikat dengan sempurna dan diletakkan jauh dari penglihatan kanak-kanak dan tidak boleh dicapai. Tutup soket elektrik dengan palam keselamatan atau penutup keselamatan yang tertutup rapat apabila soket tidak digunakan.
Kunci barang-barang tajam dan berbahaya yang biasa terdapat di dalam laci di ruang tamu atau kabinet dapur.
Kabel-kabel telefon sentiasa menjadi ancaman penjerutan, gunalah telefon tanpa wayar buat seketika. Langsir dan kain penutup juga boleh menjadi ancaman – anda hanya perlu mengikatnya cukup tinggi agar tidak dicapai oleh kanak-kanak.
baby-putting-object-in-mouth
Barang-barang yang berbahaya bagi bayi dan petatih: Duit syiling, butang, permainan dengan bahagian-bahagian kecil, permainan yang keseluruhannya boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi, guli, belon, pengikat rambut kecil, gelang getah, pen atau penutup marker, bateri kecil jenis butang, magnet peti ais dan ketulan makanan haiwan.
2. Jadi ibu bapa yang cerewet.
Pastikan anda memilih permainan yang sesuai untuk umur anak anda.
Lazimnya pengilang permainan akan melabelkan produk mereka dan ini dapat membantu anda mengenalpasti jenis permainan yang sesuai untuk bayi anda.
Pastikan permainan yang anda beli dibuat dengan sempurna dan tidak mudah rosak.
Kenalpasti dan ketahuilah mekanisma permainan yang anda beli. Perhatikan bahagian-bahagian kecil, komponen yang mudah tanggal dan bucu-bucu tajam.
Sentiasa awasi kanak-kanak kecil bermain. Jangan lupa juga untuk menyimpan semua permainan di dalam bekas selepas bermain.
Jangan membiarkan anak yang lebih dewasa berkongsi permainannya dengan bayi kerana permainan kanak-kanak yang lebih dewasa mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Begitu juga dengan makanan. Adakalanya, adik beradik suka berkongsi makanan atau gemar menyuap bayi makan. Ia adalah cara yang baik untuk mengajar mereka menjadi bertanggungjawab tetapi pastikan anda menerangkan kepada mereka apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan dan sentiasa awasi mereka!
3. Sentiasa selia.
Selia semasa waktu makan, pastikan anda dan pasangan anda atau pengasuh sentiasa ada untuk menyelia.
Seorang kanak-kanak harus duduk tegak semasa waktu makan, mereka tidak seharusnya makan sambil bermain, berlari atau berjalan, dan elak juga daripada memberi makan di dalam kereta.
Jika anda ingin memberi anak anda makanan pepejal, gigit sedikit untuk menjadikannya saiz kecil sebelum memberi kepada bayi anda atau potong menjadi saiz yang boleh digigit iaitu tidak melebihi ½ inci.
Masak makanan keras seperti karot atau brokoli sehingga lembut dan boleh dikunyah. Elakkan sama sekali kacang, bijian atau bertih jagung, tidak berbaloi mengambil risikonya.
Kerap menghidrasi anak anda apabila makan tetapi elak daripada minum sambil makan, sebaliknya beri minuman antara suapan.
Adalah penting untuk menghentikan pemberian makanan bayi dan memberi anak anda makanan yang lebih pejal – ia perlu dilakukan secara berperingkat dan dengan selamat.
Adalah lebih baik untuk memberitahu kepada mereka yang terlibat dalam penjagaan anak anda mengenai jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diberi kepada bayi anda sehingga dia boleh mengunyah atau boleh menerima makanan pepejal dengan sempurna.
AAP telah menyenaraikan bahan-bahan makanan berikut sebagai bahaya tercekik bagi kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun: hot dog, gula-gula keras, gula-gula getah, kacang-kacang dan bijian, ketulan keju, anggur yang tidak dipotong, bertih jagung, ketulan mentega kacang tanah, sayur mentah, dan kismis.
Kemungkinan besar sepanjang tahun pertamanya, anak anda telah memasukkan pelbagai jenis objek ke dalam mulutnya. Tetapi ingatlah bahawa bukan semua perkara itu menyeronokkan dan satu permainan. Tercekik benar-benar mengancam anak anda dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh itu, ambillah langkah berjaga-jaga, sentiasa menjaga keselamatan dan berwaspada, ketahui mengenai keputusan yang diambil berkenaan anak kesayangan anda. Juga tidak merugikan untuk mempelajari beberapa pengetahuan asas mengenai resusitasi kardiopulmonari (CPR) kanak-kanak dan teknik menyelamat atau pertolongan cemas kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa anak anda jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Tidak kira samada bayi, petatih, atau kanak-kanak sekolah, rumah anda harus menjadi tempat di mana anak anda boleh menjelajah dengan selamat. Lagipun, menyentuh, memegang, memanjat, dan menjelajah merupakan aktiviti-aktiviti yang membantu tubuh dan minda anak anda berkembang, dan ia harus digalakkan.
Kredit gambar: amirul nyet, Viral Media Malaya
Kredit info: Persatuan Pediatrik Malaysia

The post Ingatkan Makanan, Rupanya Umpan Mata Kail! Kanak-Kanak Cedera Di Bahagian Mulut appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ingatkan-makanan-rupanya-umpan-mata-kail-kanak-kanak-cedera-di-bahagian-mulut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kreativiti Kanak Kanak Menyediakan Makanan Di Ayam Brand Suku Suku Separuh Healthy Festival 2019

Kreativiti Kanak Kanak Menyediakan Makanan Di Ayam Brand Suku Suku Separuh Healthy Festival 2019

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 519 hits
Khamis lepas 14hb November 2019 ana berkesempatan menghadiri satu program CSR Ayam Brand Memandangkan sebelum ini ana banyak terlibat dengan pelbagai kolaborasi dengan Ayam Brand dan ini merupakan tahun kedua ana bersama Ayam Brand dalam pr...
Ini Rupanya Risiko Bahaya Jika Letak Makanan Panas Guna Bekas Plastik Tak Selamat

Ini Rupanya Risiko Bahaya Jika Letak Makanan Panas Guna Bekas Plastik Tak Selamat

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 370 hits
Penggunaan barangan plastik dalam kehidupan harian kita tidak dapat dielak lagi Hampir setiap barang yang kita guna pastinya mempunyai kandungan plastik Namun tahukah anda penggunaan barangan plastik boleh membawa penyakit Penggunaan barang...
Senario Kenaikan Harga Pasangan Mata Wang Eurusd

Senario Kenaikan Harga Pasangan Mata Wang Eurusd

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 292 hits
Apabila EURUSD didagangkan sekitar 1 10 kami menyatakan bahawa sokongan Fibonacci yang penting didapati di sekitar tahap tersebut Juga kami menyatakan bahawa tahap anjakan Fibonacci 61 8 daripada kenaikan 1 0879 kepada 1 1179 adalah tahap p...
Solidariti Global Buat Jurugambar Palestin Kehilangan Mata Ditembak Yahudi

Solidariti Global Buat Jurugambar Palestin Kehilangan Mata Ditembak Yahudi

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 656 hits
KUALA LUMPUR Seorang wartawan jurugambar bebas Palestin yang ditembak di mata oleh tentera Israel ketika membuat liputan demonstrasi di Tebing Barat menarik perhatian antarabangsa apabila wartawan dari seluruh dunia menyatakan solidariti de...
Malaysia Raih Tiga Mata Safawi Rashid Ajar Garuda Main Bola Di Bukit Jalil

Malaysia Raih Tiga Mata Safawi Rashid Ajar Garuda Main Bola Di Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 856 hits
Perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia dengan Indonesia bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 sememangnya ditunggu oleh seluruh rakyat kedua dua buah negara Kali ini pasukan Garuda telah bertandang ke Stadium Nas...
Air Mata Ibu Pelajar Kpj Maut Tersepit Dihempap Treler

Air Mata Ibu Pelajar Kpj Maut Tersepit Dihempap Treler

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 449 hits
Mak hampir pengsan polis datang rumah beritahu adik dah tiada kata Mohd Lufty Mohd Rusdi 20 an abang sulung kepada Allahyarham Ahmad Daniel Ruzwan Iskandar Mohd Rusdi 19 Allahyarham merupakan salah seorang mangsa kemalangan maut di Kilomete...
Ucapan Dan Air Mata Ibu Bikin Pawi Mengaum Malam Ini

Ucapan Dan Air Mata Ibu Bikin Pawi Mengaum Malam Ini

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 342 hits
Malaysia memperoleh kemenangan pada malam ini setelah berjaya menewaskan Indonesia 2 0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rembatan kencang kaki kiri Safawi Rasid tenyata membuahka...
Kelewat Posesif Sampai Jadi Kayak Mata Mata Hubungan Begini Udah Nggak Sehat Relakan Aja

Kelewat Posesif Sampai Jadi Kayak Mata Mata Hubungan Begini Udah Nggak Sehat Relakan Aja

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 263 hits
Kamu yang ada di tengah hubungan semacam ini mending mundur pelan pelan Ujungnya nggak baik
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu