Ingatkan Biawak Kerumuni Bangkai Kerbau Rupanya Mayat


KUANTAN, 15 Nov (Bernama) – “Saya ingatkan biawak sedang makan bangkai kerbau, tapi rupa-rupanya mayat,” kata pesara Chan Ah Chai  yang menjumpai mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang di tanah miliknya hari ini.
Chan, 67, berkata beliau tiba di tanah seluas kira-kira 1.6 hektar miliknya di tepi Jalan Pintasan Kuantan-Kemaman  di sini, sekitar 2 petang tadi, kerana mahu memeriksa keadaan sekeliling setelah hampir dua bulan tidak berkunjung ke situ.
Tanah itu dibeli kira-kira 15 tahun lepas dan tidak mempunyai penyewa sejak dua tahun lalu, selepas sebuah syarikat berkaitan perlombongan bauksit tidak melanjutkan sewaan bagi meletakkan simpanan stok di situ.
“Saya baru melepasi pagar masuk apabila melihat ada biawak di kawasan bersimen yang dibina pejabat kecil sebelum ini. Semakin saya menghampiri kawasan itu, biawak tersebut lari. 
Saya lihat mayat dalam keadaan tidak sempurna kerana tiada tangan kanan dan pergelangan tangan kiri ke bawah selain kepalanya hanya tinggal tengkorak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, rakan Chan, Yunus Mohd Yasin, 64, berkata tidak mencium bau busuk walaupun datang ke situ setiap hari untuk memberi makan ayam peliharaan di reban di luar pagar selain menyiram sayur-sayuran yang ditanamnya di situ.
Bagaimanapun, beliau yang mengusahakan kedai makan di sini, mendakwa ada melihat sebuah kereta Proton Wira berwarna putih yang di laluan masuk ke tanah bersebelahan sejak Ahad lalu, yang dipercayai milik mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Faez Mohd Jefri, 28, dari Lorong Pandan Makmur di sini, berdasarkan lesen memandu yang ditemukan dalam kereta tersebut.
“Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik di situ dan polis juga perlu memanggil kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mematikan arus elektrik yang masih ada di situ sebelum dapat mendekati mayat mangsa,” katanya. 
Mohamad Noor berkata pihaknya masih menyiasat mengapa mangsa berada di situ, namun siasatan awal mengesahkan tiada unsur jenayah berlaku di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/16/ingatkan-biawak-kerumuni-bangkai-kerbau-rupanya-mayat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Pendarahan Dalam Mata Ni Buah Pinggang Awak Bocor Dah Ni Ingatkan Sakit Mata Biasa Rupanya Berpunca Dari Diebetes

Ada Pendarahan Dalam Mata Ni Buah Pinggang Awak Bocor Dah Ni Ingatkan Sakit Mata Biasa Rupanya Berpunca Dari Diebetes

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 441 hits
Hampir semua makanan tular di media sosial terutamanya makanan manis dan berkarbohidrat tinggi saya akan cuba kerana beranggapan masih muda dan tidak berisiko menghidap penyakit kata Sidah Omar 27 kepada Harian Metro Terdahulu perkongsian S...
Melissa Betul Betul Wujud Rupanya Nama Yang Muncul Di Dalam Kertas 2 Bahasa Inggeris Spm 2019

Melissa Betul Betul Wujud Rupanya Nama Yang Muncul Di Dalam Kertas 2 Bahasa Inggeris Spm 2019

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1030 hits
6 November 2019 telah selesai peperiksaan mata pelajaran English bagi Kertas 1 dan Kertas 2 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 Tetapi ianya ternyata hanya selesai di dewan peperiksaan sahaja Ini kerana persoalan daripada kertas ...
Kisah Layangan Putus Suami Yang Hilang Rupanya Bulan Madu Sama Istri Muda

Kisah Layangan Putus Suami Yang Hilang Rupanya Bulan Madu Sama Istri Muda

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 581 hits
Curhat seorang korban poligami menjadi viral di media sosial baru baru ini Perempuan ini akhirnya bercerai dengan suami tersayang karena merasa hidupnya sudah hanya seperti layangan putus yang tak tau arah Kisah ini mulanya diunggah akun Fa...
Bayi Tak Sedap Perut Asyik Meragam Rupanya Minum Susu Dari Botol Yang Rosak

Bayi Tak Sedap Perut Asyik Meragam Rupanya Minum Susu Dari Botol Yang Rosak

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 520 hits
Bukan sahaja botol susu anak perlu kerap ditukar bagi menjaga kualitinya botol penyimpan susu ibu juga perlu diganti secara kerap Sebarang calar pada botol boleh menyebabkan kuman melekat padanya Ia akan merosakkan susu yang disimpan di dal...
Tergempar Kec0h Orang Kampung Jumpa Kbur Anehh Bila Poiis Datang Semua Ternganga Rupanya Lni Yang Ditanam

Tergempar Kec0h Orang Kampung Jumpa Kbur Anehh Bila Poiis Datang Semua Ternganga Rupanya Lni Yang Ditanam

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 287 hits
Misteri sebuah kbur ditemui di Tanah Perkburan Rizab Kampung Tok Kamis Pasir Puteh terjawab apabila jnzah ditanam bukan seperti yang disangka Tergempar Kec0h Orang Kampung Jumpa Kbur Anehh Bila PoIis Datang Semua Ternganga Rupanya lni Yang ...
Tak Sangka Dia Balik Eyra Hazali Terkejut Lelaki Bertopeng Naik Atas Pelamin Rupanya Abang Tersayang

Tak Sangka Dia Balik Eyra Hazali Terkejut Lelaki Bertopeng Naik Atas Pelamin Rupanya Abang Tersayang

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 510 hits
Pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina binti Hazali selamat diijabkabulkan pada 1 November 2019 lalu dengan pasangan pilihan hatinya yang juga seorang penjaga gol pasukan bawah 22 tahun negara Mohd Haziq Nadli dengan sekal...
Reka Ulang 37 Adegan Pembunuhan Mayat Dicor Di Jember Eksekutor Tak Dilibatkan

Reka Ulang 37 Adegan Pembunuhan Mayat Dicor Di Jember Eksekutor Tak Dilibatkan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 175 hits
Penyidik Satreskrim Polres Jember menggelar reka ulang kasus pembunuhan terhadap Surono pria yang dibunuh dengan sadis oleh istri dan anak kandungnya bahkan sampai dipendam di bawah musala dalam rumah
Penyanyi Wanita India Ini Tidak Sedar Lagu Arab Yang Dia Dodoikan Untuk Anak Rupanya Adalah Zikir Hasbi Rabbi

Penyanyi Wanita India Ini Tidak Sedar Lagu Arab Yang Dia Dodoikan Untuk Anak Rupanya Adalah Zikir Hasbi Rabbi

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 402 hits
Setiap kali mahu mendodoikan anak ibu ibu pasti akan mengalunkan lagu nasyid atau zikir yang menjadi kegemaran mereka Alunan yang lembut ini akan membantu mempercepatkan lagi proses anak tidur Sekejap je dah lena Penyanyi Wanita India Ini T...
Bawa Kereta Lelong Makan Jalan Bagi Lampu Pun Tak Ada Kesan Rupanya Main Telefon Kat Lorong Kanan

Bawa Kereta Lelong Makan Jalan Bagi Lampu Pun Tak Ada Kesan Rupanya Main Telefon Kat Lorong Kanan

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 622 hits
Kecuaian kita di atas jalan raya bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri namun orang lain Menurut oleh National Highway Traffic Safety Administration sekurang kurangnya 94 peratus kemalangan berpunca daripada sikap da...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi