Ingatkan Anak Dah Tidur Bila Lepaskan Puting Terus Menangis Sebenarnya Ada Cara Bagi Anak Tidur Lena


Anak suka mengempeng pada payudara tapi tidak menyusu ialah cabaran buat mama. Mereka akan melekap pada payu dara biarpun sudah selesai menyusu sehingga kadangkala ibu tidak mampu berbuat apa-apa tugas. Ibu mungkin boleh menggunakan cara yang dicadangkan ini sebagai penyelesaiannya.
Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung.

4 SEBAB KENAPA BAYI MENGEMPENG
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Umar, keadaan ini berlaku bergantung pada usia anak. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payu dara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini;
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. d)Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
e)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung
untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.

GUNAKAN PENGGENDONG BAYI
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM MELETAKKAN KE DALAM PEGGENDONG
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin
perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan
kelopak matanya bergerak-gerak.

CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak
pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah;
tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri
daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut
bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu. Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu.
Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi. Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Sumber: Majalah Pa&Ma
The post Ingatkan Anak Dah Tidur, Bila Lepaskan Puting Terus Menangis! Sebenarnya Ada Cara Bagi Anak Tidur Lena appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ingatkan-anak-dah-tidur-bila-lepaskan-puting-terus-menangis-sebenarnya-ada-cara-bagi-anak-tidur-lena/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Saya Tolak Botol Susah Nak Bekerja Sebenarnya Ada Cara Nak Pujuk Bayi Minum Susu Dalam Botol

Anak Saya Tolak Botol Susah Nak Bekerja Sebenarnya Ada Cara Nak Pujuk Bayi Minum Susu Dalam Botol

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 468 hits
Bayi memerlukan susu yang mencukupi untuk membesar menjadi kanak kanak yang sihat dan kuat Seawal usia mereka lagi susu ibu merupakan pilihan yang terbaik Namun lama kelamaan si ibu mungkin akan terpaksa memperkenalkan si kecil mereka denga...
Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 474 hits
Apa yang kita tanam itulah yang anak akan tuai Kelembutan kasih sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi mendisiplin dan menghukum anak anak dengan kelembutan kasih sayang Ini ad...
Begini Cara Tepat Untuk Mengetahui Apakah Anak Memiliki Berat Badan Sehat Atau Tidak

Begini Cara Tepat Untuk Mengetahui Apakah Anak Memiliki Berat Badan Sehat Atau Tidak

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 312 hits
Dokter anak spesialis nutrisi dan penyakit metabolik pada anak Prof Dr dr Damayanti Rusli Sjarif SpA mengatakan bahwa masa awal kehidupan menjadi periode krusial dalam perkembangan anak Sebanyak 50 sampai 60 persen energi yang diperoleh si ...
Kalau Anak Suka Menconteng Jangan Halang Tapi Pantau Contengan Merupakan Cara Komunikasi Anak Anak

Kalau Anak Suka Menconteng Jangan Halang Tapi Pantau Contengan Merupakan Cara Komunikasi Anak Anak

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 303 hits
Penulis yakin semasa kita masih kecil setiap daripada kita telah diajar bagaimana untuk menulis karangan dengan baik mengikut format penulisan tertentu sebagai satu cara komunikasi Ada penulisan berbentuk surat rasmi surat tidak rasmi perbu...
Rahsia Didik Anak Cara Ustazah Siti Nor Bahyah Ada Peluang Peluk Baru Tak Cepat Mengamuk

Rahsia Didik Anak Cara Ustazah Siti Nor Bahyah Ada Peluang Peluk Baru Tak Cepat Mengamuk

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 477 hits
Rahsia didik anak supaya dengar cakap dan tidak memberontak perlu diketahui oleh setiap ibu bapa Peranan sebagai ibu bapa dalam mendidik anak bukan urusan yang mudah lantaran perlau membentuk nilai nilai positif dlam diri anak Jika silap tu...
Mummy Mummy Anak Menangis Panggil Ibunya Yang Sudah Tiada

Mummy Mummy Anak Menangis Panggil Ibunya Yang Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 269 hits
Mummy Mummy panggil si anak pada ibunya yang sudah terbaring kaki di jalan raya Motosikal yang dinaiki pasangan itu bersama anak kecil mereka terbabit dalam kemalangan berpunca dari kecuaian pengguna jalan raya lain di mana si bapa cedera p...
Susukan Bayi Sambil Mengopi Bukan Tak Boleh Buat Tapi Risau Anak Tak Boleh Tidur

Susukan Bayi Sambil Mengopi Bukan Tak Boleh Buat Tapi Risau Anak Tak Boleh Tidur

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 426 hits
Bolehkah ibu yang menyusukan anaknya mengambil minuman kopi pracampuran untuk menambah kecergasan tubuh Apakah pengambilannya secara harian boleh meninggalkan kesan buruk kepada bayi Pasti persoalan ini antara soalan yang sering berlegar di...
Cara Kawal Anak Main Gadget Dengan Da Vinci Kids App

Cara Kawal Anak Main Gadget Dengan Da Vinci Kids App

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 455 hits
Cara Kawal Anak Main Gadget Kalau dilihat pada hari ini gadget bukan lagi satu kehendak Tapi lebih kepada keperluan Ya satu keperluan untuk yang dah berumur 18 tahun ke atas Tapi macam mana pula dengan anak anak kita yang baru nak kenal dun...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Spm 2024 Day 2 Tremendous

Pilihan Raya Ketua Murid Peringkat Sekolah

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Apakah Maksud Adendum

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan