Ingatan Untuk Walaun Walaun Akta Anti Lompat Adalah Penyelamat Tebuk Atap




Sama ada sebelum atau selepas Hadi Awang menjadi tukang ramal dengan mendakwa kerajaan perpaduan akan tumbang tidak lama lagi, perkara itu sebenarnya sudah lama bertebaran di mana saja sebagai bahan perbualan harian.


Perbagai versi dan cerita digentayangkan untuk menggambarkan bagaimana Anwar Ibrahim boleh dijatuhkan sebagai Perdana Menteri.


Antaranya dikatakan GPS dan GRS akan menarik sokongan kerana wakil Borneo ditawarkan jawatan Perdana Menteri dan disertai kemudiannya dengan sebahagian Ahli Parlimen UMNO menyusul penarikan sokongan mereka.


Dikatakan lagi, sebaik saja pemilihan UMNO selesai 18 Mac nanti dan dengan sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian dan ahli MT sedia ada berjaya dikalahkan, akan menyusul gerakan menjatuhkan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO melalui desakan memanggil mesyuarat khas atau perhimpunan agung luar biasa.


PN yang mempunyai 74 Ahli Parlimen disebutkan hanya menunggu masa untuk menyertai semua perkembangan itu.


Pokoknya, kata pihak yang menyebarkan cerita, riwayat politik Anwar pasti akan berakhir tak lama lagi.


Di media sosial, khususnya Twitter pula turut bersepah-sepah poster yang bertulis – “PMX akan jadi XPM dalam waktu terdekat, doakan kejayaannya”.


Dan selepas Hadi Awang yang dianggap ulama politik tersohor serta masin mulutnya dalam meramalkan kejatuhan Anwar dua tiga hari lalu, cerita-cerita berkenaan pertukaran kerajaan itu makin meriah disebar serta ditokok-tambah untuk lebih sedap ia dikisahkan.


Saya sendiri dihubungi oleh pelbagai kawan, termasuk yang sudah lama tidak membuat panggilan untuk turut bertanyakan sama ada benar Anwar akan jatuh tidak lama lagi.


Begitulah hebatnya propaganda dimainkan dan politik persepsi dijadikan modal oleh mereka yang sebetulnya sakit hati dengan Anwar dan seperti menikmati makanan tanpa garam setelah kehilangan kuasa sebagai kerajaan.


Tidak habis-habis dimainkan sentimen dan perasaan seolah-olah mereka akan jadi pengganti kerajaan dalam waktu terdekat ini.


Sebenarnya, jika kita memahami bahawa sekarang sudah berkuatkuasa undang-undang anti lompat parti, menukar kerajaan tidak lagi semudah seperti sebelum ini.


Menjual sokongan secara peribadi dan menjaja akuan bersumpah sudah tidak laku lagi sekarang ini.


Kuasa paling tinggi ialah keputusan parti.


Jika sokongan secara peribadi akuan bersumpah atau SD Ahli Parlimen masih laku, selepas PRU15 lalu sudah pasti Mahiaddin Md Yasin berjaya kembali jadi Perdana Menteri.


Disebabkan kuasa parti adalah paling tinggi dan SD tidak lagi laku, Mahiaddin akhirnya tergucil dan kena potong di selekoh oleh Anwar.


Bersama kuasa adalah pada parti dan selain PH, BN, GPS, GRS dan Warisan sudah menandatangani perjanjian untuk kekal bersama sebagai kerajaan, cerita-cerita kononnya kerajaan akan bertukar tak lama lagi tidak lebih sekadar hiburan penglipur lara semata-mata.


Setakat dengar saja bolehlah, nak percaya hanya buang masa.


Orang yang hilang gaji buta dan tanpa melakukan apa-apa kerja mungkin dapat menghiburkan hati sendiri bila dapat menyebarkan cerita sedemikian.


Selagi PH, BN, GPS, GRS dan Warisan tidak berdepan masalah sesama sendiri, kerajaan perpaduan ini bukan saja kekal sehingga habis penggal, bahkan majoriti dua pertiga yang dimiliki juga tidak akan berubah.


Fantastiknya lagi, lihatlah juga bagaimana Anwar menjaga hubungan baik dengan GPS dan GRS serta sedaya mungkin cuba memenuhi intipati Perjanjian Malaysia 1963 dan ini tentu saja lebih memungkinkan mereka kekal bersama dalam kerajaan perpaduan ini.


Di waktu yang sama, gambaran kononnya UMNO akan bergolak dan Zahid Hamidi bakal digulingkan selepas pemilihan 18 Mac juga terlalu sukar untuk menjadi kenyataan.


Dengan Zahid Hamidi telah berjaya mengekang musuh-musuh politiknya sehingga berjaya menang tidak bertanding, usaha untuk menukar dua pertiga daripada 191 Ketua Bahagian kepada mereka yang anti Presiden, tidaklah semudah seperti makan kacang yang sudah siap digoreng.


Apa Zahid Hamidi tu tunggul kayu ke?


Kalau sebelum ini beliau mampu mengharungi semua cabaran daripada mereka yang ingin menjatuhkannya dan akhirnya berjaya kekal lagi menerajui UMNO, beliau pasti tidak pernah leka daripada memantau saki baki “hantu-hantu raya” yang cuba menggugatnya.


Selagi UMNO dalam kawalannya dan musuh-musuhnya pula sudah pun diletakkan di tepi, sokongan parti itu kepada Anwar dan kerajaan perpaduan tidak akan goyah.


Kepada yang masih ghairah dan tak jemu-jemu menjaja cerita tentang kejatuhan kerajaan dan PMX bakal jadi XPM, termasuk walaun-walaun, sedarlah bahawa undang-undang anti lompat merupakan penyelamat kepada aktiviti tebuk atap.


Bukan saja atap, bahkan dinding, pintu depan, pintu belakang, lantai dan segala struktur kerajaan sekarang ini lebih kukuh dan terjamin daripada segala perbuatan perampokan kuasa.


Yang jadi pembangkang, belajarlah untuk kekal sebagai pembangkang sehingga habis penggal dan jika ada pula kesalahan sewaktu jadi kerajaan dahulu, bersiap sedialah juga bukan saja untuk direman dan ke mahkamah, malah untuk berpindah ke penjara. – ShahbudinHusin 03/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/ingatan-untuk-walaun-walaun-akta-anti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Tebuk Atap

Kisah Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 194 hits
Berita yang ditularkan PMX akan dijatuhkan tidak benar itu hanya cubaan PAS dan BERSATU wujudkan persepsi Kjaan Perpaduan goyah TIDAK ADA SEBARANG PERUBAHAN DALAM KERAJAAN SAMADA DARI PARTI GABUNGAN ATAU MANA MANA MP KERAJAAN DISAHKAN OLEH ...
Hadi Takut Orang Pas Pakai Baju Oren Dan Kena Penjara Itu Sebab Mahu Tebuk Atap

Hadi Takut Orang Pas Pakai Baju Oren Dan Kena Penjara Itu Sebab Mahu Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 195 hits
Oleh Adam MalikJika sebelum ini apa sahaja yang dilakukan oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dianggap sebagai alasan cuba elak diri dan cuba lepaskan diri dari kes mahkamah Apa sahaja yang Zahid lakukan atau bertindak itu lah takrif yang...
Hangpa Nak Tebuk Atap Lagi

Hangpa Nak Tebuk Atap Lagi

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 146 hits
Ada beberapa orang berkata dengarnya Tebuk Atap 2 0 sedang giat dirancang sekarang ini yang mana ia membawa maksud akan ada usaha menjatuhkan kerajaan perpaduan yang ada sekarang ini Ada yang bertanya boleh ke berlaku Kalau dikira logik nam...
Lelaki Terkejut Pelacur Yang Dilanggannya Di Hotel Rupa Rupanya Adalah Isterinya Sendiri

Lelaki Terkejut Pelacur Yang Dilanggannya Di Hotel Rupa Rupanya Adalah Isterinya Sendiri

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 134 hits
Sepasang suami isteri di China baru baru ini mendapati mereka curang antara satu sama lain dalam cara masa dan tempat yang paling tidak dijangka nbsp Lelaki berasal dari Xi An itu dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya di negeri lain me...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple