Ingat 4 Tan Bunga Segar Dah Mewah Sekali Netizan Semak Harga Doorgift Buat Ramai Terc3ngang
Rasanya belum cukup lagi cerita tentang perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Nor dan Muhamad Haris Ismail yang sememangnya boleh di sebut sebagai ‘Wedding Of The Year’.
Dari pelamin indah bertemakan Jabal Rahmah dan busana serba putih yang digayakan olehnya, semua menjadi bahan perbualan warganet di media sosial.
produk barangan mewah
Selain daripada itu, perkara lain yang menjadi tumpuan adalah doorgift yang diberikan kepada tetamu yang hadir pada majlisnya membuatkan warganet ‘tercengang’ apabila mengetahui harga sebenar saguhati tersebut.
Menu udang galah besar!
Para hadirin telah diberikan produk kecantikkan mewah dengan harga ratusan ringgit serta barangan kemas swaroski yang diketahui mempunyai harga yang tinggi.
Bukan itu sahaja, menu jamuan juga pastinya membuatkan ‘rakyat biasa’ menangis kerana mengetahui harga dan kos untuk semua itu.
Semoga jadi kaya macam Lofa
Menerusi Twitter, warganet telah meninggalkan pelbagai komen seakan terkejut dengan doorgift serta menu mewah di majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz.
Walau bagaimanapun, mereka sama sekali tidak berpandangan negatif kerana mengetahui kemampuan pasangan pengantin.
Tengok harga dia terus istighfar
“Sedangkan aku survey barang mur2 as a doorgift”
Masing-masing mampu dan Neelofa sendiri memang duta produk serta barang kemas tu. Tak salah rasanya beri dekat tetamu barang-barang best kan.
Empat tan bunga segar hiasi pelamin tema ‘Jabal Rahmah’ Neelofa-Haris
Majlis pernikahan Neelofa da PU Riz masih lagi menjadi tajuk utama semua media sosial pada hari ini. Dari busana yang digayakan sehingga menu makan beradab menjadi perbualan netizen.
Paling mencvri tumpuan sudah tentu tema Jabal Rahmah yang diketengahkan dalam majlis tersebut menjadi sorotan media dan warganet.
Memang cantik
Memilih Reka Teemor sebagai wedding planner untuk majlis istimewa ini, pelamin tersebut terlihat sangat cantik dengan dihiasi empat tan bunga ros putih segar yang dibentuk menjadi seperti gambaran Jabal Rahmah di tanah suci Mekah.
Tiga minggu ‘sorok’ dari paparazi
Hal ini dijelaskan sendiri pengasas dan pemilik Reka Teemor di ruangan Instagram apabila cuba sedaya mungkin ‘menyorok’ daripada paparazi selama hampir tiga minggu bagi merialisasikan pelamin indah itu.
Sememangnya konsep yang diketengahkan diinspirasikan daripada pergunungan tempat Adam dan Hawa bertemu.
Menerusi Mstar, pelamin indah itu difahamkan dihiasi dengan 4 tan bunga segar dari beberapa jenis bunga berbeza seperti mawar putih, orked dan baby breath.
Sehubungan dengan itu, pihak Reka Teemor mendoakan agar pasangan mempelai iaitu Neelofa dan Haris akan terus menjadi penyejuk hati masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Reka Teemor merupakan pereka dan perunding perkahwinan yang kerap menjadi pilihan selebriti tiap kali melangsungkan perkahwinan.
Sentuhan magis daripada pasangan suami isteri iaitu Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz sentiasa berjaya mencvri perhatian warganet kerana begitu kreatif dan eksklusif mengikut tema yang diminta oleh pelanggannya.
Ditanya pasal zuriat
Sementara itu, Neelofa tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menimang cahaya mata sebaliknya bersedia jika diberikan rezeki dalam waktu terdekat.
Neelofa, 32, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, yang selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah SWT.
” Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Allah SWT.
” Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka.
” Apapun harapan saya, semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baharu sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri.
” Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan suami,” katanya.
Menurut Neelofa, selain banyak membaca dan bertanya soalan kepada ibu bagi mempersiapkan diri memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, dia turut menghadiri kelas agama.
” Selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan terdekat. Banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan.
” Dalam masa sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia tidak bercadang untuk berehat sementara waktu daripada aktiviti seni dan perniagaan yang diusahakan.
” Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berehat sementara kerana banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya selepas majlis berlangsung.
” Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan. Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga,” katanya.
Terdahulu pasangan selamat bernikah tepat jam 11.43 pagi oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah.
Neelofa menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada Haris manakala hantaran hanya yang wajib.
Sumber:hemtr0, rj
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/35xeRt7
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/03/ingat-4-tan-bunga-segar-dah-mewah.html