Informasi Undi Ibadat Untuk Tegakkan Agama Allah Ini Sepatutnya Asmak Husin




Linangan air mata PAS

SAYA berteleku memerhatikan pengorbanan yang dibuat oleh penyokong PAS tegar untuk mengundi Barisan Nasional. Bagi orang biasa mungkin mereka tidak merasa apa-apa apabila mengundi mana-mana calon. Yang penting siapa yang dia rasa baik, maka dia akan pangkah.Ada sesetengahnya juga memangkah dengan sebab yang mudah seperti siapa yang paling banyak muncul dalam newsfeed Facebooknya dia pangkah, siapa yang dia rasa bendera penyokong nampak lebih banyak di luar pusat mengundi, dia akan pangkah parti tersebut dan macam-macam sebab lagi. Malah ada yang memilih untuk tidak mahu mengundi kerana bagi mereka, undi siapa pun sama sahaja.Tetapi bagi penyokong tegar, mengundi adalah satu ibadah yang sangat besar, biarpun tidak menang tetapi sekurang-kurangnya mereka sudah menggunakan kuasa di tangan mereka untuk usaha menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Bukan semua orang boleh memahami perasaan ini, tetapi saya sebagai orang yang sudah lama terdidik dengan tarbiah ini semenjak kecil, saya sangat memahami perasaan ini. Sesetengah orang merasakan ini bahana indoktrinisasi dan melabelkan sebagai fanatik. Sebaliknya kami tidak pernah terasa dipaksa. Ianya subur hasil didikan dan pilihan kami setelah memahami setiap Talaqqi yang kami dapati dari pemimpin dan orang tua kami. Saya pasti sahabat daripada parti PAN juga memahami perasaan ini walaupun mungkin mereka menafikannya. Oleh sebab itu saya memahami mengapa mereka memilih untuk berjuang di dalam parti lain untuk menegakkan agama Allah. Namun saya sejak dahulu, apabila diajak menyertai kepimpinan Umno mahupun PAN, saya lebih yakin untuk bersama PAS dulu kini dan selamanya insyaAllah. Adakah saya fanatik? PAS juga adalah sebuah parti politik aliran demokrasi yang meletakkan perjuangan Islam sebagai asas dan ijtihad saya meyakini jalan ini.Umno di luar politik adalah sahabat tetapi mereka menjadi musuh yang lama dalam dunia politik. Pernah berta'awun, pernah bertahaluf, pernah juga bermusuh sampai ke tulang hitam. Hubungan PAS dan Umno penuh dengan perasaan manis bercampur pahit lagi membusung di dalam dada. Saya tersenyum apabila ada yang menuduh PAS sebagai lebai bisu apabila berdepan isu 1MDB dan lain-lain. Mereka ini hilang ingatan ataupun pura-pura tidak cerdik? Hal ini kerana kawasan yang banyak dimenangi PAS dalam PRU14 ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah masih lagi mengekalkan pertembungan musuh tradisi PAS dan Umno walaupun pada awalnya seakan rakan-rakan PH ingin menggugat tetapi ternyata mereka tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat di kawasan tersebut. Agak-agaknya isu apa yang PAS gunakan untuk menumbangkan lawan tradisi kami?Ironinya, perubahan kerajaan di Persekutuan dan pendekatan barisan kepimpinan baharu yang penuh kontroversi, kurang berpengalaman, pelaksanaan tuntutan hak yang tidak seimbang, sambil lewa berjanji dan tidak pasti ingin menunaikannya atau tidak, kenyataan tergopoh gapah, isu rasisme yang diangkat secara persepsi telah menyebabkan semua rakyat Malaysia berhenti sekejap dan berfikir sejenak. Sehingga akhirnya, penyokong tegar terpaksa keluar dari kepompong dan berfikir di luar kotak yang pastinya mengundang kegelisahan yang memeritkan terutamanya bagi orang muda seperti saya yang ketika berlaku peristiwa besar perpecahan PAS 1978, saya masih dalam perut ibu. Kami tidak biasa dengan praktis ijtihad yang menyongsang horizontal walaupun semuanya demi kelangsungan Islam.Mujurlah kami diajar wala' kepada pimpinan dan kami penuh yakin dengan konsep syura yang ada, setiap keputusan sudah melalui sistem penapisan spiritual mahupun ruhiyah.Walaupun bagi orang lain, ia hanyalah satu undi dan ada juga bertepuk tangan kerana akhirnya PAS bekerjasama dengan Umno telah membenarkan dakwaan mereka selama ini. Biar orang Umno bergabung dengan PPBM atau PKR tetapi jangan sesekali dengan PAS. Tetapi bagi setiap penyokong tegar PAS dalam PRK kali ini, tugasan ini dilakukan dengan penuh linangan air mata kerana terpaksa berkorban perjuangan dan perasaan hanya kerana untuk maksud yang satu sahaja iaitu menegakkan kuasa Islam walaupun di hati hanya Allah yang mengetahui kocakan yang berlaku.Wahai penyokong dan pendukung PAS, marilah kita teruskan munajat dan tarbiah kita kerana ke depan kita harus menghadapi setiap situasi dengan penuh kesabaran, bertenang, istiqamah, kreatif, ilmu dan kefahaman yang jelas dan moga-moga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah pasti akan mengilhamkan jalan keluar.Hanya Allah yang mengetahui masa lepas, masa sedang dan masa depan. Yang pastinya hikmah Islam memimpin yang harus diutamakan dalam arus perubahan kali ini. Yang lainnya kita serahlah pada Allah. Demi Islam kami sanggup terima semua sahabat kami sama ada Umno, PAN, PKR, Bersatu mahupun yang lain asalkan Islam memimpin.Coretan ini hanya untuk ahli PAS sahaja.ASMAK HUSIN
Ahli Dewan Negara
Seusai keputusan PRK CH - HARAKAHDAILY 27/1/2019
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/01/informasi-undi-ibadat-untuk-tegakkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Informasi Sebak Undi Bn Ahli Pas Menangis

Informasi Sebak Undi Bn Ahli Pas Menangis

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 272 hits
AHLI Jawatankuasa Pas Cameron Highlands Wan Mahadir Wan Mahmud UTUSAN ONLINELIPIS 27 Jan Keputusan ahli ahli Pas mengundi calon Barisan Nasional merupakan satu pengorbanan besar apabila ada antara mereka yang menangis dan sebak selepas neka...
Buang Agama Demi Dap Undi Berdasarkan Integriti Bukan Agama Kata Nik Omar

Buang Agama Demi Dap Undi Berdasarkan Integriti Bukan Agama Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 547 hits
Pengerusi Yadim Nik Omar Nik Abdul Aziz ketika hadir pada Forum Perdana Pakatan Harapan yang diadakan di Sungai Koyan Cameron Highlands malam tadi Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim 21 Januari 2019MASYARAKAT Islam tidak sepatu...
Haram Undi Calon Bukan Islam Sekiranya Ada Ancaman Agama Mufti Wilayah

Haram Undi Calon Bukan Islam Sekiranya Ada Ancaman Agama Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 344 hits
Hukum mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya serta melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus selagi tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada kemuliaan Islam dan kepakaran dalam melaksana tugas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr ...
Informasi Tuduh Presiden Pas Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi

Informasi Tuduh Presiden Pas Guna Sentimen Agama Pengaruhi Pengundi

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 290 hits
TUDUHAN bahawa Presiden PAS melanggar undang undang dengan menggunakan sentimen agama untuk mempengaruhi pengundi adalah suatu dakwaan yang dangkal dan berniat jahat Peguam yang membuat dakwaan tersebut seperti gagal memahami bahawa suatu p...
Ajaibnya Rezeki Jodoh Sesat Allah Temukan Dengan Cara Yang Tidak Disangka

Ajaibnya Rezeki Jodoh Sesat Allah Temukan Dengan Cara Yang Tidak Disangka

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 736 hits
Ajaibnya Rezeki Jodoh Sesat Allah Temukan Dengan Cara Yang Tidak Disangka Apabila berbicara tentang soal jodoh nyata ia bukan sekadar omongan ringan Ia melibatkan soal masa depan Jodoh itu rahsia Allah Sememangnya telah ditetapkan jodoh aka...
Dua Kalimat Ringan Tapi Sangat Dicintai Allah Dan Berat Pada Timbangan Rileks Media

Dua Kalimat Ringan Tapi Sangat Dicintai Allah Dan Berat Pada Timbangan Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 805 hits
Subhaanallaahi Wa Bihamdihi Subhaanallaahil Adzim Maha Suci Allah dan segala puji untuk Nya Maha Suci Allah Yang Maha Agung Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu ia berkata Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda Dua kalimat yang ring...
7 Golongan Manusia Yang Diselamatkan Allah Ketika Di Padang Mahsyar No 3 Senang Nak Amalkan Tapi Susah Kita Nak Buat

7 Golongan Manusia Yang Diselamatkan Allah Ketika Di Padang Mahsyar No 3 Senang Nak Amalkan Tapi Susah Kita Nak Buat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 433 hits
Rasulullah s a w pernah bersabda Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu 1 Imam yang adil 2 pemuda yang sentiasa beribadat ke...
Macam Bermimpi Bakal Jadi Ibu Usia 41 Tahun Sarimah Syukur Allah Terima Doanya

Macam Bermimpi Bakal Jadi Ibu Usia 41 Tahun Sarimah Syukur Allah Terima Doanya

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 485 hits
Macam bermimpi dan tak percaya bakal menjadi ibu buat julung kali pada usia 41 tahun Demikian kenyataan pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim saat mengumumkan mengenai kehamilannya menerusi Instagram View this post on Instagram A post share...
Hebat Perancangan Allah Jihan Tampil Dengan Bertudung Peminat Doakan Semoga Istiqamah

Hebat Perancangan Allah Jihan Tampil Dengan Bertudung Peminat Doakan Semoga Istiqamah

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 482 hits
Beberapa foto penampilan terbaharu pengacara Jihan Muse yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya menarik perhatian netizen Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa 36 berkongsi beberapa keping foto dia memakai tudung namun tidak dijela...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik